Dalam dunia moden ni sudah ramai tertipu terutama golongan senasib dengan 'Tipah'? .
Ni versi Indonesia. Aku punya 'Edisi kedua'
Golongan Tertipu
Imam Ghazali membahagikan golongan ini kepada empat iaitu, ulama, ahli ibadah, golongan sufi dan hartawan.
1. Ahli Ilmu / ulama'. Ini adalah tipu daya yang menimpa sebahagian ahli-ahli ilmu.
Kata Imam Ghazali:
"Antara golongan yang terpedaya adalah ahli fikah yang menguasai ilmu ketaatan tetapi tidak mengamalkannya. Sebahagian daripada mereka menguasai ilmu sehingga mereka mengenali perkara yang maksiat, tetapi mereka tidak menjauhinya. Sebahagian yang lain mengetahui kepentingan akhlak, tetapi tidak menghiasi diri mereka dengannya,"Hadis riwayat Tabrani dan al-Baihaqi: kata Nabi SAW yang bermaksud:
"Manusia yang mendapat azab yang paling keras pada Hari Kiamat adalah orang alim yang tidak dapat manfaat dari ilmunya.Kata Imam Ghazali lagi:
"Sebahagian daripada mereka asyik memberi tumpuan pada aspek pengeluaran fatwa. Mereka mengeluarkan fatwa mewakili pemerintah disamping menghuraikan masalah yang berlaku sesama manusia. Mereka banyak memberi tumpuan dalam bidang fikah dan mazhab serta sering kali mengabaikan tuntutan-tuntutan agama yang jelas.
Sebagai contoh, mereka tidak menjaga lidah, perut, anggota badan dari perbuatan yang haram dan pada masa yang sama hati-hati mereka dipenuhi perasaan sombong, dengki, riyak dan seumpamanya.Ilmu yang menjadi tumpuan mereka adalah berkaitan fikah ranting. Golongan ini boleh diumpamakan seperti binatang buas kerana mereka gemar berdebat dan bertengkar. Semasa mereka berhujah mereka menyakitkan hati orang lain dan membodohkan lawan-lawan mereka.
Demikian juga golongan ilmu kalam. Mereka ghairah berdebat dan bertengkar tentang ilmu ketuhanan. Pada anggapan mereka, tidak ada seorang pun yang lebih mengenali Allah selain daripada mereka sedangkan sebahagian daripada mereka merupakan golongan yang sesat kerana berpegang dengan konsep ketuhanan tidak berdasarkan sunnah.
Adapun golongan yang berpegang kepada akidah ahli sunnah, mereka boleh terbabas kerana tenggelam dalam gelombang pertengkaran dan debat yang dibenci Nabi.
Sebahagian ahli ilmu ini meminati ilmu tasawuf. Mereka merasa puas apabila berjaya menghafaz dan menyampaikan kata-kata hikmah golongan yang zuhud dalam ceramah dan khutbah mereka. Golongan ini beranggapan mereka sudah mencapai makam yang tinggi sedangkan mereka sebenarnya tidak memahami apa yang mereka sampaikan disamping tidak memelihara diri dari dosa-dosa zahir dan batin dalam kehidupan mereka,"2. Ahli Ibadah.
"Adapun ahli-ahli ibadah, nereka boleh tertipu dengan pelbagai cara. Sebahagiannya tertipu sehingga bertindak berlebih-lebihan semasa beribadah seperti berlebih-lebihan dalam menggunakan air semasa berwuduk kerama penyakit was-was. Mereka sepatutnya mengambil ikhtibar daripada perbuatan sahabat Umar al-Khattab yang pernah berwuduk daripada belas air milik seorang Nasrani tanpa perasaan was-was.
Sebahagian yang lain dipengaruhi oleh bisikan syaitan sehingga bertindak berlebih-lebihan ketika berniat, bertakbiratul ihram serta semasa membetulkan makhraj huruf apabila membaca surah al-Fatihah sehingga mereka mengulangi perbuatan mereka beberapa kali. Mereka ini boleh diumpamakan seperti golongan yang berada di majlis sultan.
Di majlis itu, mereka mengambil lembaran surat, membacanya dengan sebutan makhraj yang berlebihan serta mengulangi kalimah-kalimah itu. Mereka lupa bahawa tugas utama yang perlu mereka laksanakan adalah menyampaikan isi surat disamping menjaga protokol majlis.
Segolongan yang lain tertipu dengan bacaan al-Quran. Mereka bergegas mengkhatamkannya sehingga tidak mempunyai masa memikirkan maksud ayat-ayatnya, sekaligus tidak mendapat peringatan serta pengajaran dari pembacaan itu. Kadangkala mereka membaca al-Quran dengan merdu dan mereka berasa tenang dengan kemerduan itu. Mereka terpedaya kerana menyangka al-Quran diturunkan untuk itu sahaja.3. Ahli Sufi.
" Adapun ahli-ahli sufi, sebahagian mereka terpedaya dengan pakaian-pakaian dan amalan-amalan zahir golongan tasawuf sedangkan dalam kehidupan harian, mereka mengambil harta yang haram dan syubhah, bergelumang dengan hasad dengki sesama manusia dan asyik merobek perasaan orang lain. Mereka mencaci dan menghina ahli-ahli fikah, ulama' tafsir serta serta hadis. Mereka mengatakan golongan ini dihijab oleh ilmu mereka daripada Allah sedangkan yang sebenarnya merekalah golongan yang zalim lagi munafik..."4. Hartawan.
"Sebahagian daripada mereka berbangga kerana dapat membangunkan masjid-masjid, madrasah, jambatan dan seumpamanya sambil mengukir nama mereka pada bangunan-bangunan itu. Mereka menyangka dengan melakukan demikian, mereka berhak mendapat keampunan daripada Allah sedangkan sebahagian daripada harta-harta itu mereka peroleh daripada sumber yang haram. Mereka terpedaya kerana yang diwajibkan ke atas mereka sebenarnya bukan membina bangunan-bangunan itu. sebaliknya menjauhi harta yang haram. Justeru perbuatan mereka dianggap sebagai maksiat..."p/s: ingatan bersama . Ini adalah sebahagian kandungan buku 7 FORMULA Individu Cemerlang (Bestseller) oleh Dr. Danial Zainal Abidin
Sumber :
1. 7 FORMULA Individu Cemerlang
2. Salafus sholih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan