30 Disember 2010

Giant Baru!



Entah apa aku nak cerita hari ini. Keluar pagi balik petang. Mmm...

Aku mula dengan pendaftaran budak tingkatan satu ke sekolah. Semua berjalan seperti biasa walaupun ada pemantauan dibuat. Lambat betul aku tahu cerita ni. Entah apa yang dibincangkan sehingga aku nampak seseorang cemas. Biarlah dia halnya. Aku peduli apa. Kerja aku ni tak pernah siap bila pusat sumber/ perpustakaan aku dipindahkan. Aku harap ada guru baru yang boleh meringankan bebanku.huhuhu

Baru hari ini aku tahu buku ringkasan mengajar diorang dah ada. Mana aku punya? Esok cuti satu Malaysia sempena kemenangan Malaysia vs Indon. Hari sabtu cuti tahun baru. Hari isnin terus masuk sekolah dan kena mengajar. Tapi buku ringkasan aku tak ada. Aku bagitau orang yang sepatutnya. Mula dia mengelabah. Terus dia cari kunci almari besi biliknya. Tapi tak ada. Tak boleh buka. Aku tunggu. Sabar...Last sekali aku kata nak balik.

Jadual mengajar aku baru dapat. Dua matapelajaran aku ajar. Harap aku mampu buat yang terbaik walaupun baru setahun pengalaman. Aku akan cuba. Insya Allah :)

Aku pergi ke PPD teman seorang kawan. Guru juga la. Jumpa dengan seorang ustazah ni. Kawan aku ni tegur la.

"Ustazah dari mana?" Sambil2 kami salam.

"Pejabat saya kat sini," aku senyum. Tak nak sombong dengan senior ni.

"Owh, saya tau. Ustazah nampak gelisah je,"

"Tak de la. Saya dari ...dot dot dot,"

"Ni siapa? anak ke?" Ustazah ni tuju kat aku. Nampak sangat aku ni budak. Hahaha...Dalam hati aku nak ketawa je. Aku senyum. Kelu lidahku.

"Tak. Nie kawan saya. Mengajar tempat sama," Dia dah pandang aku atas bawah atas bawah. Rimas betul la.

"Betul la ustazah. Saya mengajar sama dengan kak.....dot dot dot,"

Lepas tu ada orang tegur ustazah tu. Kami minta diri untuk buat urusan. Kawan aku ni kata la...

"Nampak sangat aku ni tua. Akak nak mengaku je ko ni anak sulung akak. Tapi nanti jumpa ko pula tembelang akak pecah,"

"Ko ingat dulu kat UPM? Budak tu tanya akak. Anak akak ke?Akak jawab a'aaa anak sulung akak tapi dah kerja," Sambung kawan aku ni.

Aku malas nak layan perasaan orang sensitif ni. Kami terus jalan2 kat bandar kecil ni. Destinasi terakhir aku adalah Giant baru. Wah! penuh kereta. Susah nak dapat tempat parking ni. Aku jalan lagi. Ada polis berjaga.

Excited betul warga bandar kecil ni. Maklum la Giant baru dirasmikan. Banyak barang2 murah. Sempat aku beli tv 21 inci dengan harga RM338. Lama betul aku tak tengok tv. Asyik mengadap laptop untuk tahu perkembangan terkini.




Ok..SELAMAT BERCUTI SEMUA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...