Akhir 2025, Allah mempermudahkan urusan kami.
Harta Tak Alih menjadi pertikaian setelah pemberi meninggal dunia tanpa ada bukti yang sahih. Pemberian secara mulut ke mulut, rupanya menjadi igauan ngeri bagi sesetengah orang dan terus berputus asa untuk diselesaikan.
Hati manusia Allah yang pegang. Allah yang membolak balikkab hati mereka. Sebagai makhlukNya kita tetap berusaha menyelesaikan secara berdepan tanpa melibatkan pihak berkuasa.
Asal usul tanah dibahagi kepada dua beradik perempuan. Penama sekarang 11 orang dalam satu geran. Aku nak gaul semua cerita kisah geran dalam satu posting ini sahaja. Jika tak sabar, jangan baca. Ini rujukan aku pada masa akan datang.
Cerita 1
Seorang nenek ada anak perempuan dan memelihara cucu lelaki. Akhirnya menjadi cucu kesayangan. Sebelum meninggal dunia, cucu ini diberi hadiah kasih sayang sebidang tanah/ satu relung padi. Tanah ini menjadi tempat mereka menanam padi dan menuai hasil.
Satu bahagian untuk anak perempuan dan 1 bahagian untuk cucu kesayangan tadi. Kemungkinan dia ada harta lain.
Cucu lelaki ini susah sangat nak bekerjasama dengan yang lain dengan alasan bahagian dia lebih besar lagi. Pernah juga bawa parang apabila ada yang datang berunding. Wallahu a'lam. Sebelum meninggal dunia, dia letak nama anaknya, Si F.
1 bahagian lagi dijual kepada P kemudian P jual kepada E. Sekarang Si E nak serah kepada L, kakaknya.
Cerita 2
Seorang wanita ini merupakan adik beradik kepada nenek tadi (cerita 1). Dia mempunyai 4 orang anak perempuan. Dia bahagi kepada 4 orang anak perempuannya, Nik, Esah, Teh dan Midah.
Bahagian Nik akhir sekali jatuh kepada cucunya Zu, hasil belian dengan bapa adik beradik ibunya dan belum buat pembayaran.
Bahagian Esah dijual kepada Mohd (anak kepada Midah). Kemudian dibeli oleh anaknya Zul. Zul ini juga dapat bahagian Faraid dari Mohd. Penama dalam geran Zul dan nak dikongsi dengan adik beradiknya (3L dan 3P). Zul pula meninggal dunia.
Bahagian Teh dibahagi kepada 4 orang anak perempuannya iaitu R, N, Ad dan Zawiyh. Bahagian Ad dijual kepada anaknya Ida. Kemudian jual kepada adiknya Zaid.
Bahagian Zawiy pula dijual kepada anak saudaranya iaitu Nam.
Bahagian Midah pula diberi kepada kepada 4 anak sahaja. Sedangkan dia ada 6 orang anak sebelum dia meninggal dunia. Mana bahagian 2 anak lagi?.
Midah mempunyai 6 orang anak, Mo, Mud, Hind, Sem, Mand dan W**k. Hanya yang terima Moh, Sem, Mand dan W**k sahaja.
Bahagian Mo diletak penama , Zul. Sem diletak penama Wan Z. Mand diletak penama Wan Is dan W**k penama Nor.
Aku pernah tanya, mana bahagian Mud dan Hind. Masing-masing senyap dan tak tahu atau mereka dapat tanah lain (bagi aku harta ni tak jelas). Kadang fikir patut susah nak selesai tanah ini.
Cerita 3
Pada awalnya, arwah Zul menguruskan dari status tanah pertanian kepada tanah bangunan. Banyak guna duit sendiri sebab ada antara mereka enggan bayar kerana menganggap belum dapat bahagian tanahnya.
Apabila arwah Zul tak sihat, dia minta ibuku R tolong selesaikan. Dari lantikan juru ukur H kepada juru ukur Geo.
