13 Mei 2018

Legasi Terus Hidup

Penuh suspen. Penuh emosi. Pengalaman mengajar erti kematangan dan kesabaran. Pengalaman diri menjadikan diri berhati-hati.

Legasi Tombiruo menjadi sentuhan yang sangat menarik. Mengajak pembaca masuk ke alam itu. Magis?

10 tahun bukan ukuran masa, malah penuh teka-teki. Penuh dengan muslihat. Manusia sentiasa berubah. Pergantungan diri kepada Yang Satu satu bentuk ibadat spiritual yang sangat agung. Penyerahan penuh kepada Allah kunci kepada penyelesaian masalah.

Alhamdulillah. Angpow dari YB. Kejohanan Sukan selesai. Pembacaan Legasi tamat. Bakal bersambung lagi. Siapakah Legasi ini? Induk Tombiruo tetap ada walaupun usia semakin meningkat.

Pru14 Tamat.

Hari membuang undi jatuh pada 9 mei 2018, hari rabu. Hari kerja dan diberi cuti pada hari berkenaan. Bagi pengundi luar sepertiku, pilihan hari rabu sangat menyusahkan. Tambahan lagi memandu dari pantai barat ke pantai timur makan masa 8 jam bagi hari biasa. Aku bertolak hari selasa 5.30 petang dan sampai di kampung, 6.30 pagi. 13 jam dalam perjalanan sahaja.

Bagi hari raya, 5 tahun sekali, aku gagahkan diri meredah perjalanan 13 jam bersama adik2 dan si kecil dari Sarawak.

Naiklah 'flight'!
Naiklah bas!
Tumpanglah kawan!

Aku ada alasan tersendiri, kenapa aku sanggup drive lebih 500km sehala.

Sampai di rumah mak ayah, terus solat subuh dan cuba lelapkan mata. 8.00 pagi bersiap untuk ke tempat mengundi. Aku dapat saluran 4. Kali ke-3 mengundi. Perutku kosong hanya beralaskan air kosong, terus mujahadah pergi buang undi. Lapar. Terus thabat. 11.30 pagi, semua selesai. Balik dan makan. Alhamdulillah. Nikmat mana yang aku dustakan?

Tsunami memilih 2018 menjadi penentu masa depan negara. 5 tahun. Adakah kerajaan baru mampu baiki kerosakan 10 tahun atau lebih lagi? Aku hanya mampu lihat dan tolong ikut kemampuan sahaja. Terus ikut perkembangan terkini.

Keputusan malam 9 mei 2018, terlalu lambat. Aku tak mampu tunggu kerana kurang tidur dan penat memandu. Cadangan asal 10 mei 2018, aku perlu kembali bertugas. Gila! Badan tak mampu tetapi mental masih kuat.

Celik mata 10 mei, terus tengok keputusan. Alhamdulillah, cuti 2 hari. Pakat Harapan menang hampir keseluruhan negeri kecuali Kelantan dan Terengganu. Negeri tanda tanya, Perak dan Kedah.

Aku terus rehat hingga hari Sabtu 11 mei.

Sekarang penuh dengan tanya.

1- Adakah aku betul dalam memilih?

2- Adakah aku memilih parti yang salah? Kerana pilihan ini, ada orang fahaman Syiah telah kuasai pentadbiran Malaysia. Adakah ini fitnah?

3- Adakah kerajaan baru sama dengan kerajaan lama?

4. Adakah Islam akan dimartabatkan di Malaysia?

5. Adakah fitnah menfitnah akan terus bermaharaja lela di media sosial tanpa tindakan dari pihak berkuasa?

6. Adakah Menteri Kewangan dari bangsa Cina akan mengugat kedudukan hak keistimewaan Melayu?

7. Adakah Menteri Pertahanan dari golongan Syiah? Adakah Ketua Menteri Melaka juga Syiah? Sangat susah dikenalpasti walaupun melalui beberapa keping gambar.

8. Adakah negeri pembangkang seperti pas dan BN akan diberi peruntukan sama atau di 'anak tiri' kan?

p/s: persoalan ini berlegar dalam fikiranku. Semoga Allah membuka pintu kebenaran dan keadilan untuk kita semua yang berada di dunia akhir zaman.

14 April 2018

Pada mataku.

Aku melihat.
Aku melihat orang bekerja.
Aku melihat sesuatu perpisahan.
Aku melihat acara dan majlis.

Ada perpisahan kerana berpindah.
Ada perpisahan kerana bersara.
Ada perpisahan kerana kematian.
Ada perpisahan kerana perceraian.
Ada perpisahan secara paksaan.

Melihat tidak semuanya betul pada hati.
Melihat tidak menceritakan kebenaran.
Melihat pada mata kepala berlainan melihat dengan mata hati.

Ada perpisahan disambut dengan majlis.
Ada perpisahan disambut dengan pandangan mata.
Ada perpisahan, hanya lambaian selama jalan.
Ada perpisahan dengan hadiah.
Ada perpisahan disambut senyuman.
Ada perpisahan tanpa sambutan.

Perpisahan tanpa apa-apa acara.
Sempat melalui petikan jari pada keyboard aplikasi What'Up.

Aku harapkan perpisahan ini.
Tanpa apa-apa berita dan sambutan.
Aku harapkan hanya Allah redha apa yang telah aku kerjakan.
Aku harapkan kemaafan dari semua orang yang mengenaliku.

Adakah impianku ini terlaksana?

اللهم بارك في رجب وشعبان وبلغنا رمضان.

Rejab bakal berlabuh. Sya'baan bakal menjelma. Ramadhan menjadi penantianku.

Ya Allah, jemputlah diriku dan kedua ibubapaku sebagai tetamu-Mu.

25 Mac 2018

Makan Angin

Alhamdulillah semua tetamu telah pulang.

Maaf andai tidak selesa.

Cuti pertengahan penggal 1 tahun 2018, aku sempat pulang selama 4  hari. Malam khamis bermula permusafiran. Pagi Khamis, pukul 10 pagi, kami ke Melaka. Menuju ke Kg Mortem. Kampung yang berada di tengah-tengah kota melaka. 5.30 petang sampai ke Kg Mortem. Berjalan sekitar kampung ini. Dugaan kaki terseliuh. Masih mampu berjalan.

Sementara menunggu malam, kami ke Masjid Al-Azim. Selesai solat jama' qosor, kami ke jeti 'river cruise'. Bayaran untuk seorang dewasa RM18 dan seorang kanak-kanak RM6.50.

Apabila naik bot, kami dibawa mengelilingi Kg Mortem. Cantik pemandangan waktu malam. Cuma air sungai berbau. Mungkin akibat arus pemodenan. Kami sampai ke tempatku, jam 1.30 pagi. Seharian 'drive'.

Esoknya, jumaat. Selepas solat jumaat di Masjid Nilai, kami ke Nilai 3. 'Shopping' dan 'window shopping'. Malam ke rumah kawan kak ipar. Sampai rumah pukul 12.00 malam.

Hari Sabtu, kami ke Putrajaya. Melawat Alamanda, Astaka Morroco dan Taman Botani. Kami rancanc nak sewa basikal. Kaunter telah tutup. Ketika itu, jam 12.15 tengahari.

Bayaran sewa basikal 'single' RM10. Jika ada 'para', boleh letak pembonceng, RM12. Bayaran sewa motosikal letrik RM30 untuk 30 minit. RM50 untuk 1  jam.

Kami terus ke walimah sepupuku di Dewan Serbaguna. Ziarah sepupu ayah di Desa Pinggiran Putra. Kemudian ke Outlet Mitsui, jalan menuju ke KLIA. Terus ke Rumah Terbalik. Bayaran seorang dewasa RM20. Kanak-kanak 3-12 tahun RM15. Lahir bulan Mac/April, free.

Pulang ke 'sarang' jam 10.00 malam.

26 Februari 2018

Asal Usul Kerajaan Melayu.

1930 M - Tuanku Syeikh Amrullah kumpul semua anak cucu

Kisah - Tuanku Pauh (Pariaman) pindah ke Tanah Darat dan beristeri di Kota Tua, Lawang dan Sungai Batang.

