PERBAHASAN PERTAMA: MAFHUM AL-ILM
Pemahaman Ilmu bagi ulama' mantik ada pemahaman tersendiri yang berbeza dengan
pemahaman ilmu-ilmu lain seperti ilmu syariah dan falsafah.
Apakah perbezaan
antara ilmu dalam Ilmu Mantik dan ilmu dalam ilmu-ilmu lain?
Ilmu bagi ulama’
Mantik bermaksud mengetahui semata-mata. Apakah ia bermaksud semata-mata
mengetahui? Yang dimaksudkan adalah setiap yang diketahui akal adalah ilmu sama
ada mengetahui tentang haiwan, objek sama ada mengetahui secara pasti atau zon
atau syak atau waham maka semuanya dinamakan ilmu bagi ulama’ mantik.
Adapun ilmu bagi ulama’ lain, ilmu ialah mengetahui secara pasti apa yang tidak diketahui oleh orang yang lain. Justeru itu, ia bukan semata-mata mengetahui tetapi ia adalah lebih tinggi peringkat pengetahuan.
Ada yang
bertanya: apakah maksud dengan lebih tinggi peringkat pengetahuan? Adakah di
sana terdapat peringkat yang lain?
Ya. Tahu ialah mengetahui sesuatu bukan satu peringkat sahaja, bahkan terdapat enam peringkat atau tingkatan pengetahuan: yang paling tinggi adalah yakin, kemudian zon, kemudian
syak, kemudian waham, kemudian jahil al-basit dan kemudian jahil al-murakab yang akan dibincangkan secara ringkas;
al-Yakin: sesuatu perkara
yang diketahui dengan pengetahuan yang kuat iaitu tiada sangkaan yang lain.
Ketika ini, ketua cakap kepada askar lain: “pergilah kamu! Dan pastikan tiada
musuh dalam kawasan ini!”.
Wajib bagi
askar untuk meronda semua kawasan untuk mencari musuh sehingga membawa kepada
keyakinan penuh bahawa tidak mungkin ada musuh yang wujud dalam kawasan
berkenaan. Begitu juga apabila kamu melihat Ali berdiri, maka kamu kata dengan
yakin bahawa dia berdiri. Apabila kamu ceritakan bahawa berpuluh kawan-kawan kamu telah berkahwin, maka dengan yakin bahawa dia
telah berkahwin.
Yakin = contoh yang
boleh dinisbahkan adalah 100%
Al-Zon : lebih cenderung kepada
betul. Di sana terdapat lebih banyak anggapan dan anggapan itu cenderung keapda betul dan yang lain adalah salah. Anggapan yang pertama dianggap zon.
Zon ini peringkat lebih rendah dari keyakinan. Apabila yakin tidak ada kesalahan
maka zon membawa keyakinan tetapi terdapat anggapan sedikit salah yang lemah
(marjuh)
Contohnya: Ketika
aku melihat pelajar yang rajin, maka aku beranggapan dia akan dapat keputusan
yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun tetapi adakah di sana ada
keyakinan? Tidak. Ia bukan yakin, maka di sana terdapat anggapan ada kelemahan
yang menyebabkan tidak capai kecemerlangan dalam peperiksaan dengan mempunyai
sebab tertentu. Apabila saya seorang yang yakin bahawa dia akan berjaya dengan
cemerlang sebab ada pemberatnya yang memberatkan kepada kejayaan iaitu kerajinannya.
Dalam al-Quran perbezaan
antara yakin dan zon dalam firman Allah dalam surah al-Jathiah ayat 32:
وَإِذَا قِيلَ إِنَّ
وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقّٞ وَٱلسَّاعَةُ لَا رَيۡبَ فِيهَا قُلۡتُم مَّا نَدۡرِي مَا
ٱلسَّاعَةُ إِن نَّظُنُّ إِلَّا ظَنّٗا وَمَا نَحۡنُ بِمُسۡتَيۡقِنِينَ
Maksudnya: Dan
apabila dikatakan (kepadamu): "Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar
dan hari berbangkit itu tidak ada keraguan padanya", nescaya kamu
menjawab: "Kami tidak tahu apakah hari kiamat itu, kami sekali-kali tidak
lain hanyalah menduga-duga saja dan kami sekali-kali tidak menyakini(nya)
Perhatikan orang-orang kufur menyeru -dalam masalah beriman kepada hari kiamat- hal ini
sampai kepada mereka pada martabat zon sahaja, tidak sampai kepada martabat
yakin. Ini menunjukkan bahawa martabat yakin lebih besar dari martabat zon.
Zon = contoh
nisbahnya : antara 51%-99%
Al-Syak: ialah terbina hal
berkecuali sekitar masalah kerana ketiadaan pemberat. Ia tidak menafikan, tidak
menetapkan, tidak beriman dengan kesahihan dan tidak beriman dengan kesalahan,
maka antara dua aspek itu (benar dan bohong) adalah setara, tidak ada pemberat
antara keduanya.
Contohnya: kamu
telah membaca dua buah kitab pada topik kapitalisme, kemudian kamu bercakap
keapda kawan kamu bahawa kapitalisme adalah cara menangani kehilangan dan
kepupusan (masalah kemelesetan ekonomi). Kemudian kawan kamu tanya: “dari buku
mana kamu dapat penyataan itu?”
Apabila kamu tidak
ingat dalam 2 kitab mana yang kamu dapat maklumat itu, maka kamu akan syak
(ragu-ragu) dalam keadaaan ini kerana kamu tidak memiliki pemberat yang menjadikan
kamu beri’tikad (berpegang) bahawa salah satu dari dua buah buku yang kamu ingat tentang
maklumat itu.
Syak = contoh
nisbahnya 50%
Al-Waham: ialah pemberat
yang tidak diberatkan. Waham ini berlawanan dengan zon secara sempurna. Zon
merupakan pemberat yang memberatkan, maka waham pemberat yang tidak diberatkan.
Contohnya ketika
kamu disoal oleh seseorang: Adakah universiti itu dibuka pada hari ini?
Apabila kami
menganggap bahawa iktikad 70% bahawa ia dibuka dan 30% tutup, apa maksudnya?
Ini bermaksud
bahawa iktikad bahawa universiti itu
tutup adalah contoh waham nisbah baginya . Kenapa? Kerana anggapan itu tidak diberatkan iaitu terhasil ke atas nisbah bawah paras 50%.
Waham = contoh
nisbahnya : antara 1% - 49%
Al-Jahl al-Basit:
ialah tidak terdapat padanya gambaran atau hukum tentang sesuatu perkara.
Contohnya aku kata kepada kamu: Adakah kereta Khalid warna putih atau hitam?
Apabila kami
menganggap bahawa kamu tidak melihat kereta Khalid maka kamu akan kata: aku
tidak tahu. Maka di sini kamu tidak tahu mengenai keadaan kereta Khalid dan
tidak memiliki apa-apa gambaran mengenai kereta itu.
Contoh lain: Allah
berfirman dalam surah al-Taubah ayat 6:
وَإِنۡ أَحَدٞ مِّنَ
ٱلۡمُشۡرِكِينَ ٱسۡتَجَارَكَ فَأَجِرۡهُ حَتَّىٰ يَسۡمَعَ كَلَٰمَ ٱللَّهِ ثُمَّ
أَبۡلِغۡهُ مَأۡمَنَهُۥۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمٞ لَّا يَعۡلَمُونَ
Maksudnya: Dan jika
seorang diantara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka
lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah, kemudian antarkanlah ia
ketempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak
mengetahui.
Dengan apa Allah
sifatkan orang-orang musyrikin? Allah menyifatkan mereka “kaum yang tidak
mengetahui” iaitu mereka jahil, maka mereka tidak mengetahui dakwah Nabi SAW
maka mereka musyrik disebabkan sifat kejahilan tetapi bukan jahil murakkab yang
akan kita takrifkan nanti, bahkan dia adalah jahil basit.
Selepas kita
mengetahui makna jahil basit telah ditanya oleh seseorang: apabila kejahilan ialah tidak mengetahui, kenapa kami letakkannya
dalam peringkat pengetahuan?
Ini adalah soalan
yang baik dan semoga sebab yang menjadikan ulama’ Mantik mempunyai darjat
kejahilan al-basit dari segi konten martabat pengetahuan bersamanya bukan
pengetahuan yang menjadikannya sebab dalam menjelaskan jenis yang lain dari
jenis kejahilan iaitu kejahilan murakkab. Jahil Murakkab ialah apabila kita
tahu kejahilan basit maka dengan mudah kepada kita mengetahui kejahilan murakab
dan kejahilan murakkab adalah jenis dari pengetahuan.
Al-Jahl = contoh
nisbahnya : 0%
Al-Jahl
al-Murakkab: ialah mengetahui sesuatu yang berlawanan dan bercanggah dengan
pengetahuan yang dipegang. Maka telah ditanya seorang saudara kamu: Mana buku
aku? Kamu kata kepadanya: buku kamu dalam beg itu. Dia kata kepadamu: adakah
kamu yakin? Kamu jawab: Ya aku yakin. Ketika dibukakan beg itu, ia tidak
menjumpai satu buku pun.
Ini dinamakan jahil
murakkab iaitu bukan semata-mata jahil basit yang mana kamu tidak mengetahui
suatu perkara itu, tetapi kerana kejahilan murakkab dari dua perkara: pertama;
kamu berpegang kuat bahawa kamu tahu. Kedua; iktikad kamu bertentangan dengan
keadaan sebenar.
Maka perbezaan
antara jahil basit dan jahil murakab ialah jahil basit ialah kamu tidak tahu
dan tahu bahawa kamu tidak tahu. Jahil murakab ialah kamu tidak tahu dan
tidak tahu apa yang kamu tak tahu.
Jahil murakab =
contoh nisbahnya : kurang dari 0%
Selepas kita
mengetahui tingkatan pengetahuan, kita kata bahawa ilmu bagi ulama’ mantik
mengandungi semua 6 peringkat; yakin, zon, syak, waham, jahil basit dan jahil
murakab, semuanya dinamakan ilmu bagi ulama’ mantik. Adapun dalam ilmu yang
lain, maka ilmu secara mutlaknya adalah pada martabat pertama sahaja iaitu
yakin dan begitu juga sifat orang berilmu bahawa martabat tertinggi dalam
pengetahuan. Dari bab ini Allah berfirman dalam surah al-An’am ayat 148:
قُلۡ هَلۡ عِندَكُم مِّنۡ
عِلۡمٖ فَتُخۡرِجُوهُ لَنَآۖ إِن تَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ وَإِنۡ أَنتُمۡ
إِلَّا تَخۡرُصُونَ
Maksudnya: Katakanlah: "Adakah kamu mempunyai
sesuatu pengetahuan sehingga dapat kamu kemukakannya kepada Kami?" Kamu
tidak mengikuti kecuali sangkaan belaka, dan kamu tidak lain hanyalah berdusta.
Bukan bermaksud
ilmu dalam ayat ini semata-mata mengetahui sebagaimana yang ditakrifkan oleh
ulama’ mantik tetapi maksudnya ilmu ialah pengetahuan peringkat tertinggi iaitu
yakin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan