16 Julai 2010

Buat apa nak solat?

Minggu depan sekolah akan mengadakan ceramah isra' mikraj. Oleh kerana tidak cukup wang, aku kena bagi ceramah untuk budak-budak di sekolah. Dalam tempoh satu jam atau 45 minit sahaja. Solat adalah simbol bagi isra' mikraj. Ini boleh dijadikan tajuknya. Dalam perjalanan malam itu, Rasulullah melihat banyak peristiwa.

Antara peristiwa yang boleh dijadikan tauladan adalah wanita diikat kedua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun-ubun. kemudian dibelit bebeapa ekor ular dan kala jengking. Ini semua berlaku kerana mereka yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwudu' dan tidak mandi junub / mandi wajib.

Bahan yang aku dapat ini boleh dijadikan rujukan atau aku perlu 'research' lagi.

****************************

Begitu pentingnya perintah solat ini bagi manusia sehingga solat diibaratkan sebagai 'tiang agama.'

Jika tiang itu rosak atau kurang sempurna, agama seseorang pun mungkin akan roboh.

Pengertian solat yang sedemikian penting ini sudah tentu bukanlah pengertian solat dalam bentuk verbal (yakni perbuatan yang dimulai dari takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam) saja, akan tetapi solat dalam pengertiannya yang utuh, solat yang menjadi alat pembentukan moral dan peribadi sosial.

Hubungan antara solat dengan tanggungjawab sosial digambarkan Allah dengan Firman-Nya yang bermaksud:

"Baca-lah apa yang diwahyukan kepadamu, iaitu Al Kitab (al-Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain)." (Surah Al-Ankabut: Ayat 21).

Berdasarkan pada ayat ini, jelas bahawa ibadah solat mempunyai kaitan dengan 'tanha 'anil fakhsya wal munkar (gerakan mencegah segenap perbuatan keji yang merosak dan pelbagai bentuk kemungkaran).

Dengan kata lain, solat yang sempurna dapat membentuk peribadi yang bersih serta memiliki kekuatan memperbaiki keadaan sosial dalam kerangka besar fastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam berbuat kebajikan).

Namun batasan solat seperti ini nampaknya masih kurang diserap maknanya oleh masyarakat.

Berkembang suburnya budaya rasuah, pakatan, kekerasan dan kezaliman merupakan satu fenomena yang sangat membimbangkan jika mengingatkan penduduk yang majoritinya beragama Islam.

Keadaan ini membuktikan bahawa ibadah solat hanya dipandang sebagai
ritual dan formaliti belaka, tidak ada kaitannya dengan masyarakat dan lingkungan hidup manusia.

Padahal agama tidak pernah memisahkan antara kewajiban kepada Allah (Haqqullah) dan kewajiban kepada sesama manusia (Haqqul Adam).

Agama Islam diturunkan untuk membentuk manusia yang sedar akan jati dirinya sebagai seorang hamba, sekali gus sebagai agama yang menjamin kemaslahatan hidup manusia itu sendiri.

Kualiti keimanan dalam Islam selalu dikaitkan dengan amal solih.

Solat dilekatkan dengan mencegah perbuatan keji dan mungkar.

Puasa beriringan dengan perasaan peka terhadap sesama manusia.

Zakat bertalian dengan kesedaran akan hak fakir miskin dan haji dikaitkan dengan perasaan kesetaraan manusia dan seterusnya.

Oleh itu, marilah kita menjadikan solat faktor utama melakukan perubahan dalam berbagai segmen kehidupan ke arah yang lebih baik.

Mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayahnya kepada kita semua, memberikan jalan taubat kepada serta menuntun kita dalam mewujudkan baldatun thayyibatun wa rabbun ghafur di tengah-tengah negara yang dilanda krisis ini.

*******************

"Pergerakan seperti mengangkat tangan ketika niat takbiratul ihram, sujud, rukuk dan iktidal sehingga memberi salam mempunyai rahsia sama seperti senaman," katanya.

Beliau berkata program itu menyelidiki hikmah dan kesan terapeutik perubatan daripada pergerakan ibadat solat yang sempurna kepada kesihatan manusia.

"Solat adalah gerak kerja fizikal unik dan jika dilaksanakan secara berterusan ia dapat memelihara kesinambungan sistem fisiologikal manusia yang meliputi kesihatan fizikal, mental, rohani dan emosi.

"Peserta diberikan latihan melakukan teknik pergerakan solat yang betul dalam 13 rukun sembahyang," katanya.

Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Fatimah Ibrahim, berkata komposisi badan ketika rukuk, berdiri tegak, sujud, duduk antara dua sujud, tahyat dan salam menghasilkan keputusan rawatan pada otot, pelancaran aliran darah, membantu proses mengepam jantung dan melancarkan aliran darah ke otak.

"Solat dan puasa umpama senaman dan diet yang baik kerana aktiviti berkenaan boleh menurunkan kadar kolesterol dalam badan serta mengelak penyakit jantung. Contohnya sujud, amalan ini mampu memberikan posisi terbaik bagi kesihatan jantung kerana darah akan mengalir lancar ke otak menjadikan ia lebih sihat dan cergas. Kajian membuktikan kadar denyutan jantung adalah paling rendah pada kedudukan sujud kerana nada jantung," katanya.

Selain itu, beliau berkata pergerakan solat boleh digunakan sebagai rawatan pemulihan alternatif bagi menyembuhkan atau mengurangkan sakit pinggang.

"Solat bukan saja baik kepada pesakit pinggang kronik, tetapi ia juga disyorkan kepada wanita mengandung selain dapat melancarkan perjalanan darah di sekitar otot lantai pelvik," katanya.

***********************************************************

Solat untuk kesihatan

Oleh Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my
2010/07/16

BEGITU hebat rahsia di sebalik ibadah solat yang umat Islam lakukan setiap hari.
Solat bukan ibadat biasa, tetapi ia manifestasi hebat yang dianugerahkan kepada manusia - zahir dan batin.

pix_middle

SUJUD DENGAN SEMPURNA....kajian membuktikan apabila seseorang sujud rongga dada akan bertambah  besar dan paru-paru akan berkembang dengan baik bagi menghirup udara bersih selain melancarkan pengaliran darah.


SUJUD DENGAN SEMPURNA....kajian membuktikan apabila seseorang sujud rongga dada akan bertambah besar dan paru-paru akan berkembang dengan baik bagi menghirup udara bersih selain melancarkan pengaliran darah.
Jangan terkejut amalan solat yang dilakukan setiap hari adalah terapi paling berkesan merawat pelbagai penyakit berbahaya.

Kajian saintifik membuktikan kesahihan perkara itu. Penyakit berpunca daripada makanan kita makan setiap hari dan tabiat buruk yang diamalkan. Dalam soal pemakanan, Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia yang amat teliti dan bijak mengatur pola makanan seharian.

Nabi Muhammad turut menekankan ibadah yang pintar bermula dengan wuduk yang menyimpan 1001 rahsia.

Melalui wuduk, kesihatan bertambah baik, wajah berseri-seri dan tampak awet muda jika dilaksanakan dengan sempurna.

Dalam buku 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah karya Dr Mohammad Ali Toha, Prof Dr Syahathah dari Fakulti Perubatan, Universiti Alexandria, Mesir membuat kajian bahawa 'istinsyaq' atau memasukkan air melalui hidung ketika berwuduk membersihkan hidung daripada kuman.

Cara melakukannya ialah dengan memasukkan air seperti menarik nafas dengan kekuatan sederhana kemudian mengeluarkan air itu dengan hembusan yang kuat.

Kaedah itu jika dilakukan dengan sempurna mampu mencegah 17 penyakit berbahaya, antaranya mata, telinga kulit, radang kerongkong, batuk dan penyakit paru-paru dan penyakit mental. Percayalah, jika Allah memerintahkan sesuatu ibadah itu, pasti ada hikmah dan manfaat kepada manusia.

Apakah kesan langsung dalam setiap pergerakan yang dilakukan ketika kita menunaikan solat lima waktu? Di dalam sebuah kitab fiqh ada menyentuh mengenai solat iaitu Muniyatul Musalli. Ia menggambarkan solat adalah persembahan terbaik kepada Khaliq (Allah). Solat yang tidak khusyuk ibarat persembahan hadiah yang tidak bernilai. Justeru, setiap Muslim perlu mempunyai hati yang bersih bagi khusyuk dalam solat.

Pernahkah kita berfikir mengapa perintah bersolat lebih awal dari ibadat puasa atau amalan lain?

Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Allah memberikan perintah bersolat kepada Nabi Muhammad s.a.w. secara terus tanpa perantaraan sesiapa di Sidratul Muntaha.

Kelebihan bersolat dibuktikan sendiri Rasulullah, apabila ditimpa kesukaran dan kesedihan, Baginda akan berkata kepada Bilal: "Tenteramkanlah hatiku, wahai Bilal." Maka Bilal pun mengalunkan azan. Kemudian mereka mengerjakan solat secara berjemaah.

Pakar perubatan mengakui solat yang khusyuk adalah amalan meditasi yang ideal. Bacaan dalam solat menyebabkan manusia berada dalam keadaan antara jaga dan tidur.

Cuba praktikan kepada diri sendiri, apabila menghadapi masalah, kerjakan solat sunat dua rakaat dan lihat hasilnya.

Malah, pergerakan dalam solat mempunyai maksud penghambaan kepada Allah apabila dilakukan dengan fokus dan toma'ninah.

Ia lebih mujarab jika kita memahami setiap bacaan dalam solat. Memang bukan mudah untuk khusyuk dalam solat kerana syaitan sering mengganggu dan melalaikan manusia.

Oleh itu, Nabi Muhammad s.a.w menganjurkan kita jangan tidur selepas makan, tetapi berzikir dan bersolat.

Diceritakan, suatu hari Abu Hurairah sakit perut lalu Nabi berkata:

"Bangkit dan bersolatlah kerana sesungguhnya ada perubatan dalam solat."

Menurut kajian penyelidik dari Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya (UM) solat boleh merawat pelbagai penyakit kronik.

Ketua Penyelidiknya, Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim, berkata setiap gerakan solat mempunyai manfaat besar yang mampu meningkatkan kesihatan manusia secara optimum.

"Hasil kajian membuktikan gerakan dalam solat seperti berdiri betul, takbiratul ihram, iktidal, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud, tahiyat menyamai senaman ringan.

"Solat yang lengkap lima kali sehari semalam, memahami makna bacaan, rukuk dengan betul serta melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahiyat akhir akan mendapat komposisi tubuh yang baik.

"Berbeza dengan mereka yang tidak melakukan perkara berkenaan komposisi tubuh mereka kurang baik," katanya.

"Keputusan kajian juga mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, melakukan rukuk pada kedudukan 90 darjah, sakit pinggang berkurangan," katanya.

Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud:

"Jika kamu rukuk, letaklah kedua-dua tanganmu pada kedua-dua lututmu, kemudian renggangkanlah jari-jarimu, kemudian tenanglah sampai ruas tulang belakangmu mantap di tempatnya."

(Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Selain itu, pergerakan sujud pula membuatkan seseorang bukan saja menjadikan otot besar dan kuat, tetapi saluran darah seperti arteri, vena serta urat limfa akan terurus.

Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: "Aku diarahkan untuk sujud di atas tujuh anggota sujud: di atas dahi dan Nabi menunjukkan ke arah dahinya (termasuk hidung) dan kedua-dua belah tangan dan kedua-dua lutut dan kedua-dua hujung kaki."

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dengan mengamalkan jari kaki membengkok ketika gerakan sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat akhir mendapati ia mampu membakar lemak dalam badan selain mengurangkan risiko penyakit jantung.

Fatimah berkata setiap pergerakan dalam solat iaitu bermula dari berdiri tegak sehingga selesai memberi salam mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing.

"Memberi salam ke kanan dan ke kiri adalah amalan baik bagi menyelesaikan masalah kerapuhan tulang tengkuk," katanya.

Bagi Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas, solat yang dilaksanakan lima kali sehari cukup dijadikan asas senaman rutin.

"Solat boleh dianggap senaman fizikal yang istimewa kerana di dalamnya mengandungi pergerakan yang menyamai senaman regangan otot.

"Ia memberi kesan positif terhadap psikologi, tulang otot dan serebral. Semasa bersolat, otot dan sendi turut bergerak," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penyelidik, Ng Siew Cheok menyifatkan ibadah solat yang dilakukan seorang Muslim menghasilkan keadaan otak yang tenang.

"Keadaan itu dicapai sebelum seorang itu bergerak untuk sujud. Selain itu, solat dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan seseorang. "

Ketika toma'ninah (berhenti seketika) di dalam solat adalah waktu seseorang itu dijangkakan akan berada dalam keadaan tenang. Justeru, setiap perbuatan dalam solat perlu dilakukan dengan teratur dan tidak tergesa-gesa," katanya.

Kesimpulan, solat menyimpan 1001 rahsia yang perlu dikaji dan dipelajari kerana jika perintah itu datang dari Allah, pasti ia mempunyai kebaikan untuk manusia.

******************************

RAHSIA SOLAT: RAMAI YANG TIDAK TAHU...

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu.
Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

Untuk menghilangkan stress, Cukup dengan memperbanyakkan solat.
Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, ‘Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii’ (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari.. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Assalamua’laikum wr wb……… .
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1 – Niat Sembahyang :

Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 – Berdiri Betul :

Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 – Takbir-ratul Ihram :

Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 – Fatihah :

Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 – Ruqu’ :

Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 – I’tidal :

Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 – Sujud :

Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 – Duduk antara 2 Sujud :

Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) :

Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar..

1 0 – Tahhiyat Akhir :

Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 – Selawat Nabi :

Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur..

12 – Salam :

Memelihara kita di dalam kubur.

13 – Tertib :

Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

‘Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ‘ FRIDAY the 13th ‘ jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!’

***************************

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Rasulullahlihatpelbagaiperkaradahsyat/Article/index_html

pix_middle

Peristiwa yang berlaku pada 27 Rejab berkenaan adalah peristiwa yang membuktikan kehebatan dan kekuasaan Allah.

Bukti paling nyata terhadap kekuasaan Allah adalah Dia berkuasa 'membenarkan' Rasulullah diangkat ke langit untuk bertemu-Nya dalam masa yang singkat.

Ia berlaku setahun sebelum Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah iaitu bersamaan dengan tahun 721 Masihi. Peristiwa berkenaan berlaku ketika Rasulullah dan sahabat berada dalam tekanan kuat daripada golongan Musyrikin Makkah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab.

Sebelum Israk dan Mikraj Rasulullah mengalami pembedahan dada yang dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda dicuci dengan air Zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was wasnya.
Selesai pembedahan, bermulalah perjalanan luar biasa Nabi (Israk) dengan menunggang binatang yang bernama Buraq.

Semasa perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa itu, Rasulullah s.a.w diiringi Malaikat Jibrail dan Israfil.

Apabila tiba di tempat tertentu iaitu tempat yang mulia dan bersejarah, Malaikat Jibril mengarahkan Rasulullah bersolat dua rakaat.

Antara tempat berkenaan adalah Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah s.a.w melakukan hijrah, Bukit Tursina, dan Baitul-Laham (tempat Nabi Isa dilahirkan).

Selepas itu, Rasulullah turun ke langit dunia semula seterusnya ke Baitul Maqdis dengan menunggang Buraq pulang ke Makkah pada malam yang sama.

Menurut sarjana, kecepatan Buraq membolehkan Nabi pergi antara dua tempat hanya dengan sekelip mata. Ia menyamai kecepatan cahaya, iaitu 300,000 kilometer sesaat.

Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah dengan melalui tujuh lapis langit kemudian kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

Sebuah hadis Rasulullah yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik katanya: Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Aku didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih rupanya, panjang (tinggi) lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq mencecah bumi. Baginda bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya, ia melangkah kakinya cepatnya sejauh penghabisan mata memandang sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis.

Bagi umat Islam, peristiwa terbabit membawa misi penting iaitu bermulalah kewajipan melaksanakan perintah menunaikan solat.

Ia menjadi permulaan mukjizat Rasulullah yang menjadi salah satu Rukun Islam. Daripada Anas katanya: "Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: ...(Selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa Israk dan Mikraj pada malam itu), maka Allah fardukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang... lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah berfirman yang bermaksud: "Sembahyang fardu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti." (Hadis riwayat Bukhari).