1948 M-  Beliau meninggal dunia, 3 hari sebelum penyerangan Belanda  yang kedua.

Kerajaan Sriwijaya

Di Pualau Sumatera, kerajaan Sriwijaya telah mengembangkan agama Budha. Kuasanya meliputi Sumatera, Jawa Tengah, Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Semenanjung Kra (Siam). Di Ligir, terdapat batu bersurat tentang kebesaran Kerajaa Sriwijaya. Salah seorang Raja Sriwijaya, Syailendra  pada abd ke-8 telah mendirikan Candi Borobudur yang terkenal.

Kerajaan Majapahit.

1331, kerajaan Majapahit mencapai kemuncak kemegahan setelah Gajah Mada diangkat menjadi Patih. Gelarannya bertukar kepada Mahapatih Gajah Mada. Cita-citanya adalah menakluki seluruh Nusantara Indonesia termasuk Minangkabau.

Salah seorang pembesar dan cendikiawan dalam istama Majapahit, orang kanan kepada Mahapatih Gajah Mada adalah seorang bangsawan berdarah campuran Melayu dan Jawa, Aditiawarman. Aditiawarman pernah ua kali dilantik menajdi duta istimewa menhadap Maharaja China. Kemudian Aditiawarman pulang ke tanah airnya untuk menjadi Raja.

Image result for buku ayahku

Kerajaan Pagar Ruyung.

Pemerintahan pertama Aditiawarman bermula di Darmasyraya dalam daerah Jambi sekarang. Kemudian berpindah ke Minangkabau dan diberi nama Pagar Ruyung. Di sinilah Aditiawarman memakai gelaran 'Maharaja Di Raja' merujuk kepada kerajaan yang bebas dari Majapahit antara tahun 1347-1375.

Patihnya bernama  Dewa Tuha, besar kemungkinan adalah Datuk Pepatih Nan Sebatang, mertua Aditiawarman dan pendiri susunan adat Budi Caniago (Suku Caniogo).Dalam batu bersurat di Suruaso, Aditiawarman mempunyai seorang Temenggung. Kemungkinan diberi gelaran Datuk Ketemenggungan, pendiri susunan adat Laras Kota Piliang.

Agama yang dianuti oleh Maharaja itu adalah agama Budha , Mazhab Bairhawa. Maharaja ini memakai gelaran Kanakamedinindra (Maharaja Negeri Mas)

Walaupun rajanya memeluk agama Budha atau Hindu, orang Minangkabau telah menyusun kebudayaan dan adat istiadatnya sendiri. Susunan adat dan pemerintahannya berdasarkan dua iaitu, Kota Piliang dan Budi Caniago. Setiap negeri menyusun masyarakatnya dengan dasar kata muafakat dan hanyalah Maharaja sebagai lambang sahaja. Hal ini kerana rakyat disusun atap oleh kepala suannya masing-masing.

Masuk Islam.

Orang yang mula-mula masuk Islam adalah seorang ketua kampung di tepi pantai Pasai, Acheh, Merah Silu, dibawah pimpinan ulama' dari Mekah. Riwayat ini ditulis oleh Tun Sri Lanang dalam buku 'Sejarah Melayu'.

Merah Silu menjadi Raja Pasai dengan memakai gelaran Al-Malek As-Saleh. 1297 M, Raja Al-Maleh As-Saleh meninggal dunia.

1292 M, Marco Polo datang ke Sumatera Utara hanya melihat Islam di Perlak, sebelum Pasai. Sejarah menceritakan bahawa raja-raja Islam di Perlak dan Pasai menguatkan hubungan mereka dengan mengahwinkan anak-anaknya.

1345 M, Ibnu Batutah datang ke Pasai dan raja ketika itu adalah Sultan al-Malik Az-Zahir. Pertama kali datang, Ibnu Batutah mendapati rajanya tidak ada dalam negeri kerana menyebarkan dakwah Islam ke Muljawa iaitu Minangkabau (Melayu-Jawa).

Abad ke-14 Agama Islam masuk ke Minangkabau. Menurut kajian lain, mengatakan abad ke-13 dan ke-14 lebih awal Islam masuk ke Acheh dan Sumatera.

