21 Disember 2010

Pemuda dan al-Quran.

Aku capai sebuah buku. Terjemahan dari kitab arab. Lupa tajuknya. huhuhu. Aku cuma nak kongsi satu cerita...


Di tepi pantai Iskandariah yang cantik dan lautnya membiru. Ombak menghempas pantai dengan perlahan. Tak pernah jemu. Itulah perintah Allah atau sunnatullah.

Kelihatan seorang pemuda arab Mesirberjalan perlahan-lahan dan menundukkan kepala. Dia menuju ke arah satu kumpulan. Tiada siapa mempedulikannya. Mereka membuat hal sendiri. Bergelak ketawa seolah-olah ini dunianya. Inilah syurgaku!

Pemuda ini terus berjalan tanpa memandang kiri atau kanan. Dia duduk di tengah-tengah kumpulan tadi. Semua orang memandang pelik. Gila ke?kawan ke?kenalan baru ke? semua memandang dan bertanya menggunakan mata sebagai isyarat. Dia tetap tidak mempedulikan keadaan di sekelilingnya. Dia duduk dengan menundukkan kepala.

Kemudian dia mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Al-Quran kecil. Dia terus membuka dan membaca. Lama. Khusyuk. Dan berterusan. Dia hanya memandang al-quran dan laut. Suara disekelilingnya semakin tidak kedengan.

Perlahan-lahan tangan yang bertaut dileraikan. Mereka saling berjauhan. Mereka duduk sesama jantina. Akhirnya pemuda yang pendiam ini dapat berdakwah secara diam. Maknanya sungguh mendalam. Masih ada pemuda sepertinya? Insya Allah, masih ada.

Inilah yang dikatakan berdakwah secara berhikmah. Tanpa ceramah yan g panjang. Moga kisah menjadi ikhtibar. Ini pengalaman penulis buku yang sempat aku baca tadi. Aku olah menggunakan pemahamanku sendiri.

Cuba hayati video ni...link

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...