Dalam entri kali, aku nak kongsi sedikit kisah dan kata2 Imam Syafie...
Sebelum tu, kenal dahulu siapa Imam Syafie ni?
Beliau merupakan Imam yang popular dan paling ramai pengikut. Mungkin kerana dari keluarga Bani Mutalib dan nasabnya berjumpa dengan Rasulullah.
Begitu juga hadis Rasulullah yang bermaksud:
" Pada setiap 100 tahun, Allah membangkitkan seorang mujaddid daripada keturunanku yang akan memperbaharui keadaan umatnya dalam hal agamanya"
Nama sebenar: Muhamad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Shafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf.
Ayahnya: berasal dari keturunan Quraisy dari Bani Mutalib dan meninggal dunia ketika Imam Syafie masih kanak2.
Ibunya: Fatimah bt Abdullah bt al-Hasan bin Husain bin Ali bin Abi Thalib. Ada pendapat popular mengatakan ibunya bernama Ummu Habibah al-Uzdiyyah berasal dari kabilah Yaman dari suku Uzd.
Imam Syafie lahir di kota Gaza, Palestin bln Rajab tahun 150 Hijrah. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan, Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia dalam penjara kerana di racuni pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Jaafar al-Mansur dari Bani Abbasiyyah.
Imam Syafie meninggal dunia di Mesir tahun 204 Hijrah ketika berumur 54 tahun.
Dalam tempoh 54 tahun ini, beliau menulis 142 buah kitab. Kita berapa buah yea???
Imam Syafie bertemu jodoh dengan Hamidah binti Uyainah bin Amru bin Uthman bin Affan. Gabenor Yaman, al-Malik diberi kepercayaan untuk mencari jodoh bagi imam Syafie ini. beliau dikurniakan 3 anak iaitu Abu Uthman Muhammad, Fatimah dan Zainab. Dan beliau mempunyai hamba perempuan yang berkulit hitam.
****************
Sebelum kelahiran Imam Syafie
Sebelum Ummu Habibah al-Uzdiyyah membaca surah Yusuf dan surah Luqman. Selesai membaca 2 surah ini, baharu dia tidur. Begitu lah rutin dia setiap hari sebelum tidur semasa Imam Syafie berada dlm kandungan.
Pada suatu malam, Ummu Habibah bermimp[i melihat sebutir bintang keluar dari perutnya lalu naik ke langit. Kemudian bintang ini pecah lalu bertaburan jatuh ke muka bumi. Cahaya daripada bintang itu menjadikan muka bumi ini terang benderang. Tiba2 dia terjaga dari tidur lalu memikirkan makna mimpi ini. Pada keesokan hari, dia menceritakan kepada suaminya. Rupa2nya suaminya mendapat mimpi yang sama.
Ummu Habibah al-Uzdiyyah melahirkan anak ini dengan mudah dan tanpa bantuan sesiapa kerana suaminya pergi memanggil bidan dan bila sampai di rumah Ummu Habibah Al-Uzdiyyah ini sudah selamat melahirkan anak. Seterusnya di azankan dan Idris mendoakan anak ini menjadi anak yang soleh. Anak ini dinamakan Muhammad.
Idris berjanji akan pulang ke Mekah untuk membesarkan anak ini. Dia berusaha mencari makanan halal untuk keluarganya. Dia berusaha keras untuk mencari wang untuk perbelanjaan dalam perjalanan ke Mekah. tetapi Allah lebih menyayanginya. Dia kembali ke Rahmatullah. Kemudian Ummu Habibah Pulang ke Mekah bersama anaknya yang masih kecil ini.
Ummu Habibah dan anaknya tinggal di perkampungan Sya'ab al-Khalif. mereka dikunjungi seorang saudara paling tua dalam keluarga Idris di kota Mekah. Dia meenung lama ke wajah Muhamad.
"Anak kamu ini wajanya seiras dengan moyang kita bernama syafie. Moyang kita seiras wajahnya dengan Rasulullah. Kamu perlu bebangga kerana wajah anakmu ini mirip wajahnya" kata orang tua itu.
Lalu Ummu Habibah menceritakan mimpi sebelum kelahiran anak ini. Orang tua itu kelihatan gembira dan mencadangkan anak ini dipanggil Syafie (sejak peristiwa ini, beliau dipanggil Syafie)
"Semoga apabila besar kelak, anakmu ini menjadi ulama' terbilang. Berilah didikan ilmu agama kepadanya" pesan orang tua itu.
