21 Mac 2019

Tegarkah Diriku?

Terasa berat. Tetapi hati tetap memberontak. Memberontak tentang apa yang berlaku di depan mata. Allahu...Terasa zalim diri ini. Hakikatnya aku perlu beritahu maklumat sebenar.

Setelah semua berlalu, aku masih tetap terasa ada sesuatu yang belum selesai. Apakah itu?

Maaf. Aku mohon maaf andai aku menyakiti orang lain. Aku adalah orang yang sangat sukar kawal emosi. Entah bagaimana, aku mahu kawal.

Mulut sukar juga dikawal.

Teringat suatu masa dahulu. Ketika itu, aku masih menuntut ilmu di bumi anbiya'. Dua tahun. 'Mua'dalah' dari Kusza. Setelah tamat diploma di Kusza, aku sambung ke bumi anbiya'. Di bumi Musa dan Harun.

Sebelum bertolak ke sana, senior pernah mengatakan Mim, Shod, Raa'. Musibah, Sabar dan Redha. Jaga percakapan. Jaga hati mak ayah. Alhamdulillah! aku dapat laksanakan walaupun banyak cabaran. Di situ lah perangai sebenar terserlah.

Malangnya, aku masih sukar kawal emosi terutama kemarahan apabila dicabar. Benarlah mafhum dari Rasulullah: Seseorang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahan. Aku jarang marah. Marahku pasti akan diiringi hayunan tangan. Lemahnya diriku.

Doaku supaya aku sentiasa ditemani rakan yang baik, sahabat yang baik, jiran yang baik, keluarga yang baik, anak-anak murid yang baik, pasangan yang baik, sentiasa jumpa orang yang baik dan mendapat pengakhiran yag baik. Sebab itu aku berusaha menjadi baik walaupun berat.

Doakan apa-apa yang terbaik untukku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...