
Menurut statistik yang diperoleh daripada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, kelahiran anak luar nikah dan tidak sah taraf mencatatkan peningkatan ketara iaitu pada 2007 sebanyak 16100 orang, 2008 (16451), dan 2009 (17303).
Alwi juga menyebut dalam tempoh 2005 hingga 2009 JPN telah mencatat sejumlah 74723 orang anak luar nikah yang membabitkan orang Melayu beragama Islam, tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
“Sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menunaikan solat lima waktu dalam sehari”. Anda mungkin terkejut dengan data ini tetapi itulah hakikatnya. Dalam satu kajian yang telah dilakukan oleh tokoh motivasi terkenal di Malaysia, 