05 November 2010

Islam akan tetap dijunjung.

Nabi menyebarkan dakwah selama 23 tahun. Kesabaran dan pertolongan Allah mengatasi segala-galanya. Bukan sehari dua untuk mendapat kejayaan tetapi mengambil masa yang lama. Perubahan tidak akan berlaku dalam sekelip mata kecuali dengan izin Allah (ingat kisah nabi Sulaiman)...

Perjuangan berdasarkan bangsa tidak akan kekal sebagaimana bangsa Israel. Perjuangan atas dasar agama Islam akan tetap dijunjung walau dimana sahaja.

Apabila kita berada di negara lain dan berjumpa dengan saudara seIslam, kita akan saling tolong-menolong dan hormat-menghormati. Rahmat Allah akan menyelubungi kita walau dimana sahaja. Agama kita tetap satu iaitu Islam. Tidak ada yang lebih tinggi lagi.

Wajib bagi kita menyokong perjuangan Islam!!!

الاسلام يعلوا ولا يعلي عليه


"Islam itu mulia dan tinggi, tiada yang lebih tinggi daripadanya"

Mana pemuda-pemudi ..
Mengapa kian malap bara juangmu....?
Dimana unggun yang menjulang itu..
Kemana pergi..?

Bangkitlah..
Hiraukan bayu yang menegur..
Takut nanti taufan hebat pula menampar..
Tidak sempat kau elak..

Usah goyah…
Usah lesu wahai pejuang..
Usah tunduk pada kekalahan..
Mana kau tahu itu penghujung segala..?

Bangkitlah segera anak dagang..
Jurangmu masih jauh berbeda..
Lupakah dikau pesanan ulama'..?
Muslim itu tidak boleh lemah..!

Tidakkah itu suatu kebenaran..?
Maka sahutlah..
Sambutlah kalimat itu..
Gapailah cita-citamu yang melangit tinggi..
Agar goyah kubu musuhmu..

Sekali rebah
takkan bisa melemahkan dayamu..
Kerana ia hanyalah
bak gigitan semut..
Bagi seorang pejuang yang utuh,
bekalkan jiwamu dengan makanan ilmu yang berguna.

Luangkan masamu
pada helaian kalimat Rabb
Kerana disitulah jalan bahagia bagimu....







Sumber: I luv Islam

~HANYA ILMU ALLAH YANG SEMPURNA~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...