13 Oktober 2025

Zioni5 dan Falestin

Hangat diperkatakan tentang pelayaran Sumud Flotilla. Pelayaran membawa bantuan yang membawa bersama risiko kematian mencetuskan fenomena kerana penyertaan dari 45 buah negara. Perancangan yang hebat, ilham dari Allah bagi membuka mata dunia terhadap kekjaman Zioni5.

Selama ini perjuangan Falestin melalui laut telah dibuat, namun tiada siapa yang tahu nasib pelayaran itu. Ada yang dibom dan ada yang dipenjarakan, tiada siapa yang tahu 

Sekarang masih panas berkaitan Falestin merdeka selepas berlaku gencatan senjata. Sejarah membuktikan Zioni5 akan melanggar perjanjian berkenaan. Tetapi bagi saudara kita di Gaza, inilah peluang mereka mengambil tenaga dan mengumpul semula strategi serta tidak akan meninggalkan bumi Gaza. 

Perjuangan mereka adalah perjuangan kita kerana bumi Gaza adalah tanah umat Islam dan Kiblat pertama umat Islam yang mengadap Baitul Maqdis. Jauhnya diri ini dari perjuangan itu berbanding saudaraku di Gaza.

Jika dahulu pahlawan terhebat, pasti ramai menyebut Sultan Salahuddin al-Ayubi. Di manakah pahlawan kita sekarang? 
Inilah buku yang aku baca dan terhenti tanpa dapat habiskannya.

Aku ingin kembali membacanya. Moga aku bolh update semula di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Zioni5 dan Falestin

Hangat diperkatakan tentang pelayaran Sumud Flotilla. Pelayaran membawa bantuan yang membawa bersama risiko kematian mencetuskan fenomena ke...