Terima kasih kepada 'sebar2kan' pasal fb ni dalam youtube. Selama ni aku tak pernah jumpa video ni.
Kali ni aku tulis apa yang terkandung dalam video ni atau kata-kata penceramah atau pembaca khutbah ni. Dr Abdul Basit Abdul.
Bala facebook...Bala besar!
Orang muda dan orang tua pun gila facebook.
Semangat buka facebook...
Terpaksa ustaz-ustaz buka facebook nak lawan orang yang dakwah mereka...
Fb agenda Yahudi menelanjangkan orang Islam...
Pergi pantai bagitau orang
" Ini isteri saya,"
Snap gambar.
Masuk dalam fb.
Si suami kata
" Ini suami saya,"
Peluk suami dan snap gambar.
Masukkan dalam fb.
Pergi mana-mana snap gambar.
Tunjuk kat semua orang suami atau isteri kita...
Tengah duk mandi.
Apa punya perangai orang kita...
Manusia sudah hilang malu.
Hilang akhlak...
Kata Nabi Muhammad SAW:
"Umat aku dalam keadaan baik kecuali orang-orang yang menzahirkan perbuatan maksiat mereka"
Duduk dengan perempuan itu...masuk dalam fb...
Duduk dengan perempuan ini...masuk fb...
Isteri tak tutup aurat masuk fb...
Cerita sana sini...
Duk mengurat dalam facebook ni seolah-olah halal...
Sebab itu banyak berlaku kes penceraian...
Kes mahkamah dan soalan-soalan muslimin muslimat hari ini...
Punca penceraian...
Suami cakap dengan orang lain, isteri bercakap dengan orang lain
Suami mengadap laptop dia..Isteri mengadap laptop dia...
Suami suka orang lain, isteri suka orang lain...
Suami isteri macam tunggul kayu dalam rumah..
Duk mengorat dengan orang lain...
Tuan-tuan buat tak malu dengan Allah...
Tak malu dengan manusia...masukkan dalam facebook lagi..
"...seorang lelaki dan perempuan ini buat amalan tidak baik yang orang lain tidak tau pun, tiba-tiba dia dedahkannya" orang lain tak tahu dia pergi ke China, Thailand dan lain-lain...masukkan dalam fb..
Aku duduk dengan orang ni sekian-sekian..
Ini lah orang yang tidak beradab dengan Allah, apatah lagi dengan manusia...
Nasihat Dr Abdul Basit untuk bendung fitnah ini:
Tengok dalam fb kita semua
Gambar yang tidak menutup aurat, hapuskan
Orang perempuan nak mengayat, hapuskan
Orang laki-laki nak kacau kita, hapuskan
Malaikat tulis semua yang kita buat.
Tak perlu tulis dalam fb
Telah dirakam oleh malaikat.
Tunggu mati sahaja.
Tak payah tunjuk dalam fb..
Sumber :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan