04 Oktober 2010

Selamat Berjuang-PMR 2010

Selamat berjuang untuk adikku...Maryam...
Walau percubaanmu dapat 5A, Insya Allah ...
Tawakal kepada Allah.
Moga ada ketenangan dalam jiwamu semasa menjawab peperiksaan esok.

Kepada anak didikku semasa praktikal...
Suraya, Akmal Lutfiah, Aimi Ilyani, Fatin, Fatihah, dan semua pelajar 3Arab 1,
Kalian adalah terbaik.
Terpilih dikalangan yang baik-baik.
Moga 'A' dalam genggaman.

Kepada anak didikku sekarang.
Tunjukkan kesungguhanmu dalam setiap gerak-geri anda.
Biar guru-guru berbangga dengan pencapaianmu.
Menjadi inspirasi untuk adik-adikmu untuk tahun-tahun akan datang.

Kepada semua calon PMR 2010.
Tunjukkan kebolehan kalian.
Tunjukkan anak melayu tidak layu.
Anak-anak Islam tetap gemilang!

Mulakan dengan kalimah Basmalah "بسم الله الرحمن الرحيم"
Dan doa...
Bittaufiq Wan Najah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Markah Prestasi PB3P

Alhamdulillah. Allah masih bagi peluang menulis di sini. Sebagai diari atau pengalaman hidup. Aku sebagai seorang guru yang berkhidmat lebih...