gambar hiasan(afzaiafandi.com)
Jika awal tahun bagi bulan Islam ada doa awal dan akhir tahun. Tapi akhir tahun masihi dan awal tahun masihi seolah tiada makna bagiku. Ujian untuk ku yang baru posting ni. sesuai dengan ayat Quran ni...
Surah al-Baqarah ayat 286 (xreti nak masukkan ayat quran lagi).Allah berfirman:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjaknnya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah kau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, jangan kau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup kami pikulnya. Beri maaflah kepada kami; ampunkan kami; dan rahmatilah akmi. Engkau penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"
Sebelum dapat surat posting, pelbagai negeri yang aku fikirkan. Dan aku bakal dicampakkan ke seberang laut.Sabah atau Sarawak. Kebanyakan kwn2 yang dah berkeluarga ditempatkan ke Johor tapi aku???Ada yang dapat Perak, Pahang, Melaka, n9, Penang, Sabah n Sarawak...Kebanyakan kwn2 yang dah tau, mereka perlu lapor diri 28/12....Tiba hari Isnin selepas zohor, surat sampai. Aku kne lapor diri pada 28/12 ke JPNS, BPI untuk mendapatkan surat lapor diri. Aku minta bantuan kawan yang berada di n9 utk dapatkan no tel JPNS. Bila sampai di JPNS pada keesokkan harinya,aku dapat tau di mana sekolah yang ditugaskan.huhuhu. Memang mendebarkan. Alhamdulillah, akhirnya aku dipostingkan.
Aku perlu melalui ladang kelapa sawit dan perkampungan cina. Entah dimana sekolah tu diletakkan. Bila diberi petunjuk, rupanya sekolah ni terlalu kecil dibandingkan dengan sekolah yang pernah aku belajar dahulu. Pelajarnya sekitar 100 orang, bermula tingkatan 1-3. Setiap tingkatan ada satu kelas sahaja. Guru xsampai 15 orang. pengetua dan guru2 lain memberi sambutan yang baik dengan kedatanganku sebagai guru baru disini. Myb ini permulaan yang baik bagiku yang masih baru dalam bidang perguruan ini. semoga semua urusanku dipermudahkan oleh Allah!
P/S: TERIMA KASIH MAK AYAH N KELUARGAKU, KERANA KALIAN MENJADI PENDORONG DAN PEMBERI SEMANGAT YANG BERGUNA KEPADA DIRIKU :p
SELAMAT MENJALANKAN TUGAS KEPADA KAWAN2 DPLIUDM GEN2. SEMOGA BERBAHAGA DENGAN TUGAS BARU.
DAH BOLEH DAFTAR SPP SECARA ONLINE UTK SAH JAWATAN (DG 41). SELAMAT MENCUBA!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan