14 Julai 2010

Menunggu Cinta Tuhan.

Esok adalah hari yang aku tunggu-tunggu. Entah betul atau tidak ada pegawai nak buat pemantaun. Sejak akhir-akhir ini kerap kali pegawai singgah di sekolah kecil kami ini. Ada tarikan ke? Ada kes berat ke? Semua jadi tanda tanya...Semua orang sibuk melengkapkan fail-fail. Aku nampak 'relax' tetapi sebenarnya hati aku tidak setenang air di sungai...

Minggu ini sahaja, aku kena urus buku pesanan baharu sampai. Stok yang baharu samai kena 'chek'. Orang PKG datang suruh masukkan data ICT sekolah. Bila aku masukkan data, tiada tindakan dibuat.Streamyx pun tidak dipasang...huhuhu.

Oleh kerana banyak hal pengurusan ini, aku terlambat masuk kelas. Setengah jam lambat. Pelajar-pelajar aku bersorak la. Mungkin aku ni banyak mendera mereka. Hahaha...sentuh mereka pun tidak! Aku tidak akan mengeruhkan 'suasana' sekarang. Silap sedikit membawa padah.(Kes ni mungkin tunggu 'giliran' naik mahkamah). Apa dah berlaku ni?

Disebabkan fikiran aku berserabut dan bercelaru, lebih baik aku baca novel yang baharu sampai ini, MENUNGGU CINTA TUHAN.

Pertama kali aku mendengar tajuk novel ini di radio IKIM. Penulis menceritakan tentang pengalaman seorang wartawan hiburan atau ruangan gosip. Sebagai seorang wartawan lulusan Ijazah Syariah bukan mudah. Apatah lagi berkaitan dengan artis.

Bila aku baca buku ini, terasa bidang pengajian Islam ini luas. Bukan sahaja boleh menjadi guru sahaja. Bahkan wartawan atau mana-mana bidang kerjaya yang boleh memberi manfaat kepada manusia lain. Tanpa agama manusia akan rosak. Walaupun belajar tinggi atau mendapat full 'A' tidak akan menjamin masa depan yang cerah. Kerana agama manusia berakhlak. Kerana agama, manusia bertamadun.

Buku ini lain dari yang lain. Banyak nilai pengajaran yang boleh kita dapat. Pengalaman kerja wartawan yang masih memegang akhlak Islam patut dicontohi.

Kepada sahabat-sahabat yang membaca tulisan ini, harapanku supaya tergerak hati untuk mencuci akal dengan novel ini. Aku harap ia memberi ilham untuk terus menyokong novel Islamik ini.

Teruskan membaca...!

"Jurus kewartawanan dan penulisan Lily Haslina Nasir sekian tahun ini, menumbuhkan Menunggu Cinta Tuhan sebagai hasil seni yang bertenaga. Ia menyingkap sisi gelap masyarakat dengan amalan misterius sihir, bertolak dari gesaan nafsu serta haloba. Namun keampuhan iman dan keindahan Islam adalah cahaya yang menunjuk arah. Semoga khalayak memperoleh kebaikan seusai menekuni novel ini"

(Dr Mawar Shafei, Ketua Program Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...