Pernah aku terdengar persoalan ini timbul dan bagaimana aku
nak jawab persoalan ini. Semua ini memerlukan penelitian dan kefahaman yang
baik dalam isu ini. Aku bukan lah orang yang arif dalam bidang ini apatah lagi
memberi hukum terhadap sesuatu isu…
Dulu, pernah ustazah kat sekolah aku sebut…jika seseorang
wanita melihat pada seluarnya darah setitik atau darah berwarna coklat, perlu
baginya menunggu sehari semalam. Jika darah tidak keluar lagi, ia tidak
dianggap darah haid. Jika darah keluar lagi dalam tempoh sehari semalam itu,
maka ia dikira haid. Ini adalah tempoh paling minima. Pelbagai jawapan yang
keluar dari ustaz atau ustazah menyebabkan kita bingung dan serba salah.
Kemudian aku merujuk kepada Kitab Ihathah yang ditulis oleh ulama’ Indonesia, Syeikh
Nuruddin Marbu Banjar Al-Makki. Halaman
18, terbitan Darul Aman-Hussein-Qaherah,Mesir. Menurut apa yang ditulis dalam
kitabnya (menurut terjemahan aku yang tak pandai ni):
Persepakatan semua orang muslim, 3 jenis darah yang keluar
dari faraj wanita
1.
Darah haid : darah yang
keluar dari faraj wanita dalam keadaan sihat tubuh badannya
2.
Darah Nifas: darah yang
keluar sebaik sahaja melahirkan anak (wiladah)
3.
Darah Istihadhah: darah yang keluar bukan pada hari-hari haid
dan nifas tapi sebab sakit
Kembali kepada persoalan ‘Adakah haid jika keluar sekejap
tidak sampai sehari semalam?’
Menurut kitab ini lagi:
Kadar haid
1)
Pendapat Asyafieyyah dan
al-Hanabilah: paling sedikit adalah sehari semalam secara berterusan dikira
haid.
2)
Al- Malikiyyah: cukup
sekejap sahaja dah dikira haid
3)
Yang masyhur dari kalangan
ulama’ Hanafiah: 3 hari 3 malam paling sedikit.
Bila seorang perempuan mengadu darahnya keluar sehari
semalam, adakah ia dikira haid atau tidak? Jawab Ibn Hajar Al-Haithami ia tidak
dikira haid berbeza dengan Imam Ramly dan ia mensyaratkan haid paling sedikit
adalah wujudnya darah bila kita letak kapas pada tempat keluarnya darah.
Untuk lebih berhati-hati…aku cadangkan kalau dah tahu semasa
keluar darah itu dalam tempoh haid, ia dikira haid. Kalau puasa pada hari itu,
ganti lah pada hari lainnya. Jika dalam tempoh sehari semalam itu tidak keluar
darah lagi, perlu mandi wajib dan solat seperti biasa.
Wallahua’lam…
bagaimana klau beberapa hri lalu ad keluar darah dri faraj seseorang wanita itu , tetapi tidak cukup sehari semalam dan hnye keluar skjap .. selepas beberapa hari darah itu keluar smula dan berulang seperti hari pertama iaitu tidak cukup sehari semalam dan hnye keluar sekali
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Padam"Pendapat Asyafieyyah dan al-Hanabilah: paling sedikit adalah sehari semalam secara berterusan dikira haid"
PadamIni membawa maksud apabila darah keluar walaupun sedikit tunggu sehingga 24 jam. Jika tiada darah keluar lagi boleh solat seperti biasa. Jika masih keluar, ia dikira. Biasanya seseorang wanita akan dapat bezakan darah haid atau darah luka. Atau mengetahui tempoh kebiasaan haidnya.
"Al- Malikiyyah: cukup sekejap sahaja dah dikira haid"
Jika ikut pendapat di atas, ia dikira haid.
