30 Oktober 2010

Wanita boleh bersolat dengan berpakaian tentera


Aku suka dengan jawapan ini. Jangan terikat dengan telekung putih asalkan tutup
aurat....(gambar tu sebagai hiasan)


********************

SAYA seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang aktif
dan bergiat dalam pasukan Askar Wataniah.

Kegiatan ini memerlukan saya mengikuti latihan di kawasan hutan.

Waktu juga terhad kerana saya terpaksa mengikuti jadual latihan yang padat. Kadangkala waktu
untuk mengerjakan solat terbatas dan terganggu kerana saya hanya menggunakan pakaian yang
dipakai ketika latihan.


Ini kerana saya tidak berkesempatan menukarkan pakaian bersih.


Kemudian jarak antara kawasan latihan dan penginapan tidak terlalu jauh sebagaimana yang
disyaratkan untuk melakukan solat jamak dan qasar perlu lebih dua marhalah.

Adakah sah solat saya dengan pakaian yang kotor terkena lumpur, tanah (tidak pasti kebersihannya)
dan mengambil kira faktor masa yang terbatas, adakah dibolehkan untuk saya melakukan solat
jamak atau qasar?

NURUL AIN
Kedah 



SOLAT fardu tetap wajib dilaksanakan dalam semua keadaan sama ada bermukim, bermusafir atau
dalam latihan ketenteraan.

Memandangkan anda kadang-kadang kesuntukan masa, berpakaian tentera sepenuhnya tidak
menghalang anggota wanita untuk bersolat.

Anggota wanita boleh berpakaian tentera untuk bersolat tanpa perlu menukar kepada pakaian
khusus solat. Aspek utama yang perlu dipastikan ialah menutup aurat.

Syarat sah solat yang perlu dipatuhi iaitu (1) suci daripada hadas besar dan kecil, (2) suci daripada
najis yang tidak boleh dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat dan (3) menutup aurat iaitu bagi
wanita seluruh tubuh badan termasuk rambut kecuali muka dan dua tapak tangan.

Pakaian yang semata-mata terkena lumpur dan tanah tidak najis. Mengenai solat qasar dan jamak
pula dalam masa latihan terbabit diberi beberapa panduan.

(1) Solat qasar tidak boleh ditunaikan kerana anda bukan dalam musafir.

(2) Solat jamak hanya boleh ditunaikan dalam keadaan tertentu seperti musafir, sakit, hujan lebat dan
kesuntukan masa kerana terlalu sibuk.

Bagaimanapun, solat jamak mempunyai syarat tertentu dan tidak boleh dilakukan sewenang-wenang
-nya kerana Nabi Muhammad s.a.w tidak melakukannya secara berterusan sebagaimana solat qasar
dalam musafir.

Lebih afdal menunaikan solat secara biasa dan bukan jamak kecuali keadaan amat memerlukan.
Biasanya lakukan jamak takdim dan bukan jamak ta’khir


~HANYA ILMU ALLAH YANG SEMPURNA~

Sumber : Harian Metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...