03 Oktober 2010

Kalau Hina Kena Buang Kerja.


Pengacara CNN hina Yahudi dibuang kerja


NEW YORK - Seorang penyampai popular radio satelit Cable News Network (CNN), Rick Sanchez dipecat pihak pengurusan stesen itu kelmarin sehari selepas dia mengeluarkan kenyataan yang berbaur menghina masyarakat Yahudi.
Hos rancangan bual bicara Stand Up! itu dikatakan menyindir Jon Stewart, seorang pengacara stesen televisyen satelit, Comedy Central sebagai taksub dan tidak pernah didiskriminasi kerana beragama Yahudi.
Bekas pengacara CNBC yang menyertai CNN pada 2004 itu mendakwa, stesen tersebut dan banyak syarikat media gergasi dikuasai oleh golongan elit Yahudi yang suka memandang rendah kelompok minoriti kaum Hispanic seperti dirinya.
Ibu pejabat CNN di Atlanta kelmarin menggantikan slot selama dua jam rancangan kendalian Sanchez, Rick's List pada setiap hari bekerja dari pukul 3 petang itu kepada program berita CNN Newsroom. - Agensi
Sumber: Kosmo & Google images

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...