Ulama' dikalangan mazhab Syafie, Maliki, Hanbali dan Hanafi adalah dikalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. terpulang kepada anda untuk mengikut pendapat mana berdasarkan ilmu. Entri ini sudah menjawab persoalan ini.
Itu sahaja yang termampu dijawab. Jika ada yang mahu menambah pencerahan, silakan.
Adakah datang haid sehari dikira hamil?
PadamSila jumpa doktor dan tanya doktor jika awak seorang perempuan. Jika tidak, tolong jaga kehormatan wanita. Harap maklum.
PadamSaya nak bertanya kalau keluar darah haid tidak sampai sehari dkira haid ke?
BalasPadamTapi saya bulan 12 lepas dh datang bulan tetapi sampai sekarang hanya keluar sikit sekejap sahaja
Apa sebab nyer?
Dan ade beberapa bukan lagi saya x datang haid
Ikut mazhab maliki, ia sudah dikira haid. Jika mazhab syafie, masih belum dikira haid.
PadamMaaf, saya tidak tahu sebabnya. Sila jumpa doktor. Harap maklum
saya saat puasa. memang sudah waktunya haid.. tapi keluar cuma sedikit sekitar 1 tetes dan setelah itu berhenti sampai esok... jadi bagaimana dengan ini?
BalasPadamBerdasarkan pengetahuan saya, puasa cik puan tetap kena ganti. Apabila sudah berhenti haid dan yakin telah suci, mandi wajib dan solat seperti biasa. Hari seterusnya, puasa lah seperti orang muslim lain yang berpuasa.
PadamBagaimana jika darah keluar hanya setitik . Kemudian mandi wajib seperti biasa . Selang beberapa hari . Keluar kembali namun hanya setitik . Adakah dikira hair ?
BalasPadamHari pertama keluar darah setitik, kemudian 2 hari kemudian, keluar darah setitik lagi.
PadamApabila jarak hari pertama dan hari seterusnya kurang 15 hari 15 malam,ia dikira haid. Jika lebih 15 hari, ia bukan haid. Ia juga berdasarkan kebiasaan seseorang. Harap maklum.
macammana kalau dah mandi wajib dan yakin haid sudah habis, tetapi dalam beberapa jam kemudian saya hendak buang air kecil dan darah keluar hanya setitik dan tidak keluar lagi selepas itu sehingga haid seterusnya. adakah saya perlu mandi wajib lagi ?
BalasPadamMasalah saya sama dengan unknown j. Perlukah sy mandi wajib utk hari kedua selepas hari pertma darah kluar setitik? Dan hari kedua tiada darah.
BalasPadamHari pertama keluar darah setitik, kemudian 2 hari kemudian, keluar darah setitik lagi.
BalasPadamJika masalah seperti diatas, perlukah saya mandi wajib pada hari kedua yg tiada darah itu? Mohon jelaskan
Selamat malam.. saya nak bertanya.. saya ambik cucuk perancang.. haid memang tak teratur..sekarang dalam bulan puasa.. setiap hari start hari khamis dtang setompok2 jer drah.. mcm hr ni.. dh puasa..saya tengok clear.. tp pkl 5.30 ptang ada drah setompok lg.. ni di kira darah haid @ darah istiladah?
BalasPadamNak tanya kalau saya dah haid dengan normal 7 hari tu tapi lepas 2 hari ianya datang semula namun berwarna coklat. Sehari saya tunggu tapi dah tiada. Adakah hari itu dalam jangka masa yang pendek saya haid? Jadi adakah saya tidak perlu solat?
BalasPadamSalam Ramadan.
PadamTempoh haid paling lama adalah 15 hari. Jika haid datang dalam tempoh itu, ia dikira haid. 7 + 2 = 9 hari. Ia masih dikira haid.
Jika tiada darah lagi, solatlah. Setiap kali nak masuk dan akhir waktu solat, sila gunakan kapas atau tisu untuk memastikan tiada lagi haid. Jika telah yakin, mandi wajib dan solatlah seperti biasa. wallahu a'lam