Adakah semua amalanku diterima Allah?,
Ujian pada bulan Ramadhan kali mungkin mencabar bagi aku,
Inilah Ramadhan pertamaku selepas bekerja,
Selama sebulan juga,
Mak dan ayah melakukan ibadat umrah di Mekah,
Selama itu juga,
Adik-adik ditinggalkan dengan abang sulung dan kakak iparku,
Hanya Allah yang membalas segala pengorbanan mereka menjaga 'anak segera' ini,
Adik Man dan Salam jadi 'anak segera' mereka,
Yang lain tinggal di asrama, 'U', kerja luar dari kampung,
Bukan senang menjaga mereka,
Bagi yang tidak biasa dengan keluarga besar kami,
**************
Semalam mak dan ayah baru pulang menunaikan umrah. Mak sihat. Tapi ayah kurang sihat dan batuk. Di sana ayah pernah disuntik kerana sesak nafas.
"Sayang tak pergi solat ke masjid bila dah sampai di tanah suci ni," kata salah seorang jemaah kepada ayahku.
"Sakit sikit-sikit 'tebeng ar' (usaha la) gi mayang (solat) kat masjidil haram,"tambahnya lagi.
Di takdirkan Allah sebelum pulang ke tanah air, mak cik ni terpaksa tinggal di hotel kerana sakit. Muntah darah. Disuntik. Batuk-batuk. Tak boleh bangun. Empat hari terakhir di Mekah, dia terpaksa tinggal di hotel kerana sakit.
Sebab itu aku terfikir...'cepatnya Allah nak tunjuk kuasanya'. Semoga Mak Cik ni cepat sembuh.
Ayah masih batuk-batuk. Suara serak. Walaupun suara tersekat-sekat tapi ayah usaha juga bercerita pengalamannya kepada anak-anaknya. Itulah ayah kami. Mak juga bercerita sama. Macam best je duk sane. hehehe... Doakan ayah aku sembuh.
Menurut cerita mak, di Madinah terlalu panas. 50 darjah celcius. Seolah-olah berada di tepi ungun api. Masa ini lah ramai yang demam dengan perubahan cuaca yang mendadak. Mak juga demam tapi mak ayah berusaha pergi ke Masjid Nabi yang berkubah hijau tu. Mereka tinggal 2 hari sahaja di Madinah. Kemudian ke Masjidil Haram dengan menaiki bas.
*************
Ini gambar yang sempat aku 'snap' di 'airport'.
Orang yang paling bersemangat menyambut kepulangan mak ayah adalah adik bongsuku, Abdussalam 6 tahun. Dia lah yang paling rapat dengan mak ayah selama kami tinggal jauh.
"Adik nak teropong. Mak janji nak bawak balik," antara kata-kata adik Salam.
Kapal terbang yang membawa penumpang dari KLIA ke TGG sepatutnya sampai pukul 3.30 petang. Entah apa masalahnya, penerbangan tu sampai pukul 4.10 minit. Ramai yang menunggu keluarga masing-masing dengan sabar. Kami 11 orang ni menunggu mak ayah. 2 orang abangku yang sudah berkeluarga tidak ada. Mereka mungkin sibuk dengan keluarga masing-masing. Adakah ini cara orang berkeluarga?harap-harap tidak. Mungkin mereka ada masalah yang tidak dapat dielakkan.
Esok dah mula raya. Kesempatan ni aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Semoga kita semua masih bertemu dengan Ramadhan akan datang.
'KULLU AM WA ANTUM BIKHAIR'
كل عام وأنتم بخير
Tiada ulasan:
Catat Ulasan