04 Disember 2019

Nukilan 2007- Adik.

Adik, 
Dirimu umpama sinar hidup bagiku,
Kaulah gambaran silamku,
Semasa diriku sebaya denganmu,
Meniti hari melihat duniaku.

Adik,
Tidak tergambar kasih sayangku kepadamu,
Tidak dapat diungkapkan dengan kata-kataku,
Tidak tergambar di mata mu,
Kerana itulah kurniaan Allah kepadaku.

Adik,
Waspadalah dengan permainan duniamu,
Waspadalah terhadap musuhmu,
Andai kau kejar dunia, dunia akan menjauhimu,
Andai kau kejar akhirat, dunia akhirat milikmu.

Adik,
Berusahalah mengejar akhiratmu,
Supaya dunia tidak dikejar olehmu,
Andai kau mencintai Allah, Allah tidak akan mensia-siakanmu,
Tidak bagi cinta manusia, dia pasti akan meninggalkanmu.

Nota: terjumpa dalam diari 2007. Zaman belajar di Mesir. Disunting sedikit mengikut kesesuaian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Fenomena Pasca SPM 2025

Assalamualaikum...sedikit coretan yang terpendam dan aku cuba fahami walaupun sukar ditulis dalam bentuk tulisan. SPM 2025 bakal menjelma. S...