Kebetulan aku cuti belajar musim covid dan berminat dengan urusan tanah ini. Kononnya sebahagian kajian. Tetapi hampa sebab banyak benda terlalu SULIT. Ini menyebabkan kesukaran mendapatkan data. Dari pembacaan jurnal, aku dapati urusan geran banyak nama, sukar diselesaikan.
Aku bantu ibu. Rupanya ibuku membuat carian geran baru sebab salah seorang pinjam geran dan hilangkan (alasan gagal serahkan geran asal).
Ibu aku telah berurusan dengan juru ukur H sehingga dapat cadangan pelan kedudukan setiap penama dengan buat undian. Bayaran untuk urusan pelan ini telah dibuat lebih kurang RM3K. Setiap penama dalam geran ini telah setuju dan turunkan tandatangan. Cadangan ini telah diserahkan kepada pejabat tanah.
Tanpa disedari Si F pergi ke Pejabat Tanah tarik balik persetujuannya. Pejabat Tanah terpaksa tangguhkan. Dahulu, Si ayah F yang enggan setuju, rupanya anak juga sama.
Cerita 4
Aku mula menjadi perantara dalam group telegram dan What's App. Semua geran dan dokumen yang aku ada dan jumpa dalam fail ibuku, aku scan dan upload dalam group.
Kemudian aku bayar cukai tanah yang tertunggak. Cabaran aku adalah kewangan. Kni paling sukar untuk dapat kerjasama. Guna duit sedia ada iaitu baki yang diserahkan oleh ibuku. Aku malas nak tanya duit tu kumpul dari mana. Mungkin lebihan hasil urusan terdahulu.
Geo buat urusannya dari awal termasuk pelan cadangan pecah bahagian. Semua orang dah setuju dan turunkan tandatangan kecuali si F. Ketika ini, ayahnya telah meninggal dunia. Dia enggan tandatangan. Ayahku cuba ke rumahnya dalam usaha memujuknya. Lebih 3 kali ayah ke rumahnya, alasan isterinya beri ada kerja di laut dll. Bila minta dia telefon, tak telefon. Senyap. Hanya jumpa isteri dia. Kerana si F enggan sign, Pejabat Tanah tidak akan proses.
Aku pula jenis nekad. Tak nak sign, kita jumpa di mahkamah. Kalau kata aku jahat, jahatlah aku. Aku tidak ingin lagi ada penama geran ini meninggal dunia. Cukuplah seorang sahaja. Aku tahu, urusan akan semakin rumit.
Cerita 5
Kebetulan ayah kepada anak muridku, seorang peguam. Dia juga kenalan rapat bapaku termasuk satu kampung. Ayah dan aku saling hubungi. Ayah boleh bercakap di telefon. Aku pula melalui wasup. Banyak urusan peguam ini perlu face to face. Dia datang ke rumah bertanya ibuku hal ehwal tanah ini. Ibuku memang seorang yang simpan data dalam bentuk fail yang agak kemas.
Melalui peguam ini, surat saman dihantar. Tidak hadir. Hantar surat bicara lagi, tidak hadir. Akhirnya iklan di akhbar dan tampal iklan. Tidak hadir juga. Akhirnya pihak mahkamah tandatangan untuk si F. Kisah tarik tali ini tiada kesudahan tanpa mahkamah.
Awal Dis, aku diberitakan bahawa geran hak milik sementara boleh di ambil di Pejabat Tanah. Alhamdulillah.
Sejak covid 2020 hingga tahun 2025, hampir 6 tahun. Aku habis belajar 2022. 6 tahun yang merimaskan. 6 tahun yang penuh teka teki. 6 tahun Allah uji aku. Mereka, penama geran lebih sabar dari aku. Mereka adalah orang terpilih.
p/s: urusan harta jangan dipandang enteng. uruslah secepat mungkin. Jika ada yang tolong bantu, permudahkan urusannya.