19 April 2021

Pengurusan Hal Ehwal Agama Islam

Sebenarnya aku sembang dengan adik pasal Agama Islam di Malaysia ini seolah-olah tak nampak ada pembelaan. Aku juga terbaca banyak agensi atau NGO Islam di Malaysia ini. Timbul kesamaran terhadap peranan dna fungsi agensi ini. Ada JAKIM, YaPIEM (sini), YADIM (sini), IKIM (sini), MKI (sini), ACCIN (sini) dan NGO dibwahnya antaranya;

MAPIM (sini), PUM (sini), ABIM (sini), Al-Hidayah, Al-Hunafa, AMAL, ASB, Darul Fitrah, Darusshifa', FORUM, GEPIMA, HALUAN (sini), IIS, IKRAM (sini), IMAN, ISMA (sini), ITMAM, JAMAIY, JAM'IYYAH, JAM'IYYAH Perak, JIM, MACMA, MAMPAT, MUAFAKAT, MUAFAKAT (ada dua nama sama), PAKSI, PEMIIT, PM, PERKIM (sini), RICOI, SALIMAH, SHURA, TERAS, WADAH, WAMY (sini), WEHDAH. Banyak lagi dan boleh google guna link 'sini'. Jika digabungkan jadi satu sahaja, pasti umat Islam bersatu kan. 

Hakikatnya konsep 'pecah dan perintah' yang dibawa oleh penjajah berjaya melalui tangan orang Islam sendiri. Sama juga dalam politik. Orang Melayu Islam pecah keapda berapa parti? UMNO, PAS, AMANAH, PKR, PBBM dan tak tahu dah nak senarai. Tak termasuk lagi, SYIAH, WAHABI, ASWAJA, PEKIDA, dot dot dot...

Aku juga tak pasti fungsi mereka wujud dan apa pembaharuan yang mereka buat? Orang miskin dan penganggur semakin ramai. Secara tak langsung jenayah semakin berleluasa. Mereka perlu teruskan hidup walau apa pun cara. Sedangkan agensi berkaitan Islam senyap dan diam atau tidak wujud?

Hasil tinjauan internet semalam aku senaraikan dibawah dan rujukan sumber aku cari semula.


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

Secara ringkasnya, Kerajaan Persekutuan Malaysia yang mentadbir hal ehwal agama Islam di Malaysia dibawh Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Jika diperhatikan JAKIM ini telah lama sebenarnya. Pada tahun 1969 Persidangan Raja-raja Malaysia memutuskan perlunya kewujudan satu badan yang menbantu usaha pembanguanan dan kemajuan umat Islam di Malaysia dengan menubuhkan Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia atau MKI bagi memelihara kesucian dan ajaran Islam. 

Satu urusetia ditubuhkan dan dikembnagkan sebagai Bahagian Ugama Jabatan Perdana Menteri. Kemudian ada lagi nama lain, Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS). Tahun 1997, tertubuhlah JAKIM. Dalam Perlembagaan juga sebut Islam adalah agama rasmi Malaysia.

Peranannya hampir sama dengan agensi lain. Aku masukkan sekali apa yang aku dah tulis dalam buku catatan ini. Antaranya;

1. Sebuah badan penyelaras pembangunan agama dan kemajuan ummah di Malaysia

2. Menjalankan penyelarasan hal ehwal agama dalam lingkungan sempadan pentadbiran yang dipertanggungjawabkan dan berwaspada supaya tidak langgar garis tanggungjawab yang menjadi hak pentadbiran di peringkat negeri (Berita Harian 2018)

3. Urusetia bagi MKI dan mengendalikan 3 masjid iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

4. Bertanggungjawab terhdap penggubalan dan penyeragaman undang-undang syarak di Malaysia (Berita Harian Online 2019) SINI

5. Menyelaras dan membangunkan pendidikan Islam.

6. Mengendalikan pusat pendidikan dan latihan seperti Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Institut Kemahiran Islam Malayisa Sarawak (IKMAS), Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) dan Darul Quran.

7. Mengendalikan modul Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang dilaksanakan di premis yang berdaftar dengan agensi agama Islam negeri-negeri.

Pada tahun1974 pengurusan  halal telah diterokai oleh JAKIM bermula dengan penglibatan Pusat Penyelidikan, Bahagian Hal Ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri dalam memberi surat pengesahan halal kepada semua produk yang patuh syariah. 

Pada tahun 1994 bentuk persijilan dan logo pengesahan halal diperkenalkan. 

Pada tahun 1998, proses pemeriksaan mula dijalankan dn syarikat Ilham Daya dilantik oleh pihak kerajaan Malaysia bagi melaksanakan tanggungjawab ini. 

Tahun 2002, pihak kerajaan telah arahkan semua urusan pengesahan halal dilaksanakan sepenuhnya oleh JAKIM melalui Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam

17 November 2005, Industri Makanan di Malaysia semakin berkembang, Jabatan Perhidmatan Awam Malaysia meluluskan 165 perjawatan pelbagai skim dan gred dengan nama baharu  iaitu Bahagian Hub Halal.

2008, pengurusan persijilan halal sekali lagi diserahkan kepada pihak swasta iaitu Halal Industry Development Corporation sebelum dikembalikan semula peranan dan fungsinya keapda JAKIM berdasrakan keputusan Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009. Pengurusan persijilan halal JAKIM antara model pengurusan persijilan halal terbaik dunia selepas memperoleh beberapa pengiktirafan peringkat antarabangsa (Sinar Harian 2021) SINI.

Menurut Dr Muhamad Razak Idris (berita harian 2018) kuasa pentadbiran Islam di Malaysia tidak berpusat adalah disebabkan setiap negeri mempunyai perundangan tersendiri dalam urusan pentadbiran hal ehwal Islam. Menurutt beliau lagi, hal ini dilihat satu pemecahan kuasa pentadbiran Islam tanpa ada  ikatan penyelarasan bersama menimbulkan kesulitan dan pertindihan tugasan yang sama. Dalam bidang kemajuan pendidikan Islam, semua negeri memrlukan satu pelarasan peringkat kebangsaan dari segi dasar, kurikulum, pembangunan prasarana, latihan keguruan, pengajian dan imbuhan. Selain itu, fatwa, pembangunan dakwah, latihan imam dan pentadbiran Islam serta penerbitan sumber rujukan utama berkaitan ajaran Islam perlu diselaraskan.


SUMBER:

1. Portal Rasmi JAKIM - Utama (islam.gov.my)

2. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

3. Peranan JAKIM dan cabaran masa depan | Muka 10 | Berita Harian (bharian.com.my)

4. Jakim terima dua anugerah jenama terbaik halal (archive.org)

5. Penyelarasan, penyeragaman undang-undang syariah dilaksana tahun depan (bharian.com.my)

6. YaPEIM – Memacu Kejayaan Bersama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...