Baginda akhirnya mendapat keringanan solat fardu daripada 50 kali sehari menjadi lima kali sehari semalam.

Ia menerbitkan keyakinan manusia terhadap kekuasaan Allah dan kebenaran kenabian Muhammad.

Justeru, bulan Rejab adalah di antara bulan yang mulia dalam Islam. Berdasarkan catatan sejarah, pada tahun kesebelas dari kerasulan Nabi Muhammad berada di puncak kesedihan.

Baginda menghadapi dua musibah iaitu kehilangan dua insan yang amat berjasa dan sangat baginda kasihi iaitu wafatnya isterinya yang tercinta, Siti Khadijah. Tahun itu juga dikenali sebagai `Aam al Huzni atau tahun berduka cita.

Kemudian, giliran Abu Talib meninggalkan dunia. Bapa saudaranya itu sanggup berkorban serta melindunginya daripada ancaman orang kafir Quraisy.

Abu Talib adalah individu yang sangat disegani dan di hormati dikalangan bangsa Arab menyebabkan orang kafir Quraisy tidak berani mengganggu Nabi.

Begitu juga dengan kewafatan isteri kesayangannya yang di sifatkan sumber inspirasi dalam perjuangan Rasulullah.

Perunding Motivasi dan penceramah, Mohd Zawawi Yusoh, berkata peristiwa Israk dan Mikraj adalah perjalanan 'mencari' Tuhan.

"Ia peristiwa hebat menuju akhirat. Sebelum Nabi melakukan Israk dan Mikraj, terlebih dahulu hati Baginda dibersihkan.

"Bukan bermakna hati Nabi Muhammad kotor tetapi ia adalah simbolik kerana sebelum apa saja bentuk ibadat kita serahkan kepada Allah ia perlu dimulakan dengan hati yang bersih," katanya.

Beliau berkata, peristiwa itu satu isu yang tidak akan selesai sehingga hari kiamat dan memerlukan umat Islam melakukan perubahan untuk menjadi umat cemerlang.

"Peristiwa yang digambarkan Nabi Muhammad ketika Israk Mikraj adalah perbuatan dan tindakan yang tidak mampu dilakukan manusia biasa.

"Peristiwa itu benar, tepat dan menjangkaui sempadan masa. Ia relevan sehingga ke hari ini di mana berlaku pelbagai salah laku yang membabitkan moral masyarakat Islam seperti rogol, tidak membayar zakat, berebut kuasa, rasuah, zina, curang dan pecah amanah," katanya.

Mohd Zawawi berkata manusia perlu sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah sama ada ketika ditimpa kesusahan atau dalam kesenangan.

"Hanya Allah mampu memberikan pertolongan dan menghilangkan segala kesedihan dan kesusahan dalam diri manusia.

"Sebelum Israk, Mikraj Nabi Muhammad ditimpa musibah. Ia memberi pengajaran kepada kita agar sentiasa mendekatkan diri kepada Allah jika diuji dengan musibah," katanya.

Beliau berkata ketika peristiwa Israk Mikraj, Nabi 'dihiburkan' dengan nikmat syurga sehingga Baginda lupa perjalanan yang ditempuhinya pada malam itu.

"Kita perlu sentiasa beringat bahawa tujuan kita hidup di dunia ini tidak akan terhenti di sini saja. Kehidupan yang kekal abadi adalah di akhirat sana yang menjanjikan balasan syurga buat mereka yang beramal soleh.

"Selain itu, Nabi juga mendapat perintah solat secara langsung daripada Allah tanpa melalui perantaraan Malaikat Jibril. Solat adalah amalan yang paling awal dihitung di akhirat kelak. Justeru, ia menunjukkan solat memiliki kelebihan berbanding ibadat lainnya," katanya.

***************************

Ini gambar hiasan sahaja (^_^)

http://www.hmetro.com.my/articles/Tazkirah-Remaja_-Solat-dan-lima-jenis-manusia/Article/

* Jenis Pertama

Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

* Jenis Kedua

Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.

Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

* Jenis Ketiga

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

* Jenis Keempat

Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.

Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

* Jenis Kelima

Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.

Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.

Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.

Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.

Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.

********************************

http://www.hmetro.com.my/articles/Kelebihanibadatsolat/Article

Neurologis dari Universiti California, Dr Fidelma berkata:

“Solat itu membuat otak kita sihat”.

Sewaktu kajian saraf yang dilakukan beliau terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah.

Sedangkan katanya, setiap otak manusia sangat memerlukan bekalan darah yang mencukupi untuk berfungsi secara normal.

Setelah melakukan kajian sekian lama, beliau mendapati urat saraf itu hanya dimasuki darah tatkala seseorang menunaikan solat ketika sujud.

Dengan itu bermakna ketika kita sujud darah memasuki bahagian saraf tersebut mengikut kadar lamanya solat yang kita lakukan.

Maka semakin lama kita sujud bererti semakin banyak bekalan darah dapat disalurkan ke dalam urat saraf itu. Ini sekali gus memberikan kesegaran minda dan membentuk pemikiran positif terhadap pelakunya.

Hasil penemuan itulah yang memberikan hidayah kepada Fidelma untuk mengambil keputusan memeluk Islam.

Sujud juga diakui oleh beberapa pakar kesihatan Barat lain sebagai satu gerakan yang mampu menjana kesihatan.

Misalnya, Peter Russell menyatakan;

“Otak manusia beroperasi tujuh peratus lebih cepat dan 14 peratus lebih tepat dalam keadaan kepala mereka di bawah.”

Ini bermakna ketika seseorang melakukan sujud dalam solat, memudahkan aliran darah disalurkan ke otak dengan lebih berkesan.

Manakala seorang lagi pakar Barat, Win Wenger mengatakan, gerak kerja membalikkan badan dari atas ke bawah akan meningkatkan kadar oksigen ke otak dan ini meningkatkan kemampuan otak. Itu baru dilihat pada bahagian sujud saja.

Sebenarnya keseluruhan pergerakan dalam solat terkandung hikmah penambahbaikan daripada sudut sains. Sekarang kita tinjau pula perintah menunaikan solat Subuh. Inilah antara solat yang begitu sukar bagi sesetengah orang sehingga sering diabaikan.

Selagi matahari tidak meninggi mata terasa berat untuk dibuka. Begitulah sayangnya kita kepada bantal dan selimut. Azan penanda masuknya waktu Subuh sudah dikumandangkan, namun telinga buat pekak saja. Beratnya kaki melangkah ke bilik air untuk mengambil wuduk kerana takut sangat dengan kesejukan air.

Mengapa jadi begitu? Solat Subuh hanya dua rakaat pun menjadi berat untuk dilaksanakan. Tidak sampai lima minit sudah boleh menyelesaikan ibadat itu. Tetapi mengapa pula malas membangunkan diri melaksanakannya?

Rasulullah bersabda;

“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka dia berada dalam jaminan Allah. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah dengan sesuatu (selain daripada solat ), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim).

Apa jaminan Allah kepada kita? Tentu sekali kita akan mendapat ganjaran pahala, ketahuilah bahawa orang-orang yang menunaikan solat Subuh dijamin akan diberikan ganjaran pahala yang melebihi keindahan dunia.

Imam At-Tirmidzi melaporkan: dari Aisyah telah bersabda Raslullah:

“Dua rakaat solat fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”

Hebat dan tingginya martabat solat Subuh ini di sisi Allah. Itu dari sudut ganjaran pahala. Bagaimana pula dengan aspek sains?

Dalam suasana hening dingin, cuaca belum dikotori debu dan habuk tentu memberikan impak positif kepada kita untuk menghirup udara yang segar bersih sekali gus mencergas dan mencerdas anggota badan. Membina anggota badan yang cergas dan menjana otak positif dapat direalisasikan dengan amalan solat Subuh.

Jadi, amatlah rugi sesiapa yang meremehkannya. Sebenarnya banyak lagi penemuan daripada sudut ilmu sains tentang solat yang semuanya memperakui bahawa solat itu sihat dan kesihatan boleh dijana dengan solat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...