31 Disember 2010

Sebelum masuk 2011 Masihi.


Alhamdulillah...

Akhirnya aku berjaya habiskan buku travelog haji mengubah sempadan iman. Sesiapa nak pergi haji wajib (bagi aku) baca dulu buku ni. Boleh menginsafkan diri. Bukan senang untuk melaksanakan semua yang kita tahu kecuali yang istiqamah dan berserah diri kepada Allah. Kalau ikut bacaan prof Muhd Kamil boleh menitiskan air mata. Banyak pengajaran berguna untuk kita semua. Semuanya dengan rahmat dan kasih sayang Allah melalui doa-doa pada 1/3 malam. Insya Allah ^_^

Azam tahun baru?
1 Muharam 1432 hari tu dah ada azam baru. 2011 kira tahun Masihi. Nak perbaharui azam apa salahnya. Biarlah ke arah yang positif. Esok 26 Muharram 1432. Sempat puasa sunat bulan Muharam lagi.

Moga PMR 2011 berjaya dengan cemerlang terutama bawah Panitia aku. Baru siap RPT untuk tingkatan 3. Bila nak dapat sekolah besar dan baru yea???

Tahun Masihi bermula 12 malam. Itu permulaan hari baru bagi tahun kelahiran Nabi Isa Alaihissalam. Manakala tahun hijri bermula maghrib ke maghrib.

Adakah 9 bulan akan datang muncul bayi tanpa bapa???

~SELAMAT BERCUTI AWAL TAHUN 2011~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...