************
Oleh kerana miskin, Ummu Habibah al-Uzdiyyah tidak mampu menghantar anaknya belajar. Dia sendiri yang mengajar dan mendidik anaknya dengan ilmu agama. Mula2 dia mengajar mengenal huruf al-Quran . Ternyata anak ini cergas dan cerdas. Dengan mudah Syafie dapat membaca ilmu wahyu itu.(Pendidikan bermula di dalam rumah)
Syafie pernah menyuarakan keinginannya utk belajar di Masjidil Haram. Ibunya membenarkan kerana di situ pengajaran agama adalah percuma. Antara majlis ilmu yang paling disukainya adalah pengajian al-Quran.
"Saya mahu menghafal ayat2 al-Quran. Doakan semoga saya berjaya" kata Syafie kepada ibunya.
"Berusahalah anakku.Kamu pasti berjaya" Kata Ummu Habibah al-Uzdiyyah.
Setiap kali selepas sembahyang, Ummu Haibah berdoa semoga anaknya dikurniakan kecerdasan akal supaya mudah menghafal al-Quran. Doa si ibu dimakbulkan Allah.
Dalam mimpi, imam Syafie berjumpa dengan Rasulullah. Rasulullah bertanya siapa Imam Syafie?Dia mnjawab dengan mengatakan nama sebenarnya. rasulullah menyuruh Imam Syafie dekat kepadanya lalu, baginda mengusap muka, mulut dan bibir Imam Syafie. Kemudian Rasulullah berpesan," Pergilah engkau, semoga Tuhan memberkati hidupmu".
Sejak itu, imam Syafie merasakan daya ingatan dan hafalanya sgt kuat. Hingga sekiranya ada kertas catatan setinggi gunung pun dapat dihafalnya. beliau dapat menghafal ayat1 suci al-Quran ketika umur 9 tahun.(masa ni kita masih marangkak baca quran)
Bila Si ibu ditanya rahsia mendidik anak, Ummu Habibah menjawab
"Saya sentiasa mendoakan kebaikan utknya. Makan dan minumnya saya pastikan dari sumber halal. saya tidak pernah memarahinya apatah lagi mengucapa kata2 yang tidak baik kepadanya. Kerana kata-kata ibu adalah doa. sekiranya dia melakukan kesalahan, saya didik dia dengan nasihat dan tunjuk ajar. Begitu caranya saya mendidik anak saya"
**********
seterusnya Imam Syafie belajar al-Quran dari Imam Kustantani. Seorang yang pakar dalanm bidang Al-Quran dan imam masjidil Haram. Kemudian Imam Syafie berminat dengan Syair ketika melawat Pasar Ukaz. Di Pasar Ukkaz diadakan pertandingan Deklamasi Puisi oleh penyair2 terkemuka dari kota Mekah. imam syafie dapat menghafal semua puisi2 itu tanpa tertinggal satu ayat pun. Oleh kerana minat, beliau berguru dengan Mus'ab bin Zubair. kemudian menuntut ilmu hadis (dgn Imam Sufian Ainiah) dan fiqah (dengan Imam Muslim al-Zanji). Dan bercita-cita berguru dengan Imam Malik bin Anas. Penulis Kitab Muwatta'. imam Syafie sudah khatam membaca kitab ini. Selain itu, beliau belajar ilmu peperangan, diajar cara menggunakan senjata dan mahir memanah.
Di Madinah, beliau berguru dengan Imam Malik bin Anas. Di Iraq, beliau berguru dengan Imam Abu Yusof dan Imam Mohammad al-Hasan (anak murid Imam Hanafi). Kemudian ke Parsi, Belajar bahasa Parsi ( di mana sahaja Imam Syafie pergi, beliaua akan belajar sambil mengajar dan terkenal dengan ilmunya). Akhir sekali, beliau akan ke Mesir. sepanjang perjalanannya pelbagai peristiwa berlaku dan akhirnya beliau meninggal dunia di Mesir.
Ini semua adalah ringkasan sendiri dari buku Novel sejarah Islam
Tajuk Buku: IMAM SYAFIE PEJUANG KEBENARAN
Penulis: Abdul Latip Talib ( Penulis Novel sejarah No. 1 Malaysia)
m/s: 260
Penerbit: PTS LITERA UTAMA SDN BHD 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan