21 Ogos 2017

Memori Membuat Nota

Aku pernah melalui zaman belajar. Apa yang remaja sekarang pernah lalui, aku juga hadapi walaupun bukan semua. Semua pengalaman itu tersimpan rapi dalam benak fikiranku.

Aku suka baca nota sendiri. Jika satu bab boleh dimasukkan dalam satu kertas, aku akan cuba laksanakan. Jimat kertas. Nota cikgu suruh buat lain. Nota ulangkaji lain. Nota ulangkaji ini biasa akan dimasukkan dalam poket. Kecil dan padat.

Aku pernah baca nota kawan yang lain, namun aku tidak faham. Aku faham nota yang dibuat sendiri. Aku ada simbol dan 'shortform' tertentu untuk menceritakan keadaan sesuatu. Jika ada warna-warni, itulah yang terbaik. Malangnya aku tidak memiliki pen warna-warni. Aku juga kurang minat. Nota biar 'simple'.

Selain itu, nota aku dibuat dari buku terpakai. Jika ada buku tahun lepas yang masih kosong, aku jadikan 'buku 35'. Buku kecil saiz 'smartphone'. Cukuplah. Jika aku tunggu bas, aku boleh baca nota itu. Jika tunggu kawan, aku sempat menjeling nota walaupun terjemahan.

Aku bukanlah kategori pelajar yang pintar. Bukan pelajar yang tidur dalam kelas, terus dapat jawab peperiksaan dengan betul 100%. Bukan pelajar yang baca sekali, terus faham. Aku pernah gagal. Tetapi aku tidak biarkan keputusan peperiksaan bertanda merah akan berterusan. Aku akan usaha. Kadang-kadang usaha tanpa kefahaman, aku hanya dapat markah 'cukup makan'. Sekadar lulus. Mungkin cara belajar yang salah. Akhirnya SPM semua lulus walaupun ada subjek pernah gagal sebelum itu. Begitu juga PMR dan UPSR.

p/s: Buatlah nota untuk diri sendiri bukan untuk guru. Itulah kefahaman kita. Itulah rujukan kita. Tiada tandingan dengan buku rujukan di pasaran. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...