13 Februari 2020

Kem muncul lagi

Alhamdulillah. Kali ini kem kepimpinan bakal dilaksanakan esok selama 3 hari. Sudah puas diri ini menjadi guru pengiring. Apakan daya, inilah tugasan yang perlu digalas. Komitmen kurang ketika di sini, membolehkan aku bebas bergerak. 

Aku bakal menghadiri kelas. Oleh itu, aku terpaksa bergerak lebih awal. Mungkin selepas subuh. Sayang nak tinggalkan kelas. Minggu akan datang aku bakal ponteng kelas sebab ada perkara penting yang perlu aku dahului terutama untuk calon spm. SPM batch pertama 2020. 

Harapanku supaya kem ini berlangsung dengan jayanya tanpa halangan. Terutama kes penyakit terbaharu ' Novel Corona Virus'. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tulisan Ilmiah - Arab

Assalamualaikum dan salam jumaat buat pembaca dan pengunjung semua. Aku lah yang baca semula tulisanku ini. Masih adakah orang membaca blog ...