20 September 2020

Dilema Bakal Pascasiswazah

Alhamdulillah.

Aku terpanggil untuk menulis berkaitan perjalanan Pascasiswazahku. Bagiku ia adalah biasa-biasa tetapi menjadi pengalaman hidupku sendiri. Selama ini, aku hanya mendengar dari mulut orang lain.

Kisah yang pernah aku dengar;

1. HLP nak dapat susah. Saya dah mohon 7 kali. Interview 3 kali. Akhir sekali tak dapat. Ini bersama pegawai yang asalnya ingin melihat Pdpc tetapi batal dengan alasan "saya mohon banyak kali tak dapat. dia mohon sekali dah dapat".

Aku mengalu-alukan pemantauan beliau dan aku juga akui pdpcku tidak menarik.

2. "Kau tak pernah dapat APC, jangan harap dapat peluang HLP". 

Ya. Pada awalnya aku percaya. Sekarang aku percaya kepada rezeki Allah. Walaupun aku tidak dapat apa-apa pengiktirafan, aku tetap diberi peluang untuk sambung belajar. Alhamdulillah. Pergantungan kita semua bukan kepada manusia. Pergantungan dan penyerahan hanya kepada Allah.

3. Fail PBPPP perlu kemas. Mesti ada banyak sijil dan tersusun. Ya. Sangat perlu bagi penyediaan fail. Aku kumpul sekadar sijil sahaja. Oleh sebab PKP, semua itu perlu disimpan dan dijadikan rujukan akan datang. Musim PKP, temuduga Ijazah Sarjana hanya hantar video perbentangan proposal. Markah PBPPP juga main peranan. Alhamdulillah. Markah yang diberikan oleh pentadbir sekolah 3 tahun ke belakang adalah 90% ke atas. Terima kasih atas kepercayaan pihak sekolah. Dah lama aku rak tengok markah PBPPP aku kerana kes terdahulu.

4. 50% pelajar Ijazah Sarjana tidak dapat habiskan master mengikut masa yang ditetapkan. 20% pelajar PhD dapat siapkan kajian dalam tempoh yang ditetapkan. 

Kenyataan ini menghantui jiwaku. Yakinkan diri sendiri untuk menamatkan master mengikut masa yang ditetapkan. Elakkan dikenakan bayaran semula RM 40K atau RM 100K. Bersedia untuk membaca rujukan sebanyak yang boleh.

Cukuplah setakat ini dahulu. Doakan aku supaya berada dilandasan yang betul. Aminn


28 Ogos 2020

Dedikasi Untuk Farah

Farah hadir selepas pencen PT lama. Kedua-dua mereka sangat cemerlang dan amanah dalam tugas. Bukan mudah kerja mereka. Cabaran tetap ada walaupun bukan pendidik. Mereka sangat membantu para guru untuk dapatkan dana, rekod keluar masuk kewangan, urusan kenaikan pangkat, gaji dan sebagainya. 

Farah masih muda. Beliau merupakan seorang ibu, isteri dan pelajar. Beliau masih belajar untuk menjadi seorang pendidik. 2 Tahun lagi, beliau akan dipanggil Cikgu!

Hari ini, telah dilaksanakan majlis perpisahan untuk beliau. Alhamdulillah, dengan kenaikan pangkat ini, maka beliau berpindah kebahagian lebih mencabar. Aku percaya dengan kesungguhannya, dia bakal cemerlang di mana sahaja berada.

Selamat maju jaya dan terus cemerlang!

19 Ogos 2020

Peluang Cuti

Alhamdulillah.
Dikurniakan kebenaran bercuti adalah satu nikmat. Nikmat bersama keluarga. Adakah ini petunjuk bahawa aku akan bercuti lama lagi? Wallahu a'lam.

Cuti kali ini meraikan adik pengantin baru 15/8/2020 . Musim ini masih lagi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Pasca Covid-19. Jemputan tidak seramai sebelum ini kerana banyak SOP penjarakan fizikal perlu diambil kira. Majlis ini tetap meriah dengan kehadiran tetamu.

Hari ini, aku telah mulai sakit kepala. Terasa pusing dunia ini. Entah kenapa. Moga aku masih boleh bertahan. Aku gagahkan diri untuk tulis walaupun terasa pendek.

Hari ini juga peserta e-kalimatussobah bagi Aktiviti Adab dan Nilai Secara Atas Talian membuat rakaman semula setelah memenangi kategori ini peringkat daerah. Tahniah! Tahniah! Tahniah.

Tiada perancangan untuk hantar peserta bagi acara ini. Sebelum ini, DUA guru telah hadir untuk mendapat taklimat berkaitan program ini. Seperti biasa, kategori khat, hafazan dan tilawah yang akan dihantar. Masih tiada perancangan hantar peserta e-kalimatussobah. 

5/8/2020(rabu) aku sendiri telah menghadiri Sesi Muzakarah Hakim Peringkat Daerah. Aku merupakan hakim bagi kategori sekolah rendah. Aku telah bersembang dengan rakan seguru dari sekolah menengah yang sama denganku, dan beliau mendesakku hantar wakil untuk kategori e-kalimatussobah. Beliau menunjukkan tajuk dan syarat pertandingan. Apabila tengok tajuk, aku rasa sangat senang. Tapi aku perlu sokongan rakan-rakan dari guru agama sekolahku.

Malam itu, aku cuba bincang dalam group wasup. Aku minta pertolongan guru interim untuk olah isi insya' yang aku telah berikan. Pada awalnya, aku dah terasa tiada sokongan. Alhamdulillah, Allah ilhamkan kepada seorang guru interim ini untuk olah semula isi kandungan itu.

Dalam masa yang sama aku wasup anak muridku. Aku percayakan dia. Dia masih di tingakatan 4 tetapi dia banyak menunjukkan kesungguhannya tanpa pengaruh kawan. Ya. Pengawas. Aku guru pengawas. Sejak di tingkatan 1 hingga tingkatan 3 aku telah lihat kemampuannya.

Hari khamis malam aku beri skrip, hari jumaat aku dengar bacaannya. Ketika dengar bacaannya, aku hanya berserah dan tidak mendesaknya. Hanya bagi galakan dan perbetulkan kesilapan baris. Aku sangat berharap dia hafal skrip dan akan buat rakaman hari isnin akan datang. Hanya sabtu dan ahad, masa dia hafal. 2 hari sahaja. 

Hari isnin, pada awal pagi aku telah panggil dia untuk sesi rakaman. Berulangkali cuba, masih gagap. Masih tersangkut. Masih ada suara bising masuk. Guru Bahasa Inggeris cadangkan buat rakaman dalam bilik guru kaunselor sekolah. Aku mohon kebenaran beliau. Alhamdulillah, beliau sangat baik dan benarkan kami guna biliknya. Syukran Cikgu J dan Teacher S. Moga Allah bagi ganjaran yang baik untuk kalian. 

13/8/2020 pihak PPD wasup aku dan memaklumkan bahawa peserta e-kalimatussobah aku terpilih ke peringkat negeri dan pihak PPD akan beri bantuan untuk rakaman semula. Apabila ditanya siapa Personal In Charge (PIC) yang perlu diletakkan, aku berikan nama ustazah N sebagai pengurus pertandingan kali ini . Ustaz PPD ucap tahniah atas skrip yang mantap. 

18/8/2020 Aku telah buat panggilan kepada peserta itu dan dia sangat terkejut. Dia sangka 27/8/2020. Aku bagi sokongan dan minta dia buat latihan bersama Ustaz H. Alhamdulillah. Sokongan banyak pihak, membuahkan hasil. Yang negatif, kita tolak tepi. Tanpa sokongan rakan lain, pelajar ini tetap di sekolah dan.tiada penyertaan. Siapa sangka keputusan di saat akhir, boleh bawa ke peringkat negeri. Itu berkat kesungguhan peserta itu sendiri.

Hari ini 19/8/2020, sesi rakaman telah selesai. Alhamdulillah. Allah bantu hambaNya yang berserah diri kepadaNya. 

Ini bukan lagi coretan pendek malah catatan panjang apabila jari ralit menekan. Itulah curahan idea yang tak pernah habis.

25/8/2020, Insya Allah aku kembali ke sekolah.

06 Ogos 2020

Temujanji Medical Checkup

8.00 pagi dah terpacak di tempat letak kereta Klinik Kesihatan. Hajatnya biar cepat sampai, cepat la boleh balik ke sekolah. Rupanya urusan medical checkup selesai pukul 12.00 tengahari. 

Bahagian pergigian, lambat untuk keselamatan bersama. Tukar sarung tangan. Lap atau sanitiz tombol pintu, tempat duduk dll. Cukup berhati-hati petugas kesihatan. 

Kita pakai mask atau pelitup muka satu sahaja, sedangkan mereka 2 pelitup muka. Cukup sabar. Suara memang perlu kuat terutama kepada warga emas yang kurang pendengaran. Bukan tanda marah.

Teruja tengok seorang nurse melayu, bertutur dalam bahasa cina. Bagi arahan dalam bahasa cina. Tak dapat pastikan dialek kantonis atau mandarin atau bla bla bla. 

Di bilik X-ray, tertinggal fail dalam bilik persalinan pakaian. Selesai urusan, baru cari semula. Alhamdulillah masih di tempat asal. 

Makmal urine test tak oerlu tunggu lama. Kemudian ke bilik rawatan untuk test mata. Bercermin mata dan tanpa cermin mata. Apabila tengok huruf dan nombor tanpa cermin mata, sebelah kanan tak nampak dan sebelah kiri nampak dua baris dari atas. Sejak di tingkatan 3, dah rabun. Umur 18 tahun, sepenuhnya bercermin mata kecuali di rumah. Rimas. 

Petugas kesihatan seolah-olah tak rehat langsung. Mereka tetap sabar melayan karenah pesakit. Ada 3 bilik pemeriksaan. Setiap bilik, ada 2 doktor yang berkongsi meja. Sangat berhati-hati menulis laporan kesihatan. Ada juga sesekali menjawab  telefon.

Kerja guru tidak seteruk kerja petugas kesihatan. Bersyukur apa yang di depan mata. Pandanglah orang lain lebih berjasa dari kita. Jawab soalan mereka dengan jujur. Tidak perlu reka cerita atau tambah cerita. Penambah perisa itu semakin merumitkan bukan membantu. 

#Kitajagakita

22 Julai 2020

Pasca Covid-19 dan Pengalaman berharga.

Assalamualaikum. Aku terpanggil untuk menulis lagi dan lagi. Bergantung kepada mood dan internet yang aku dapat. Alhamdulillah.

Aku nak review sedikit pengalamanku. Tidak banyak tetapi tetap ada. Bosan tapi tetap coretan hidupku.

Hari ini 1 Zulhijjah 1441H. Hari yang penuh pengajaran dan bermakna bagiku. Mungkin ini kali pertama dan kali terakhir. Tiada siapa tahu masa depanku. Aku diberi tugasan yang agak menakutkan kerana mereka menyangka aku boleh buat dan laksanakan tugasan ini. Tugasan ini aku perlu rahsiakan kerana berkaitan tugasan penting.

Berjumpa dengan orang berpengalaman sangat sukar bagiku. Hari ini aku jumpa seorang guru yang pernah mengajar di IPG dan kebanyakan rakan sejawat yang datang adalah anak muridnya. Ya. Bagiku, beliau sangat faham tentang tugasan ini sedangkan aku masih tidak tahu dan apa perlu dilaksanakan.

Rupa-rupanya, soalan-soalan yang dibuat diperingkat atasan bukan sekadar soalan biasa. Ia perlu kepada wajaran dan unjuran masa mengajar dalam setahun mengikut bahagian. Jika soalan 'cikai' adalah tidak adil bagi murid menjawab soalan ini. Banyak perkara yang perlu diambil kira buka sekadar hentam dan syok sendiri. Kebanyakkan soalan mengikut aras 5:3:2. Begitu juga peratus bahagian yang mereka pelajari. Jika 32 jam setahun masa yang diperuntukan, 25% soalan bahagian itu perlu dikeluarkan. Semua ini boleh rujuk DSK atau DSKP masing-masing. Jika tidak faham, jangan soal aku sebab aku tidak akan jawab. Titik!

Bantulah Malaysia : Putuskan Rantaian COVID-19
ihsan pak google

Aku nak bebel sikit berkaitan Pasca Covid-19. Pelajar sekolahku telah masuk ke sekolah lebih kurang 3 minggu bagi tingkatan 5 dan minggu ke-2 bagi tingkatan 1,2,3 dan 4.

Hari pertama masuk, mereka sangat berdisiplin dam patuh kepada arahan. Guru sentiasa jaga penjarakan sosial malah ada yang tunggu di pagar bersedia buat tembakan suhu badan. Guru juga bersemangat menyambut anak murid masuk ke kelas.

Masuk minggu ke-2, perangai dan feel masing mula berubah. Mungkin bosan.Sukar dilaksanakan. Guru sudah letih. Semua telah lalai dan leka. Betul kata Dr Nor Hisyam.

Jumlah positif semakin meningkat. Dari angka 1 digit kepada 2 digit. Ada pegawai sendiri yang bersalaman. Ya. Aku faham. Lama tak jumpa kawan lama. Sembang bukan main lebat. Cerita itu, cerita ini. Dari satu isu ke satu isu. Dari jauh bercakap, semakin dekat. Dari ada pelitup muka, semakin hilang pelitup muka. Syok. Lama bercuti. Lama tak jumpa. Kalau jumpa pun, secara online. Bukan main cakap, jaga SOP. Malangnya SOP ke laut. Kita semua sama. Kita semua bakal dapat positif covid jika tidak berjaga. Awas! Kita belum selamat.

Salam 1 Zulhijjah 1441H

06 Julai 2020

0.01 % adalah perancangan Dia.

Pernahkah anda terdengar 99.99% positif? Aku pasti semua orang akan percaya seolah-olah 100% positif. Bezanya hanya 0.01% tiada siapa peduli. Aku juga suatu ketika dahulu percaya seperti kalian. 

Pengalaman aku sendiri, mendapat 0.01% negatif. Jika waktu aku belajar dahulu, anugerah dekan adalah 3.5 cgpa. Kalian tahu aku dapat berapa? Aku dapat 3.49 cgpa. Apa kalian fikir apabila berada di tempatku? Aku pernah dapat markah muet hanya 1% untuk dapat band-3. Ya, aku bukan seorang yang genius. Aku juga bukan orang yang malas. Aku buat apa yang aku mampu. Itulah yang berlaku 13 tahun yang lalu.

Begitu juga hal apabila aku telah kerja. Aku pernah menjadi bidang terjun 'last minit'. Siapa sangka orang seperti aku menjadi ketua bagi satu tugasan sangat penting. Ia melibatkan semua pelajar di semua sekolah tertentu. Tugasan itu berlangsung selama 2 tahun. Tiada jalan aku mengundur ke belakang. Yang aku buat, hanya teruskan tanpa menoleh ke belakang. 

Aku juga pernah mendapat markah skt 98%. Hanya beberapa titik perpuluhan di belakang penerima anugerah. Itulah namanya rezeki. Allah menjaga aku supaya tidak sombong dan percaya dengan 'kun fayakun'. Tawakal kepada Allah tanpa pedulikan kata-kata orang sekeliling. Pujian tiada kesan untukku. Aku hanya buat kerjaku. Allah yang menilai diriku bukan orang lain. Banyak nikmat yang Allah kurniakan kepadaku tanpa disedari. Tak mampu aku senaraikan. Aku masih berserah kepadaMu.

Semua urusan akan datang adalah urusan Allah. Rezeki, jodoh dan ajal. Semua tertulis di loh mahfuz. Aku hanya perlu sabar dan bersyukur dengan anugerahMu. Teruskan kehidupan tanpa rasa keraguan. Teruskan mendidik kerana ini mungkin peluang terakhirku. Tiada siapa tahu masa depanku walaupun diriku sendiri. Teruskan usaha tanpa putus asa. Hanya Allah tahu kemampuan diriku.

Ya Allah, makbulkan kata-kata dan doakan yang membawa kebaikan. Aminnn.

07 Jun 2020

Norma Baru Covid-19

Musim Covid-19 dan PKPB, sesuatu yang luar norma kehidupan biasa. Belum pernah ada pengalaman begini sejak dahulu. 

Apakah pengalaman luar norma itu?

1. Sosial Distance atau bahasa kampung penjarakan sosial lebih kurang 1 meter. Tak semua yang mampu lakukan tetapi perlu laksanakan demi keselamatan. Jika di klinik, bank, atau mana-mana kerusi, kerusi X mesti dibiarkan kosong.

2. Sekolah ditutup dalam jangka masa yang lama. Sejak bulan 14/3/2020 aku telah pulang ke kampung. Hari ini 7/6/2020 aku masih di kampung. Apa yang berbeza? Hari ini aku mohon kebenaran rentas negeri di Balai Polis M***r. Sekali permohonan peneman. Surat majikan 2 salinan, ic sendiri 2 salinan dan ic peneman 2 salinan. 

"Dibenarkan perjalanan untuk kembali bertugas pada 9/6/2020. Kenderaan : **H 9*1. No tel: 019-*****73" Timb. Ketua Polis Balai Polis *****.

Aku perlu berada di kawasan bertugas dan akan diarahkan bertugas bila-bila masa sahaja walaupun sekolah belum buka. Bak kata Sarjan "Cikgu dah lama berehat". Hanya senyuman dalam 'face mask' dapat aku lakukan. 

Hanya sekolah tutup. Kerja online tetap kena buat. Itulah kataku yang boleh dibuat. 

Aku ke perodua untuk check up kereta untuk perjalanan jauh. RM 25  pembayaran yang perlu dibuat.

3. Sebelum masuk premis mana-mana perniagaan, semua pelanggan perlu diambil suhu badan. Jika melebihi 38 darjah tidak akan dibenarkan masuk. Mungkin itu tanda seseorang sakit.

4. Selain di ambil suhu badan, nama dan no tel perlu dicatatkan, sama ada dalam buku atau dalam bentuk google form (online).

5. Sanitizer juga disediakan. Kadang-kadang kita perlu bersihkan tangan selepas gunakan pen yang disediakan. Yang terbaik, bawa pen sendiri

6. Premis perniagaan perlu dalam 5 orang dalam satu- satu masa seperti kedai telefon. Kedai telefon kecil berbanding supermarket.

7. Jika supermarket ada had yaag ditentukan. Aku tak pasti berapa orang. Jika ada had, pelanggan perlu beratur. Mungkin ada dalam bentuk nombor giliran. 

8. Sentiasa pakai topeng muka. Tidak digalakkan pakai yang kain. Laku keras 'face mask' di farmasi. Sekotak aku beli RM 75. Mahal kan.

9. Laluan masuk dan keluar mesti berlainan supaya tiada pertembungan dua hala. Ini yang berlaku di Pusat Servis Perodua. Begitu juga di pasar malam percubaan.

10. Tiada lagi bersalaman atau peluk cium. Hanya letak tangan di dada sebagai pengganti. Serupa sapaan orang Jepun kan.

Ini sahaja yang aku pernah lalui. Mungkin banyak lagi norma baru yang berlaku kepada orang lain tetapi bukan diriku.

Cukup setakat ini coretan covid-19.

Kisah Penduduk Kampung dalam Surah Yasin

Assalamualaikum, Surah Yasin merupakan salah satu surah yang sentiasa aku ulang-ulang hampir setiap hari satu ketika dahulu. Sekarang aku na...