Yang capik datang bertongkat,
Yang buta meraba-raba,
Yang tuli leka bertanya,
Yang kecil terambin lintang,
Yang jarak tolak-tolakan,
Yang pendek tinjau- meninjau,
Yang kurap mengekor angin.
Pernah dengar puisi ini?
Ini kali pertama aku dengar dari penceramah jemputan. Apa yang disampaikan adalah, kita perlu saling tolong menolong mengikut keupayaan dan kemampuan kita. Jika menurut penulis 'macam-macam ada' , ia menggambarkan kesetiaan rakyat kepada raja atau pemerintah iaitu saling tolong menolong dan saling melengkapi antara satu sama lain.
Rupa-rupanya hikayat dahulu kala mempunyai isi yang tersirat dan tersurat yang sukar untuk diterjemahkan. Hebat generasi dahulu melalui pengalaman yang luar biasa. Di mana hikayat-hikayat hebat ini boleh diperolehi? Semangat nak membaca membuak-buak semula.
SUMBER:
1. Hikayat Awang Sulung Merah Muda
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Hidup Biar Santai.
Lampu bilik air terbakar dan tiada siapa peduli bilik air itu. Aku pula sangat perlukan bilik air itu. Terasa janggal bila keadaan period. T...
-
Assalamualaikum semua, Dah lama aku nak tahu pasal IV dan DV dalam penulisan tesis. Sebagai rujukan untuk diri sendiri, aku masukkan apa ya...
-
Dalam Islam banyak cabang ilmu yang masih kita abaikan. Ada yang menyangka dirinya sudah mengetahui ilmu agama. Bila sebut masalah sosial, ...
-
Novel atau dipanggil fiksyen kadang-kadang membuatkan aku terfikir. Adakah kisah yang diceritakan itu benar? Adakah ia sekadar rekaan sebaga...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan