14 November 2009

Kawannn

Kawan...bertahun kita bersama
bagai samalam...baru bersua
Kawan...dihadapan oh indahnya
Kita bersama...berkelana


Namun kita jauh...
Di dunia sendiri...
Bekalan sendiri...impian sendiri
Meskipun jauh namun...kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita


Kawan, hidup ini...umpama langit
Yang tidak...selalu cerah
Kawan, hidup ini...umpama awan
Yang tidak...selalu putih


Ingat bintang-bintang di langit
Takkan  terus berkelipan
Ingatlah pelangi yang indah
Pasti akan hilang


Kawan...jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama cantik, namun akhirnnya...
Menjadi perhiasan di dinding

Kawan...jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala...
Berbisa namun perhiasan di meja tulis.

Oh kawan...jadilah 
Seperti si matahari
Membakar diri
Demi insan sejagat



Oh kawan...Jadilah seperti
Bulan purnama
Menerangi Malam 
Yang gelap gelita

Menunjukkan jalan
Demi umat semesta


oleh: unic





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...