13 Februari 2021

Siyasah Syar'iyyah

 Aku sebenarnya tak tau sangat pasal siasah atau politik ini. Bila buat pembacaan, aku perlu buat ringkasan dari jurnal yang aku baca. Ini juga bantu aku faham apa itu siasah. Selalu netizen bagi hujah yang kadang-kadang tidak masuk akal. Jadi aku cuba kumpulkan apa yang aku dapat dari bacaan. Apa yang aku tulis untuk diriku bukan pendapat orang lain.

Jom mulakan pembedahan.

Kejatuhan sistem khilafah Islam menjadikan punca topik Siyasah Syar'iyyah banyak dibahaskan. Yang banyak diketengahkan adalah konsep pentadbiran iaitu al-Shura atau nilai yang menjadi tunjangnya ialah al-'adalah atau maslahah. Jadi prinsip asas lain yang menjadi teras dalam politik adalah siyadat al-Shar'iah.

Tujuan kajian: mengkaji prinsip siyadat al-syariah , lalu merumuskan hubungan antara politik Islam dengan prinsip ini dan bagaimana ia dapat diaplikasikan dalam sesbuah negara.

Kajian penyelidikan kualitatif - kajian literatur dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan.

Hasil dapatan: siyadat al-syariah adalah perkara asas dalam konsep politik Islam itu sendiri dan menjadi titik perbezaan utama dengan konsep-konsep politik yang lain.

3 unsur dalam sesbuah negara bagi mengaplikasikan prinsip ini;

1) sumber perundangan tertinggi

2) kayu ukur pemerintah dalam membuat pilisi

3) pengiktirafana rakyat terhadap kedaulatan Islam itu sendiri.


Apa maksud siyadat syar'iyyah?

al-Nasir : Suatu displin ilmu berkiatan tindakan pemimpin mengurus sesebuah negara berasaskan syariat sama ada dalam urusan yang mempunyai dalil khusus atau tidak dengan berpandukan maslahah serta kaedah umum dan maqasidnya. Ia ditakrifkan sebagai suatu ilmu berkaitan politik atau pemerintahan sesebuah negara bersandarkan syarak

al-Qardawi: bukanlah semua ruang dalam siyasah bebas keapda ijtihad atau pandangan tetapi terdapat beberapa asas yang tidak akan berubah walaupun ada perbahan masa, tempat atau manusia yang disebut sebagai thawabit (kekal) . ulama' mengariskan bahawa siyadat al-shari;ah adalah antara perkara thawabit dalam politik Islam.

Rumusan dari kajian ini mendapati prinsip siyadat al-syar'iyyah adalah perkara asas yang bersifat dhowabit (kekal). Menjadi tanggungjawab seluruh umat Islam khususnya pemerintah Islam berusaha memastikan prinsip ini tertegak dalam tiga dimensi: mengukuhkan dalam sistem perundangan negara,pemerintah yang komited melaksanakan prinsip ini serta seluruh yang memahami dan mendokong prinsip ini (aku tak faham lagi ni-jadi aku copy dulu). Oleh itu wasilah untuk menegakkan prinsip ini antaranya dalam pendidikan, pemerkasaan undang-undang, penubuhan badan serta institusi Islam, penerangan dan pelbagai cara lain yag boleh menyumbang ke arah mengukuhkan prinsip siyadat al-shar'iah.

Dalam artikel Abdul Jalil Borham (2013) ilmu siyasah al-Syar'iyyah ialah ilmu yang membincangkan mengenai pentadbiran sesebuah kerajaan Islam yang terdiri daripada undang-undang dan sistem yang berasaskan keapda asas-asas Islam iaitu mentadbir urusan umum bagi Daulah Islamiah dengan perkara yang membawa kebaikan keapda manusia dan mengelakkan kemudharatan serta tidak melanggar sempadan syariah walaupun dalam perkara yang tidak disepakati ulama'. Dalam artikel banyak juga pendapat seperti Ibnu Khaldun, Ibnu Abidin, Iamam Haramain, Yusuf al-Qardawi. Pandangan orientalis barat juga ada seperti V. Fitzgerald, C.A. Nallino dan Schacht. Ada cerita sejarah tanah melayu dan banyak lagi.

Kesimpulan: Malaysia sebuah negara Islam tetapi pengamlan siyasah syar'iah tidak sempurna dan tidak menyeluruh.. Terdapat kecactan pada syarat perwakilan, ciri2 pemimpin, kaedah akad kontrak dan kuasa mendaulatkan Islam. Perubahan politik mesti terlebih dahulu perubahan terhadap akidah dan kefahaman umat. Boleh rujuk, dari sumber di bawah ye.

p/s: aku nak komen sikit pasal Dr Rozaimi dan Ust Mohit berdebat semalam. Aku nampak hujjah Dr kemas dengan penerangan maqasid syariah yang meletakkan hifz al-nafs tempat yang pertama. Aku sokong dengan kenyataan itu. Bab usul fiqh ini, Ust Mohit nampak tak kuasai ilmu ini. Jadi sebab itu pandnagan beliau, lebih kepada ulang-ulang kena berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Bagi aku yang tak pandai ini berpandangan, ilmu usul fiqh ni perlu dikuasai oleh agamawan kerana nak faham quran dan sunnah, kena tahu kaedah bagaimana nak istinbat hukum menjadi fiqh. Ilmu fiqh lain dan ilmu usul fiqh lain. Mungkin aku juga salah dalam penilaian aku ini. 

Tengah-tengah Dr Rora berhujah tetiba keluar kata ibn Bazz...eh..eh..eh kenapa Dr ambil pendapat ulama' Wahabi ini? Aku sempat terdetik, patut pun dia dipanggil wahabi. Mungkin beliau pun tak sedar sebab aku pada awalnya ada juga petik kata-kata Ibn Bazz ini. Nampak logik dan kena dengan selera kita yang ikut nafsu ini. hahaha Aku ini dah kena tembak kaw-kaw oleh seseorang bila aku tulis dalam komennya " saya tak tau nak bezakan siapa wahabi dan siapa tidak wahabi ". Lepas tu, memang kena peluru berpandu bertubi-tubi dia tembak aku. Aku hadap la. Tapi kan kesian pulak tengok agamawan bertelagah dalam live yang jadi pengadil netizen. Cadangan aku, perdebatan itu buatlah secara tertutup bersama agamawan lain. Bagi persediaan yang cukup. Nak panggil pakar2 di kalangan pensyarah pun ok. Ramai pakar sebenarnya tetapi lebih kepada penulisan dan kajian. Ini pandangan aku dan tidak mewakili sesiapa.


SUMBER:

1) Muhammad Firdaus Zalani & Anwar Fakhri Omar. 2019. Kepentingan Prinsip Siyasah al-Sharo'ah (kedaulatan Islam) di dalam Siyasah Syar'iyyah (Politik Islam). Jurnal of Advanced Research in Sicial and Behavioural Sciences 15, Issue 1 : 69-84.

2) Abdul Jalil Borham. 2013. Konsep Siyasah Syar'iyyah dan Pelaksaannya Dalam Konteks Malaysia. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Pelaksanaan Siyasah Syar'iyyah Dalam Konteks Masa Kini; Isu dan Cabaran, anjuranKUIM apda 21.02.2013 di Auditoriun Pujangga KUIM, Melaka.

11 Februari 2021

Islam Tidak boleh disebarkan Kepada Non Muslim di Malaysia?

Perkara 3 (1) dan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan hak kebebasan beragama terhadap setiap warga.

Apakah isi kandungan perkara 3 (1) dan Perkara 11 (1)?

Perkara 3 (1)

"Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh di amalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan"

Perkara 11 (1)

"Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasa (4), mengembangkannya"

Fasa (4)

"Undang-undang negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang  persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam"

Kenapa pula timbul isu bahawa tindakan organisasi dakwah yang menyebarkan agama Islam terhdapa warga bukan Islam di Malaysia khususnya masyarakat Orang Asli  bertentanagn dengan Perkara 3 (1) dan Perkara 11 (1)? Aku dah mula fikir. Siapa yang mulakan isu ini? mesti bukan Islam kan. Jika orang Islam pertikaikan, aku rasa macam tak logik. Yang peliknya bantahan daripada Setiausaha Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (PROHAK), Pn Ivy Josiah dan peguam bebas, Siti Kasim. Alahai, orang Melayu Islam sebagai peguamnya. Terbalik fakta. Sepatutnya agama lain tidak boleh sebarkan agamanya seperti perkara 11 (4).

Jika ikut data yang diperoleh dari Jabatan Perangkaan Negara, warganegara Malaysia yang Islam adalah di kalangan orang Melayu dari baka sejak lahir. Agama Islam dari mak ayah dan nenek moyang. Akidah mereka inilah yang paling membimbangkan. Goyah. Tidak kukuh. Apatah lagi, Gerakan Kristianisasi bergerak aktif dan berani. Jika merujuk NGO yang banyak buat dakwah atau street dakwah adalah NGO di kalangan mualaf. Mualaf yang aku maksudkan adalah bukan Islam sejak lahir. Mereka Islam ketika umur belasan tahun, masa belajar, dan hidayah dari Allah seperti Ust Ebit Liew, Ust Firdaus Wong dan Dr Ridhuan Tee Abdullah (sekadar sebut nama, sebenarnya ramai lagi). Sejak kita merdeka, bangsa cina yang masuk Islam sekitar 0.6% berbanding bangsa cina yang masuk Kristian iaitu 11 %. Penduduk Malaysia berjumlah 15, 782,012 pula terdiri dari 60.6% Islam dan 39.4% adalah bukan Islam termasuk aties.

Sebenarnya, Islam tidak pernah memaksa orang bukan Islam memeluk Islam. Cuma promosikan Islam yang sebenar. Ceritakan tentang nabi Muhammad. Masa aku join street dakwah, aku rasa tak guna sangat. Pamplet yang disediakan tak dapat dihabiskan apatah lagi nak bercerita tentang Islam kepada foreigner. Itulah kelemahan Bahasa Inggeris. Rasa janggal dan tercari-cari perkataan sesuai apabila ditanya tentang hijab. Ilmu kemasyarakatan dan pergaulan memang kurang diberi perhatian. Aku akui sangat. Menulis boleh sangat kan. hahaha

Satu lagi artikel berkaitan persepsi muslim terhadap non-muslim yang dikira tahap positif dengan nilaian 77.8%. Walaupun nampak nilai positi tingg, namun sebagai negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama, ia mempunyai jurang yang agak besar. Cuba kita teliti, bilangan muslim dan non-muslim juga adak berbeza dan tidak sembang. Situasi ini kelihatan kurang menyenangkan dan kurang intraksi antara satu sama lain.

Nak tahu lebih lanjut, boleh pergi ke laman web sumber rujukan yang aku lampirkan. Moga bermanfaat.


SUMBER:

1) Perlembagaan_Persekutuan.pdf (usm.my)

2)(14) (PDF) ISU DAKWAH TERHADAP NON MUSLIM DI MALAYSIA: ANTARA TUNTUTAN MAQASID SYARIAH DAN KEKANGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN (researchgate.net)

3) 4949 (ukm.my)

09 Februari 2021

Baitulmal dan perundangan di Malaysia

 Pada zaman khalifah Umar al-Khattab, kaum muslimin dikurniakan rezeki dan harta yang melimpah ruah dari hasil zakat, jizyah dan lain-lain menyebabkan ruang baitulmal tidak mencukupi. Ada antara para sahabat mencadangkan supaya membuat bancian penduduk dengan mencatat semua nama penduduk membolehkan mereka diberi bantuan tahunan secara tetap dan saksama.

Hal ini bermula apabila Abu Hurairah  tiba di Madinah dari Bahrain. Setelah khalifah Umar bertanyakan tentang keadaan penduduk di sana, lalu beliau bertnaya tentang hasil kutipan yang diperolehi dari Bahrai dengan berkata, “Apa yang saudara bawa bersama-sama ke Madinah ini?” lalu Abu Hurairah menjawab, “Aku membawa wang sebanyak 500 dirham, wahai Amirul Mukminin”. Khalifah Umar terperanjat mendengar jumlah wang yang besar dibawa dari Bahrain oleh Gabenornya. Khalifah Umar bertanya lagi seakan-akan tidak percaya dan diakui oleh Abu Hurairah. Kemudian Khalifah Umar meminta Abu Hurairah pulang untuk berehat dengan sangkaan Abu Hurairah mengantuk, letih dan tersilap menyebut jumlah itu dan memintanya dating semula pada keesokan harinya. Pada keesokan harinya, Abu Hurairah menyatakan jumlah yang sama. Kemudian Khalifah Umar bangun dan berucap dihadapan orang ramai.

“Wang yang banyak telah tiba. Kalau tuan-tuan sukakan wang itu dibahagi-bahagikan dengan cara dihitung, maka kami sedia menghitungnya, jika hendak disukat, kami sedia menyukatnya.”

Ketika ini, bangun salah seorang daripada mereka meencadangkan setiap nama penduduk didaftarkan dalam buku pendaftaran. Cadangan ini diterima dan semua penduduk didaftarkan dalam buku daftar. Mengikut sumber daripada al-Harith dari Ibnu Sa’ad dari Jubayr bin al-Huwayrith bin Naqayd mengatakan, “Umar telah merujuk keapda orang-orang Islam berkaitan buku pendaftraan bancian penduduk dan Saiddina Ali r.a. berkata “kongsikan bersama setiap tahun apa sahaja harta yang terkumpul dengan kamu dan jangan simpan sesuatu apa pun”. Saidina Uthmana bin Affan r.a berkata, “Saya lihat banyak harta yang mencukupi untuk semua orang dan ia tidak dapat dihitung sehinggalah kamu dapat mengenali mereka yang telah mengambilnya dan mereka yang belum menerimanya. Saya tidak suka dilakuakn secara bercelaru.” Al-Walid bin Hisyam bin al-mughirah berkata kepadanya, “Wahai Amirul Mukminin, saya telah berada di Syam dan melihat raja-raja mereka menyediakan buku daftar dan mewujudkan Diwan Tuan sepatutnya adakan buku daftara dan dan jadikan diwan. Umat menerima nasihat ini, lalu memanggil Aqil bin Abi Thalib dan Makhzamah bin Nawfal dan Jubayr bin Mut’im. Mereka semua adalah ahli genealogi bagi suku puak Quraisy lalu berkta keapda mereka, “Tuliskan senarai penduduk mengikut darjat mereka”.

Menurut Hailani Muji Tahir dalam bukunya bertajuk ‘Pengenalan Tamadun Islam Dalam Istitusi Kewangan menjelaskan bahawa pada asasnya, hanya terdapat satu bentuk institusi kewangan  dan harta dlam Islam iaitu Bayt al-Mal. Institusi ini mnegandungi pelbagai jenis harta seperti zakat, cukai, harta wakaf dan harta kebajikan yang diletakkan dibawah pengawasannya. Harta yang terkumpul ini mempunyai perbezaan khusus dalam organisasi, pengumpulan dan penggunaannya dan operasinya tidak dilakukan secara terpisah, malah slaing melengkapi untuk memberi kemudahan dan perkhidmatan keapda masyarakta dan negara.

Pada masa peninggalan Khalifah Abu Bakar, wang yang tinggal dalam baitulmal hanya tinggal 1 dirham sahaja kerana telah dibahagikan kepada semua yang memerlukan. Manakala zaman Khalifah Umar harta semakin bertambah dan Khalid al-Walid mencadangkan penubuhan diwan  Jabatan Penbendaharaan Negara dengan kelulusan Majlis Shurah di Kota Madinah dan wilayah-wilayah Islam yang lain. Diwan ditubuhkan bagi mengawal dan menguruskan pentadbiran ke atas harta-harta negara. Khalifah Umar bersetuju dengan cadangan itu dan melantik ‘Aqil bin Abi Thalib, Makhzamah bin Nawfal dan Jubayr bin Mut’im diamanahkan mengendalikan diwan yang kemudiannya dikenali Bayt al-Mal. Pengurusannya telah diletakkan dibawah Sahibi Bayt al-Mal.

KEDUDUKAN BAITULMAL DALAM SISTEM PERUNDANGAN DI MALAYSIA

Senario sistem perundangan di Malaysia iaitu undang-undang sivil dan udang-undang Islam.

a)   Undang-undang sivil bermaksud undang-undang awam. Sumbernya ialah dari sumber bertulis dalam  Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan merupakan undnag-undang tertinggi dan apa-apa undang-undang yang dibuat bertentangan dengannya akan terbatal dan tidak sah. 

Se Setiap negeri terdapat Perlembagaan Negeri masing-masing yang ditadbir oleh Dewan Undangan Negeri. Terdapat 13 Perlemabagaan Negeri di Malaysia menurut Jadual Kelapan Perlemabgaaan Persekutuan. Anatara peruntukan berkenaan, Raja boleh bertindak menurut budi bicaranya pada beberapa perkara seperti menjalankan apa-apa tugas sebagai ketua Agama Islam atai mengenai Adat Istiadat Melayu. Seterusnya undang-undnag persekutuan iaitu undang-undnag yang dibuat dan diluluskan di Parlimen .Undang-undnag yang digubal selepas merdeka dipanggil Akta dan sebelum merdeka dinamakan Ordinan. Contoh Undnag-undang persekutuan ialah Akta Kontrak 1950. Undang2 negeri merujuk keapda undnag-undang yang dibuat dan diluluskan oleh Dewan undnagn Negeri. Undang-undang yang telah digubal dipanggil Enakmen.

b)  Undang-undnag Islam merupakan cabang yang kedua dalam system perundangan di Malaysia. Walaupun Islam diterima oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai agama Persekutuan, penerimaan tersebut tidka menjadikan undang-undang Islam sebagai undang-undnag negara. Selaras dengan kehendak berkenaan dan selaras dengan kedudukan agama Islam di bawah kuasa raja-raja bagi negeri-negeri, Perlembagaan Malaysia telah menetapkan bahawa undang-undang Islam adalah urusan negeri-negeri. Jadual kesembilan, Senarai 2- senarai negeri Perlembagaan Persekutuan menyebut kuasa kerajaan negeri adalah seperti berikut:

“Kecuali di Wilayah-wilayah Persekutuan, Hukum Syara’ dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk Hukum Syarak berhubung dnegan mewarisi harta berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan, perkahwiman, perceraian, maskahwin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan khairat, Wakaf Islam dan takrif serta anamah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian agama islam dan kahirat, yayasan, amanah, khairat dan Yayasan khairat yang dijalankan kesmua sekali dalam Negeri; adat istiadat Melayu; zakat, fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-mana temoat sembahyang awam untuk orang Islam; mengadakan dan menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut agama Islam terhdapa rukun-rukun Islam kecuali mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan, penyusunan dan cara bagi Mahkamah-mahkamah Syariah, yang akan mempunyai bidangkuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut agama islam dan hanya mengenai mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidangkuasa undang-undnag persekutuan; mengawal pengembagan iktikad dan kepercayaan antara orang-orang yang menganut agama Islam; menentukan perkara-perkara Hukum Syarak dan iktikad dan adat istiadat Melayu”

Peruntukan ini jelas menunjukkan bahwa undag-undang Islam di Malaysia merupakan undang-undnag diri dan keluarga bagi orang-rang yang menganut agama Islam. Undang-undang diri dan keluarga ini boleh dibahagikan keapda tiga iaitu undang-undang keluarga, undnag-undang jenayah dan undnag-undang kehartaan. Undang-undang kekeluarganan dan undang-undang jenayah telah banyak dibincangkan kedudukan dan peranannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini sehingga berhasil keluarkan Enakmen Keluarga Islam Negeri-negeri. Enakmen Jenayah Islam dan Prosedur Jenayah Syariah dan Acara Mal telah digubal oleh negeri-negeri di Malaysia bagi meninggikan taraf Mahkamah Syariah dan menjamin keadilan keapda orang-orang Islam di Malaysia.

Dalam konteks sistem perundangan di Malaysia, undang-undang kehartaan ialah suatu undang-undang yang tersendiri kerana undang-undnag keluarga Islam tidak memasukkan beberapa perkara yang berhubung dengan kehartaan sebagai sebahagian daripadanya. Undang-undang kehartaan merupakan suatu undang-undang yang tidak jelas istilahnya. Penulisan ulama’ terdahulu menghuraikan berkenaan harta tidak merangkumi semua aspek harta dalam Islam dan sekadar merangkun=mi persoalan atau huraian tentang sumber dan perbelanjaan kewangan negara Islam pada zaman tersebut. Manakala ulama’ moden berpendapat bahawa undang-undang kehartaan sepatutnya termasuk dalam urusan kekeluargaan dan nikah cerai kerana semuanya urusan diri atau persendirian dan wajar dinamakan undnag-undang persendirian atau al-ahwal al-Syakhsiyyah. Ini menunjukkan undag-undnag harta adalah satu kategori undang-undang tersendiri yang pada permulaannya termasuk dalam kategori keawngan negara. Namun kerangka kerjanya belum mantap terumbang ambing dengan kategori undang-undang yang lain seperti kekeluargaan.

SUMBER:

1) Dr Muhammad Baltaji. 2007.'Ijtihad Umar Bin Khattab Dalam Penetapan Syariat Islam'.  Terjemah: H. Abdul Rachman Saleh Siregar, L.c. Cetakan pertama .  Selangor. Terbitan Berlian Publications Sdn Bhd

2) Hailani Muji Tahir.1998. 'Pengenalan Tamadun Islam Dalam Institusi Kewangan.  Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.   

3) Ruzian MarkomA. 2003. Penubuhan baitulmal kebangsaan : Satu Keperluan Menurut Undang-undang Islam di Malaysia dalam buku 'Ke Arah Pembangunan Baitulmal Kebangsaan. Penyunting: Nik Mustapha Hj. Nik Hassan. Kuala Lumpur. Terbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia. 

08 Februari 2021

Ibnu Hazm

Aku sebenarnya tak tau cara nak cari teori yang sesuai untuk kerangka teoritikal yang aku perlu tulis. Puas aku baca tapi tak satu pun aku faham. Entah la. Aku tak tau apa aku nak buat bila aku masih gagal cari teori. 

Ada yang kata teori ni perlu ada nama tokoh yang cetuskan idea tu. Aku cuba google. Download jurnal. baca dan terus baca. Tak satu pun aku rasa kena dengan kajianku. Aku cuba guna keyword 'tokoh pemikir Islam', tokoh pemikir pengurusan. Aku jumpa beberapa nama. Last aku jumpa Ibnu Hazm. Luasnya ilmu ini sehinggakan aku tak kenal siapa tokoh ni. Aku pecah kepada beberapa tema untuk tahu tentang tokoh ini.

Biodata.

Nama lengkap Ibnu Hazm ialah Abu Muhammad Ali ibnu Abu Umar ibn Said ibn Hazm al-Qurtudi al-Andalusi. Ada iras2 Imam Shatibi kan. hehehe.

Kita sambung lagi...

Ibnu Hazm dilahirkan pada akhir bulan Ramadhan 184 H ( 994M) dan dari kalangan keluarga yang kaya raya. Nama ayahnya Abu Umar Ahmad, seorang keturunan Parsi dan merupakan pembesar Parsi. Ketika ini adalah dalam pemerintahan Hajib al-Mansur Abu Amir Muhammad ibn Abu Amir al-Qanthani (wafat 192H) dan Hajib Abdul Malik al-Mudzaffar (wafat 399H/ 1009 M)

Sejak ibunya wafat,Ibnu Hazm membesar dalam istana bersama pengasuhnya tang terdiri daripada wanita yang terpelajar. Merekalah yang mendidik Ibnu Hazm. Mereka mengajar baca, tulis dan memahami maksud al-Quran serta pelbagai syair. Arab. Kehidupan dan dunianya hanya di istana dan tidak mengenal dunia luar serta masyarakat Cordova yang merupakan kota metropolitan. 

Ibnu Hazm kemudiannya diserhka kepda Abu Ali al-Husain bin Ali al-Fasi, seorang ulama' yang memberi kesan kepada kehidupannya sama ada dalam bidang keilmuan, amali mahupun kearkannya. Di bawah bimbingan gurunya ini, Obnu Hazm mulai menuntut ilmu secara intensif dengan menghadiri pelbagai majlis ilmu baidalam bidang agama ataupun bidang umum.

Ibnu Hazm mula belajar hadis dari Amir al-Jasur ketika usia 16 tahun. Ketika itu, hadis dan fiqh merupakan dua bidang ilmu yang berkaitan sehingga dapat dikatakan bahawa Ibnu Hazm mempelajari ilmu fiqh pada masa yang sama. 

Ibnu Hazm mempelajari ilmu dari ulama' lainnya sama adad ketika menetap di Cordova atau ketika dalam pengembaraan di pelbagai kota hingga ke Moroko. Ibnu Hazm dapat pelbagai ilmu seperti tafsirm hadis, fiqh, usul fiqh, teologi (akidah), perbandingan agama, bahasa, sastera dan falsafah. Bila sebut falsafah, aku terasa Ibnu Hazm setaraf dengan pemikir Aristotal dan Imam Al-Ghazali. Ini baru terfikir. Abaikan jika tiada kaitan.

Hasil ilmu pengetahuan Ibnu Hazm ini adalah faktor bapanya yang sukakan ilmu pengetahuan disamping ketekunan dan kesungguhan beliau mengausai ilmu serta kecerdasan luar biasa. Ya la kan. Mula-mula Ibnu Hazm bermazhab Maliki, kemudian mazhab Syafie dan akhir sekali Ibnu Hazm adalah ketua Imam mazhab al-Zohiri. Mazhab al-zhohiri masih lagi Mazhab bawah Ahli sunnah wal al-Jamaah. Kenapa aku sebut ASWJ? Sebab ada satu persoalan aku kepada seseorang tentang aku tidak tahu apa itu wahabi dan aku tak kenal siapa wahabi walaupun aku pernah pergi Daurah Murshid tentang Penyelewangan Wahabi dan diberi hadiah buku tentang wahabi. Aku dah baca habis tapi masih aku tak nampak. Betul ke mufti tu wahabi? betul ke ustaz itu wahabi. Sepanjang pembacaan aku, kata-kata ceamah dia tak nampak pun wahabi. Jadi aku sekadar baca tanpa faham. 

Ada satu kuliah yang aku hadir secara google meet dalam subjek Fiqh Awlawiyyat dan Maqasid al-Shariah, tiba-tiba guruku cakap bab tazahum. Masa ini line internet putus-putus. Rupanya kawan sekuliah tanya pasal kenapa pasal tazahum kita ambil kitab Syiah? Guruku jawab "kita tiada sumber lain kecuali kitab syiah yang bukukan tentang tazahum. Kalau tanya aku pasal tazahum, aku krik-krik tak boleh jawab. Masa peperiksaan online, keluar tajuk tazahum. Aku hanya goreng sahaja. Lepas itu internet lost. Hilang tak dapat dikesan. Aku wasup guruku dan biau buat tambahan masa. Rupanya aku kena jwab semula dari awal. Jadi aku tak tau apa yang aku jawab selepas itu.Yang pasti aku hanya nak submit. Yang best lagi, kawan aku syok jawap satu soalan sebab masih berbaki satu soalan yang dia jawab. Akhirnya, tak sempat submit. Kira tak jawab. Perenggan ini selingan je. hehehe

Kita sambung lagi...

Ibnu Hazm ni mengikut jejak ayahnya yang jadi wazir dalam tiga pemerintahan iaitu Khalifah Abdurrahman IV al-Murtadha yang jadi pembantu Umayyah, Pemerintahan Khalifah Abdul Rahman V al-Musthansir dan pada masa pemerintahan Hisyam al-Mu'tad. Ibnu Hazm memang terlibat secara langsung dalam situasi politik bagi menghadapi seranagn Bani Hammud yang cenderung keapda Syiah dari Maghribi yang digulingkan oleh bani Umayyah di Andalusia.

Ibnu Hazm ini tidak terlibat dalam pentadbiran negara, tetapi menjadi pengajar dan penulis hingga akhir hayatnya. Beliau wafat di desa Manta Lisham, dekat Sevilla.

Setelah tumbangnya Dinasti Umayyah dan kegagalan bidang politik menyedarkannya untuk kembali tekun dalam dunia keilmuan secara lebih serius dan intesif sehingga membawanya ke puncak keilmuan dan mengukir nama dalam perkembangan intelektual Islam.

Pada awalnya Ibnu Hazm menganut mazhab Maliki yang merupakan mazhab rasmi negara. Jika di Malaysia, mazhab rasminya adalah mazhab Syafie termasuk dalam perundangan Islam.  Sama juga di Andalusia ni. Lagipun Ibnu Hazm ini mendapat pelajaran awal dari gurunya yang bermazhab Maliki seperti Abdullah bin Dahundan Ahmad bin Jasur dengan mempelajari kitab Muawatta', karangan Imam Malik. Secara tak langsung Ibnu Hazm belajar Hadis dan Fiqh.

Kemudian, Ibnu Hazm beralih ke mazhab Syafie kerana masih dalam proses mencari bagi mematangkan diri dan pemikirannya. Ini memperlihatkan ketidakpuasan hatinya terhadap sikap ulama' dan masyarakat bertaklid secara fanatik. Obses sangat ni bahaya tau. hahaha. Ini dapat dilihat dalam reaksi mereka ketika perdebatan dan perbezaan pandangan Ibnu Hazm di Valencia dengan menyatakan 'Ini bukan mazhabmu!'

SUMBER:

Choiriyah (2016) Pemikiran Ekonomi Ibnu Hazm.



05 Februari 2021

Harta Ummah

 Baitulmal 

Isu yang berlaku dalam baitulmal

1) Abdullah Abdul Ghani et. al (2017) Isu-isu dalam pengurusan dan Pelaporan Wakaf, zakat dan biatulmal di Malaysia.

- kajian berkaitan terhad 

- tadbir urus, struktur dan model berbeza di negeri2 di Malaysia. Ada negeri yang gabungkan tadbir urus wakaf, zakat dan baitulmal bawah satu bumbung MAIN. negeri mana yang cekap?

- Isu gred pegawai yang terlibat dalam penyediaan pelaporan kewangan dan perakaunan- slah tanggapan dalam kalanagn pengguna penyata kewangan terutama golongan bukan Islam.

- isu penilaian semula aset -terdapat aset yang tiada nilai komersial spt tanah2 wakaf khas utk pembinaan masjid dan kubur

2) Rabiatul Hasalah Mahmood. 2017. Pengurusan Wakaf di Malaysia : Isu dan cabaran.

- Pembangunan tanah wakaf tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi menjana pendapatan.

- ketidakcukupan dana dalam pembanguna harta wakaf- tanah terbiar dan terbengkalai yang belum dibangunkan.

- tiada latihan bagi kakitangan pengurusan wakaf.

- Kepincangan pengkalan data lama menyebabkan waris nak tuntut tdak dapat melakukan tindakan sebab tiada maklumat lengkap.

-Tiada kesedaran masyarakat yang kurang memahami ciri2 wakaf yang dinamik.

-Kekurangan tenaga pakar

-Ketidakseragaman perundangan wakaf.

3) Baharuddin bin Aziz. t.th. Isu & Masalaha Ke Arah Penyelesaian Harta Pusaka.JKPTGP

-  su bidang kuasa dan punca kuasa. Banyak agensi yang terlibat berkaitan harta pusaka.

- Pusaka mualaf : perkahwinan pertama merujuk Seksyen 51, Akta Memperbaharui undang-undang (Perkahwinan & perceraian) 1976.

-Tiada keseragaman di antara negeri-negeri dari segi kaedah menebus beli bahagian baitulmal. Ada yang minta bahagian baitulmal didaftarkan terlebih dahulu dan urusan tebus beli dibuat spt jual beli biasa. Ada pihak baitulmal negeri yang mengikut jumlah nilaian harta  yang ditetapka oleh Pentadbir Tanah dan ada yang nak buat penilaian sendiri. Ada pihak baitulmal negeri yang enggan membuat permohonan walaupun dimaklumkan si mati tiada meninggalkan waris dan ada juga yang enggan membuat bayaran perintah walaupun baitulmal mendapat bahagian.

- Waris kurang pengetahuan dalam ilmu pengurusan harta pusaka

-bidang kuasa perlu diperjelaskan

-Ada cadangan -AJAR FARAID DI SEKOLAH2. Bukankah telah ada sekarang dalam buku teks tingkatan 5 KSSM


01 Januari 2021

Mantiq atau Ilmu Logik

Bagi memahami kitab Turath, seseorang pelajar perlu mengetahui 4 perkara (kata-kata Ust. Fauwaz dari youtube:

1) Ilmu Nahwu

2) Ilmu Sorof

3) Ilmu Balaghah

4) Ilmu Mantiq

Usul Fiqh 800 term Usul Fiqh. Oleh itu aku masukkan apa yang aku dapat dari Ilmu Mantiq. Ilmu Mantiq sangat penting oleh pelajar supaya terdidik dengan cara berfikir yang sistematik, kritis dan terhindar dari kesalahan. Kata Imam al-Ghazali ialah " orang yang tidak memiliki pengetahuan tentang ilmu mantiq, mak ilmunya diragui"

Definis Ilmu Mantiq (galerikitabkuning.com):

1) ilmu yang mempunyai peraturan dan undang-undnag yang harus diperhatikan dan dijaga dan jika tidak dipelihara maka seseorang akan salah dalam berfikir

2) Ilmu yang mempelajari tentang ketentuan-ketentuan yang dijadikan petunjuk bagi seseorang dalam berfikir sehingga dia jauh dari kemungkinan salah dalam berfikir

3) Ilmu tentang hukum yang berfungsi sebagai pemelihara jalan fikiran dan menjaganya dari setiap kekeliruan.

Rumusannya definisi Ilmu Mantiq ialah Ilmu yang mempelajari rambu-rambu dan sistem berfikir seseorang dengan benar.

Bagi Prof Dr H. Baihaqi A.K ilmu Maqtiq merupakan ilmu yang membahaskan tentang kaedah-kaedah yang dapat membimbing manusia berfikir supaya dapat menghasilkan kesimpulan yang betul sehingga terhindar dari kesalahan berfikir yang akhirnya menghasilkan kesimpulan yang salah dan keliru.

Pengertian Mantiq menurut istilah;

  1. Alat atau dasar yang kegunaannya untuk menjaga dari kesalahan berfikir
  2. Sebuah ilmu yang membahaskan tentang alat dan formula berfikir sehingga seseorang yang menggunakannya akan selamat dari berfikir yang salah.

Ilmu yang membahaskan tentang kaedah berfikir yang sahih dan salah atau kaedah yang menunjukkan kepada manusia cara berfikirnya terselamat daripada tergelincir dan menyelamatkannya dari mendapat maklumat yang salah atau peraturan-peratauran jika dijaga akan mengelakkan pemikiran dari berfikiran salah.

MANUSIA MEMERLUKAN ILMU MANTIQ.

Manusia berbeza dengan semua haiwan dari segi akal. Akal adalah alat untuk berfikir supaya sampai keapda sesuatu yang tidak diketahui dan dengan berfikir kita mengetahui fakta dan hakikat sebenar.

Manusia secara semula jadi terdorong untuk berfikir dan ia digunakan selama ia hidup sama ada ketika kecil atau telah dewasa berdasarkan kemampuan akalnya.

Berfikir bukan sentiasa membawa kepada hasil yang betul. Kadang-kadang tergelincir dari kebenaran tanpa disedari dan kesalahan tanpa niat. Kekeliruan kebenaran akan terbatal dan membawa kepada maklumat tidak betul.

Bagi menyelamatkan manusia dari kehinaan dan menerima maklumat yang salah dan diletakkan  kaedah-kaedah yang menunjukkan kepada panduan berfikir, bergerak mengikut apa yang ditetapkan.

FAEDAH ILMU MANTIQ

  1. Mendidik kekauatan akal dan perkembangan  akal dengan latihan dan pengkajian berterusan dengan cara berfikir
  2. Meletakkan sesuatu pada tempatnya dan melaksanakan amalan pada waktunya
  3. Membezakan pemikiran yang betul dan pemikiran yang salah.
ILMU
Ilmu terbahagi kepada DUA iaitu Tasawuri dan Tasdiqi (almuflihun.com).

Tasawuri: ilmu yang benar kebenarannya
Tasdiqi: ilmu yang sudah pasti kebenarannya.

Mantiq Tasawuri berkait rapat dengan ungkapa yang ada dalam fikiran manusia. Ia membentuk ungkapan kalimah yang sesai dengan apa yang difikirkan, sesuai dengan makan yang ingin kita sampaikan. Ia sangat penting apabila kita ingin membuat definisi sehingga definisi yang kita buat mencakupi dan spesifik terhadap makan yang dimaksudkan. Dalam pemikiran Islam, Mantiq Tasawuri digunakan dalam hampir semua disiplin ilmu keislaman seperti fiqh, Usul Fiqh, Ilmu Kalam, Tasawuf, falsafah dan sebagainya.

5 elemen penting yang harus diketahui yang disebut dnegan al-Kulliyat al-Khams;
  1. al-Jins: bentuk kelompok dalam klasifikasi terhadap terma tertentu yang lebih rendah dari kebiasaan. Anggota al-jins memiliki persamaan dalam bidang tertentu dan kerabat terdekat.
  2. al- naw': ungkapan yang lebih spesifik terhadap sesuatu yang mempunyai sifat hampir sama dan masih dalam satu kelompok. ia juga dapat menjadi jawapan terhadap pertanyaan 'apakah..'
  3. al-Fasl: ungkapan atau sifat yang menjadi ciri khas dari sesuatu dan sifat tadi tidak dimiliki oleh yang lain.
  4. Irdul Am: ungakapan  atau sifat khas dan dimiliki oleh banyak komponen. contohnya berjalan. Sifat ini dimiliki oleh haiwan dan manusia. Selain itu, ia boleh makan, minum dan qada' hajat.
  5. Irdul Khas: ungkapan atau sifat yang hanya dimiliki oleh entiti tertentu iaitu ketawa, menagis, sedih, merokok dll

Setiap tasawuri dan tasdiqi dibahgikan kepada badihi dan nazori. Badihi ialah perkara yang tidak perlu keapda berfikir dan penelitian mendalam seperti meraung kerana kesakitan. Manakala nazori memerlukan peelitian dan perbahasan lain seperti  tasdiqi bahawa alam ini baharu, al-Quran adalah mukjizah dan orang mati akan dibagkitakan dari kubur.

SUMBER:

1. Ilmu Mantiq, Pengertian, Sejarah dan Hukum Mempelajarinya (galerikitabkuning.com)

2. Andre's Blog: Pengertian, Pembagian, Sejarah, dan Manfaat Ilmu Mantiq (satuhati-satukisah.blogspot.com)

3. Muzakkirah Fi Ilmu al-Manthiq. disediakan oleh Siti Saadiah binti Shafiq. Pensyarah Kuliah Usuluddin, Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin. 2002.

4. Datuk Dr Daud Bakar dan Ustaz Fauwaz. Sembang Santai Syariah - Bagaimana nak baca dan faham Kitab Turath - YouTube

5. Mantik Tashawuri dan Tasdiqi | (almuflihun.com)

6. Esensi ilmu – shoalihin (wordpress.com)

Matlamat Syariah 1

AL-RAISUNI

Dr Ahmad Abdul Salam Mohamad al-Raisuni lahir pada tahun 1953. Beliau merupakan pakar usul fiqh Islam dari Maghribi yang menjadi Pengerusi Kesatuan Ulama' Muslimin Sedunia. Beliau juga merupakan bekas ketua Gerakan Kesatuan dan Pembaaharuan (MUR), iaitu sayap gerakan masyarakat bagi parti Islam di Maghribi, Parti Keadilan dan Pembangunan (JDP). Jalur intelektualnya dikesan dengan gerakan reformis salafis di Maghribi yag dimulakan oleh Allal al-Fasi. Ulama' Mazhab Maliki kontemporari seperti Muhammad al-Tahir Ibn Ashur dan Abdullah bin Bayyah turut mempengaruhi beliau. Sekarang beliau mengajar di Qatar, Maghribi dan pelbagai negara lain (wikipedia online 2020).

MUSTAFA AL-ZARQA'

Mustafa al-Zarqa' (1907-1999) dalam buku Kompedium Maqasid al-Shariah (2017: 84) bahawa maqasid al-shariah sangat diberi perhatian dalam memberi pandnagan fiqh dan fatwa dengan mengatakan bagi menajwab soalan-soalan fiqh, jawapannya tidak boleh bertaklid dengan mazhab tertentu bahkan mengambil pandangn dari mazhab yang sesuai  dengan konteks situasi dan zaman lebih menepati Maqasid al-Shariah, kecuali jika ada keperluan untuk menggunakan prinsip Sadd al-Dhari'ah, disebabkan berlaku helah terhadap hukum syarak dan ditakuti keburukan dalam pelaksanaannya. Beliau juga tulis dalam kitab Qanun al-Ahwal al-Syakhsiyyah bahawa sekiranya tiada penyelesaian dalam mazhab-mazhab fiqh terhadap kemusykilan tertentu maka kami akan mencari hukum yang sesuai dengan prinsip, kaedah maqasid al-Ahariah umum dan khusus bagi topik itu. Selain itu, beliau menegaskan TIGA alat untuk memahami hadis dengan baik iaitu; pengetahuan mendalam terhdap Bahasa Arab, penggunaan akal dan kemampuan dalam Fiqh al-Shariah. Dalam kitab al-Madkhal al-Fiqhi al-Am, beliau menjelaskan dengan panjang lebar tentang konsep istislah iaitu perbahasan mengenai konsep maslahah dan perkaitannya dengan Maqasid al-Shariah. 4 faktor yang menyeru kepada al-Istislah iaitu mendapat maslahah, menolak mafsadah, Sadd al-Dhari'ah dan perubahan zaman. Setiap faktor tersebut perlu memenuhi jalan al-istislah dengan memberikan hukum-hakam yang munasabah dan merealisasikan Maqasid al-Shariah dalam menegakkan kehidupan sosial atas manhaj terbaik supaya mendapat hasil terbaik bagi masyarakat. Selain itu, ketika beliau membicarakan tentang kepentingan ijtihad kolektif (al-Ijtihad al-Jama'i) dalam aliran semasa, terdapat dua perkara penting yang menajdi perkara penting bagi merealisasikan Undang-undang Sivil Islam sebagai menjawab keperluan-keperluan zaman baharu. Pertama adalah mengambil manfaat daripada khazanah fiqh yang luas daripada pelbagai mazhab dan aliran yang muktabar tanpa terhad dengan satu mazhab sahaja. Kedua ialah pengeluaran baharu terhadap hukum hakam berdasarkan Usul al-Fiqh dan Maqasid al-Shariah.

الاستحسان m/s 168

Takrif bahasa.

Istihsan berasal daripada perkataan استحسن - يستحسن - استحسانا dan merupakan pecahan daripada perkataan hasuna حسن yang membawa maksud baik daripada sudut bahasa , istihsan bermaksud menganggap sesuatu itu baik dan elok

Takrif Istilah

al-Sarakhsi: Al-Istihsan ditakrifkan sebagai meninggalkan al-Qiyas (dalam istinbat hukum) dan mengambil apa yang lebih baik bagi manusia. Perkataan ini juga boleh dikatakan sebagai mencari kemudahan dalam hukum, dalam permasalahan yang menyulitkan manusia (al-Sarakhsi 1993:10/145). Takrif ini menyerlahkan roh syariat kerana mencari kemudahan ialah sebahagian Maqasid al-Shariah yang utama (al-Kilani, t.th; 72) 

Abu al-hassan al-Karkhi: al-istihsan sebagai seseorang mujtahid meninggalkan menghukum sesuatu masalah dengan hukum masalah lain yang sebanding dengannya kerana ada sesuatu pertimbangan yang lebih utama yang mendorongnya untuk meninggalkan hukum itu (al-Amidi, t.th: 4/158)

Ibn al-Arabi: al-Istihsan bermaksud mujtahid cenderung untuk meninggalkan sesuatu dalil dan dalil itu boleh menyalahinya kerana ad dalil lain yang bertentangan dengan sebagian daripada maksud asal sesuatu hukum. Maksudnya ia berpaling daripada menghukum sesuatu masalah dengan masalah-masalah yang sebanding dengannya kerana ada dalil yang khusus pad al-Quran atau hadis (Husayn Hamid Hassan 2003: 366)

Pembahagian Istihsan;

1) استحسان بالعرف 

al-Istihsan bi al-Urf dari segi istilah ialah istihsan yang berlaku pada setiap perkara yang mempunyai amalan atau kebiasaan yang tersendiri tetapi hukumnya berbeza dengan hukum asal yang sepatutnya diaplikasikan pada perkara tersebut (al-Bardasi, t.th; 315)

Contoh: Seseorang bersumpah tidak akan makan daging, namun iai makan ikan. Ia tidak dikira melanggar sumpah keraan kebiasaan masyarakat hari ini tidak memanggil ikan sebagai daging.

Contoh lain: fiqh Mazhab Hanafi mengatakan bahawa antara prinsip umum harta wakaf hendaklah berkekalan dalam tempoh yang panjang. Mengikut prinsip ini tidak harus mewakafkan harta alih kerana harta itu cepat rosak dan tidak berkekalan. Namun Imam Muhammad bin Hassan mengharuskan wakaf harta alih seperti buku-buku dan seumpamanya kerana ia menjadi kebiasaan atau adat masyarakat mewakafkannya. Oleh itu, ia harus berdasrkan al-istihsan walaupunmmenyalahi prisnsip umum.

2) استحسان بالمصلحة, 

al-Istihsan yang berlaku atas pertimbangan maslahah. Istilah akan digunakan jika dalil umum yang digunakan akan membawa kepada kesulitan, maka perkara tersebut dikecualikan atas dasar maslahah dan menghilangkan kesulitan (al-Shatibi 1974:288)

Contoh: kerosakan sesuatu yang dilakukan oleh pekerja wajib diganti mengikut kaedah umum. Pekerja ialah pemegang amanah, maka kerosakan yang berlaku tidak perlu diganti. Ini akan menimbulkan mafsadah bagi manusia. Oleh itu penggantian bagi kerosakan itu adalah wajib berdasaran konsep al-istihsan bagi menjaga kemaslahatan manusia.

3) استحسان بالنص

Takrif istilah

Al-Nas merujuk kepada sumber wahyu; al-Quran dan hadis manakala al-istihsan bi al-Nas  bermaksud setiap setiap masalah yang diberikan hukum yang bertentangan dengan masalah-masalah yang sebanding dengannya kerana mempunyai dalil khusus daripada nas.

Contoh: jual beli secara tempahan (Bai' al-Salam) merupakan jual beli sesuatu barang yang belum ada ditangan penjualnya. Menurut kaedah adalanya jual beli dengan cara ini adalah haram kerana barang tidak wujud semasa transaksi jual beli dilaksanakan. Rasulullah saw melarang jual beli spt ini dilaksanakan seperti di dalam sabda Rasulullah kepada Hakim bin Hizam;

لا تبع ما ليس عندك

"Jangan engkau menjual sesuatu yang tidak ada di sisi engkau" (riwayat Abu Dawud)

Hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah melarang menjlankan transaksi jual beli sekiranya barang tidak wujud semasa majlis akad berlangsung. Namun jual beli Bai' al-Salam dikecualikan daripada kehendak dalil umum atau dalil tersebut kerana ada nas lain yang mengharuskannya, iaitu hadis mengenai peristiwa Rasulullah datang ke Madinah sedangkan penduduknya pada masa itu menjalankan jual beli bai; al-salam ke atas buah-buahan dalam masa setahun atau dua tahun. Kemudian rasulullah bersabda;

"Barangsiapa yang menjual salam dalam kalangan kamu, maka hendaklah ia berjual salam denagn sukatan yang jelas dan timbangan yang diketahui sehingga tempoh yang jeals" (Riwayat Bukahri dan Muslim)

hadis ini menunjukkan Rasulullah telah membenarkan transaksi jual beli bai' al-salam tetapi barang itu hendaklah dengan sukatan yang jelas dan pertimbangan yang diketahui. begitu juga dengan tempoh transaksi jual beli mesti diketahui.

4) استحسان بالاجماع


مقاصد أفعال الرسول kompendium m/s 198

Takrif bahasa: al-Maqasid (rujuk Maqasid al-Shariah)

Af'al berasal daripada perkataan  فعل - يفعل - فعلا yang merujuk kepada semua perbuatan sama ada disengajakan atau tidak

Al-Rasul bermaksud utusan, pada asalnya digunakan untuk merujuk kepada sesiapa sahaja yang membawa risalah. Istilah Rasul ini dugunakan  bagi merujuk Nabi Muhamamd s.a.w.

المقاصد العامة m/s 200

Takrif bahasa

al-Maqasid ( rujuk istilah Maqasid al-Shariah)

al-Ammah (rujuk istilah al-Hajah al-Ammah)

Takrif istilah;

terdapat dua aliran yang berbeza dalam mentakrifkan al-Maqasid al-Ammah

1) Maqasid yang medatangkan maslahah kepada setiap individu dalam masyarakat iaitu smeua indiviud tidak etrkecuali daripada mendapat manfaat daripada maqasid tersebut. Al-Khadimi sedikit berbeza pandangannya, menyatakan bahawa tidaklah menajdi sesuatu kemestian maqasid itu mendatangkan maslahah kepada setiap individu tetapi memadai hanya mendatangkan maslahah keapda individu tetapi memadai hanya mendatangkan manfaat keapda sebahagian besar masyarakat.

2) Perkara-perkara yang dijaga rapi untuk dipastikan dapat direalisasikan dalam masyarakat seluruh atau sebahagian besar hukum syara'. Perkara tersebut seperti al-Daruriyyat al-khams, keadilan dan mengeluarkan mukallaf dari kongkongan nafsunya

Daripada dua aliran di atas, dapat difahami bahawa perbezaan dalam pentakrifab terhadap maqasid al-Ammah berlaku disebabkan oleh perbezaan pandangan. Aliran pertama melihat dari sudut jumlah mukallaf yang terlibat dalam maqasid tersebut  dan aliran kedua melihatnya dari sudut jumlah hukum yang terlibat dengan sesuatu maqasid.

Contoh maqasid keadilan menjaga sistem kehidupan ummah dan keselarasan di hadapan undang-undnag dan maqasid al-Taysir (Keringanan) menghilangkan setiap kesulitan  yang diperlukan oleh setiap individu dalam urusan harian mereka. Atas perkiraan ini, maqasid ini dinamakan sebagai umum kerana sifatnya yang umum meliputi segenap individu atau sebahagian besar masyarakat .

SUMBER:

1.  Ahmad al-Raysuni - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

2. Buku: Kompendium Maqasid al-Shariah. terbiatan IDE Research Centre Sdn Bhd. Oktober 2017. editor Nurul Asyirah Abas.

Kisah Penduduk Kampung dalam Surah Yasin

Assalamualaikum, Surah Yasin merupakan salah satu surah yang sentiasa aku ulang-ulang hampir setiap hari satu ketika dahulu. Sekarang aku na...