Kata Saidina Ali Karramallahuwajhah :
"Kebenaran yang tidak tersusun (terancang) akan kalah kepada kebatilan yang tersusun"
Rasulullah SAW pernah berpesan berdasarkan hadis riwayat Al-Dailami:
"Bercakaplah mengikut kadar akal manusia yang kamu hadapi"
Dan hadis riwayat Musliam no.1733:
"Permudahkan, jangan kamu menyusahkan"
**********
Cuba kita tengok gejala sosial sekarang semakin menjadi-jadi.
Salah siapa? Bagi aku...salah kita semua!
Pendakwah2 dah masuk dalam tv.
Rancangan Halaqah. Rancangan al-Kuliyyah. Rancangan Semanis kurma.
Dah masuk melalui ceramah2.
Hari jumaat berbuih2 bercakap atas mimbar tapi pendengar tidur.
Keluar masjid terus wat mende jahat.
Cikgu2 dan ustaz ustazah macam2 buat contoh dan pelbagaikan cara mengajar.
Masuk kursus tu. Masuk kursus ni.
Buat JQaf. Buat program ibadat.
Pelajar still biadap dan tak ikut apa yang diorang ajar.
Kursus kahwin dah buat.
Tapi masih ada yang bercerai berai.
Bertambah2.
Artis pun sama.
Cerai sana lepas gosip sini.
Ramai yang jadikan artis contoh.
Mak ayah sibuk cari duit nak bagi makan kat anak-anak.
Anak2 terabai. Biarkan bibik didik anak.
Biar pengasuh yang ajar anak.
Biarkan guru ajar anak.
Kat rumah biar je anak tak solat
Tak buat kerja sekolah.
Anak kena pukul, terus cari peguam.
Pemimpin?
Ikut cara barat tangani masalah berat.
Sikit demi sedikit naikkan kemarahan anak buah.
Cari peluang kaut untung anak beranak.
Agama letak kat kepala lutut.
Apa pendapat korang???
Sumber:
Majalah Solusi dan kepala otak sendiri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan