17 Jun 2018

Tetamu ziarah 2

Alhamdulillah. Semuanya dipermudahkan  urusan oleh Allah. Siapa sangka, sepanjang perjalanan umrah Ramadan mempunyai cerita dan cabaran tersendiri.

Team group mempunyai 9 orang ahli. kebanyakan warga emas. 2 orang 30-an, 7 orang 60 -an dan seorang umur 70. Bantuanku sangat terhad kerana banyak bantu ibuku sendiri. Diri yang demam ketika hari 26 Ramadan 1439H, aku gagahkan jua untuk terus teman mak.

Kebanyakan hari, bermula 11 pagi hingga 11 mlm, aku dan mak akan berada di Masjidil Haram. Ada ketika, kami boleh berada dalam masjid, ada juga di dataran.  Bagi sesiapa yang iftar di hotel, pasti tidak dapat masuk dataran dan masjid. Solatlah di tepi-tepi jalan. Ada juga zohor dan asar di dalam masjid, sebelah kawasan saei, nampak kaabah dari ruangan perempuan, akan dihalau selepas asar untuk diberi ruang kepada jemaah lelaki.

Komunikasi dalam Bahasa Arab (banyak guna bahasa pasar) sangat membantu, jika berada dalam situasi luar kawalan seperti yang berlaku dalam groupku. Bagasi tidak dapat dikesan, bertanya tempat jika tersesat, cari tandas, kembali ke tempat asal setelah pergi ke tandas, naik teksi, membeli barangan dan tawar menawar.

Malam 27 Ramadan dan 29 Ramadan sangat mencabar. Lautan manusia membanjiri Masjidil Haram. Penduduk Mekah turut hadir kerana menganggap itulah malam lailatul qadar. Para tentera banyak buat sekatan dan kebanyakan pintu masjid ditutup untuk laluan masuk. Apatah lagi VVIP mereka hadir secara rasmi.

Pengambilan air zamzam boleh diambil di beberapa lokasi, ada pada paip yang ditulis زمزم. Jangan terkeliru dengan ماء البرد للشرب sebab ini bukan air zamzam. Ada juga disediakan tong air zamzam. Kebanyakan yang aku jumpa, semuanya sejuk.

Waktu boleh ambil air zamzam ketika hampir waktu berbuka puasa, lebih kurang 10 minit sebelum azam. Sesi berebut akan berlaku. Satu lagi sebelum subuh dan selepas subuh. Jika habis air dalam tong, carilah paip yang masih dibuka. Bukan semua paip dibuka untuk diambil air zamzam.

'andai lelaki yang ihram ini menjadi tentera pembebasan Masjidil Aqsa, pasti Amerika dan Negara Israel dalam ketakutan'

Aku melihat gagahnya orang lelaki yang buat umrah iaitu, tawaf 7 kali, saei 7 kali dengan pakaian ihram dari pelbagai warna kulit serta semangat mereka untuk selesaikan umrah sangat mengkagumkan. Tetapi sayang, habis umrah keadaan kita bagai buih-buih dilautan. Cintakan dunia mengatasi segala-galanya.

Hanya coretan mindaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...