Zaman Khulafa' Ar-Rasyidin peniaga bangsa Arab telah melalui Selat Melaka dari Laut Merah terus ke Tiongkok. Sebelum Portugis, orang Arablah yang menguasai perniagaan. Banyak bukti dari ahli-ahli geografi Arab menyebut kerajaan Kilah iaitu Kataha di Sumatera Tengah atau Kedah di Malaya) dan kerajaan Syarbazah (Sriwijaya).

p/s: Sambil baca buku 'Ayahku', aku cuba terokai apa maksudnya kerana keterbatasan maklumat yang aku ada. Sumber di bawah boleh dijadikan rujukan bagi penulisan kali ini. Aku masih buta sejarah. Buku Sejarah Melayu yang ditulis oleh Tun Sri Lanang pernah aku pandang sahaja tanpa buka isinya. Sekarang entah di mana buku itu. Kalai tak silap, buku itu pernah jadi buku teks sejarah ketika sekolah zaman 60-an.

SUMBER:

1. Candi Borobudur-  wikipedia
2. Buku Karya HAMKA- Ayahku.
3. Kerajaan Srivijaya 
4. Tun Sri Lanang -wikipedia
5. Budi Caniago

02 Februari 2018

Syukur Bukan Mudah.

Tiada siapa tahu perancangannya berjaya atau tidak. Termasuklah diriku. Bermula dengan Program Orientasi, sekarang program melibatkan jemputan luar.

Susah hati menjadi peneman setiap malam. Setiap kali bangun tidur mulut pasti sebut "Ya Allah permudahkanlah". Harapan supaya hati tenang.

Pengalaman yang terdahulu, menjadikan diriku pasrah. Pasti akan berlaku 'sesuatu' diluar jangkaan. Adakah ini penyakit?

Semua pentadbir dan rakan sejawat sangat membantu dan memberi sokongan. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

Aku terlalu cepat marah terhadap 'alasan' ketidakhadiran peserta. Alasan tidak kukuh. Adakah ini kerana jawatan guru disiplin dan pengawas sekolah?Walaubagaimanapun aku cuba cari jalan untuk peserta ini hadir.

Terima kasih Pn Kaunselor atas cadangan yang sangat membantu.

Image result for syukur
'sumber google'

Setelah telefon ibu peserta untuk dapatkan no. tel bekas suami atau penjaga peserta tidak berjaya, peserta ini yang beri respon akan hadir. Mungkin ibunya 'whatsup' anaknya.

"Tidak semua kita nak, Allah beri. Syukurlah dengan apa yang ada. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Syukur, Alhamdulillah"

Moga program ini berjalan lancar.

01 Januari 2018

Nikah hukum atau hukum nikah?

Hukum nikah biasa dengar. 'Nikah hukum' kali pertama dengar dan baca. Rupanya pernikahan ikut rukun nikah telah selesai. Yang belum selesai, akad nikah dengan tok kadi dan pendaftaran ikut undang-undang syariah Malaysia.

'Jangan jadi seperti dia'.

Aku berminat 'follow' kes dia. Lain dari yang lain. Jadi pengajaran bagi pasangan yang belum daftar pernikahan di Malaysia. Menunjukkan ceteknya pengetahuan kita dalam bab munakahat terutama berkaitan talak atau bubar perkahwinan.

Mungkin peguam syarie ada nasihat untuk wanita, bakal isteri, isteri dan keluarga.
Teringat kata-kata seseorang. Ajarlah pelajar tentang munakahat bersungguh-sungguh. Biar mereka tahu hak-hak suami atau isteri. Jangan jadi seperti 'dia'. Sepatut boleh selesai diam-diam. Sekarang 1 Malaysia tahu.
Image result for nikah

rujukan nota al-syariah tingkatan 3 bagi kurikulum bersepadu dini.

http://bit.do/nikahkbdt3 (copy link ini)

Kisah Penduduk Kampung dalam Surah Yasin

Assalamualaikum, Surah Yasin merupakan salah satu surah yang sentiasa aku ulang-ulang hampir setiap hari satu ketika dahulu. Sekarang aku na...