01 Disember 2010

Remaja oh Remaja


Tingkatan 1.
Tingkatan 2.
Tingkatan 3.

Mereka sudah mengenal cinta. Mencari cinta di alam cyber. FB? YM? Friendster? Twitter? My Space?
Mereka merasakan itulah pengarang jantungnya. Boleh mengubah dunia menjadi syurga. Berkhayal...

"Muka Bi nampak ganazzz tapi dalam hati ada taman,"

"Jom kita couple,"

"Saya rasa awak lain dari yang lain...bla...bla.."

Ayat budak2. hehehe

Seorang pelajar yang boleh dikatakan pelajar terbaik sekolah mengadu dipulau oleh kawan2. Sedih. Menyendiri. Termenung.

Memanggilku untuk mengadu masalah.

Eh, kenapa aku yang dipilih? Cikgu lain ramai lagi. Guru kaunseling ada. Guru kelasnya ada. Aku juga tempat aduannya. Aku tak kisah jika aku tak ada kerja. Sekarang kerjaku berlonggok2 sebelum aku ambil cuti.

Aku pandang muka budak perempuan ni.

"Sekejap je. Saya tak boleh tahan lagi ni. Nak cerita kat ustazah juga,"

"Ok..ok..kamu masuk dalam library dulu. Saya siapkan kerja ni dulu. Nanti saya menyusul yea,"

**********

Aku masuk library tempat biasa aku lepak buat kerja PSS atau berkaitan buku2. Pelajar ni tengah baca buku.  Aku duduk berhadapan dengannya. Aku pandang mukanya yang berkerut seolah-olah memendam banyak masalah.

"Mana kawan2 lagi," Aku cuba memulakan perbualan.

"Entah la," jawabnya acuh tak acuh.

"ermmm, apa masalah yang kamu nak cerita tadi?"

"Sebelum tu, ustazah kena janji tak cerita kat sesiapa pun. Termasuk cikgu2 lain," letak syarat pulak.

"I'allah kecuali untuk selesaikan apa yang patut,"

"Sebenarnya...kawan2 pulaukan saya. Diorang tak nak kawan dengan saya. Ustazah perasan tak saya jalan dengan cikgu2 masa kita pergi lawatan hari tu?" aku angguk je kepala ni. Biarkan dia teruskan cerita. Kalau aku potong cerita dia...jadi lain pulak ayatnya. hehehe

"H tuduh saya rampas kekasihnya. Dia kata saya kawan yang 'Tikam dari belakang'.  Musuh dalam selimut. Padahal  'pak we' dia mesej ...ajak couple," fuh lamak...budak kecik ni dah ada peminat rupanya. Hati aku je kata. Biar dia teruskan lagi...

"Saya balas mesej dia tapi saya tak kata setuju nak couple," (emmm...kenapa la ko balas kalau ko tak nak dia. ko lagi layan...huhuhu)

"Kat sekolah, saya cerita kat A pasal mamat ni. Lepas tu A cerita kat H dan kawan2 yang lain. H mengamuk dan terus marah2. A dan kawan2 yang lain pun sama. Terus diorang nak buat apa2 tak bagitau saya. Saya sedih sangat,"

"Kamu tak bagi penjelasan semula kat kawan2?" aku menduga. Aku memang tak tau nak memujuk budak mentah ni. Biar dia layan perasan sedih dulu.

"Saya nak cuba jelaskan tapi diorang tak nak dengar,"

"Apa kata saya panggil diorang ke sini. Biar saya jadi orang tengah. Macam mana?"

"Tak boleh...Nanti diorang kata saya mengada-ngada cerita kat Ustazah,"

"Habis...masalah kamu tak akan selesai. Kalau bertambah parah saya tak akan campur tangan. Atau saya cerita kat guru kaunseling atau cikgu lain," ugut aku.

"Tak payah la...saya nak Ustazah dengar je," rasa kelakar pulak. Suruh aku jadi pendengar je. Aku tak boleh jadi pendamai la yea. Lantak ko laaa...Semua cadangan aku di tolak mentah2. Tak ada bakat kot...

"Saya nak tanya soalan kat kamu ni. Kenapa pilih saya untuk jadi pendengar masalah kamu? Cikgu lain ramai lagi. Lagi pun saya tak mengajar kamu," Persoalan tadi akhirnya pecah di mulutku.

"Saya percaya kat Ustazah la,"

"Kalau saya pecahkan cerita ni macam mana?"

"Terpulang la. Tapi saya tau ustazah tak akan cerita dengan kwn saya dan cikgu2 lain buat masa terdekat ni,"

Percayanya dia padaku. Aku terima amanah ni sehingga aku jumpa jawapan kepada masalah dia ni...

**********

Aku rasa blurr lah pulak masuk bab 'couple' budak-budak nie.'Couple' je lebih,ikut hati nak mencuba..esok lusa merana.Kalau dah rindu sangat kenapa tak terus kahwin je.

'Mana boleh ustazah,kalau dah kahwin ada kouta tak boleh nak lebih-lebih.Empat je...bla  bla bla', munkin itu ayat yang aku terima.

Kepada golongan remaja kat luar sana tuu..janganlah buat sesuatu atas kehendak nafsu.Bukan ke kita boleh bezakan yang mana keperluan dan yang mana kehendak.Tak usah fikir pasal lelaki mahupun jantina berlawanan dengannya.Itu bukan keperluan seorang remaja.Penuhi dulu dada kita dengan ilmu..Faham murid-murid.

~HANYA ILMU ALLAH YANG SEMPURNA~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...