26 November 2010

Menantu dan Ibu Mertua.


Apabila datang tidak dilayan? Tetapi kenapa membisu seribu bahasa. Aku tidak faham dengan situasi ini. Seorang ibu melihat anak dan menantu berjalan dihadapannya dengan harapan menantu akan menegurnya tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Matanya langsung tidak berpaling ke arah muka ibu. Ibu tidak pernah melenting atau marah dengan tindakan menantu.

Sekarang dia mengatakan ibu dan semua adik iparnya memulaukannya. Siapa mulakan dahulu? Bila kami mulakan. Sepatah dijawab. Tetiba sahaja duduk di tepiku tanpa sapaan salam atau senyuman. Harapanku untuk menegur terbantut. Bila kami bersembang dia lari jauh. Menyendiri. Melayan perasaan. Menganggap diri dipulau.

Kenduri atau majlis yang dilaksanakan oleh keluarga. Pernah dia datang atau bantu? Pernah sekali. Sekarang?Dengan alasan yang tak masuk dek akal. Dengan pelbagai alasan supaya tidak dikaitkan dengan keluarga ini.

Bila dia memberi cadangan...harapannya supaya semua orang bersetuju dengan tindakannya. Pernah sekali, pendapatnya tidak dipersetujui oleh ibu. Bermula dengan saat itu, dia pasif. Diam seribu bahasa. Tiada suara yang keluar dari mulutnya.

Pernah disebut mengenai majlis perkahwinannya tidak semeriah majlis perkahwinannya dahulu. Mungkin harapannya sebagai anak bongsu, majlisnya meriah seperti artis atau orang kenamaan. Oh tidak! Aku menganggap dia tidak mengukur baju pada diri sendiri. Dengan bajet yang rendah...apa yang boleh dibuat? nak guna istilah 'biar papa asalkan bergaya'?

Takkan nak 'jeles' tidak bertempat pada adik2 iparnya yang bakal berkahwin pada masa akan datang? Bila kami sibuk membuat persiapan, di mana dia berada???Bila dah ada anak sekarang, apa yang boleh ditolong?
Adakah menantu boleh diharapkan?Adakah anak yang sudah berumahtangga mampu bersusah payah bersama adik beradik lain untuk menyempurnakan sesuatu majlis?

Biarlah Allah menentukan keadaan akan datang.

Esok adalah pernikahan abangku yang ke-3. Semoga majlis berjalan lancar.

Dan juga hari kelahiranku mengikut tarikh masihi. Semoga pertambahan umurku ini menjadikan aku semakin matang dengan dunia yang penuh fantasi dan dugaan. Semoga dipermudahkan segala urusanku. Rabbi Yassir Wala Tuassir, Ya Karimmm ^_^

~HANYA ILMU ALLAH YANG SEMPURNA~

2 ulasan:

  1. selamat hari lahir yah...
    semoga dimurahkan rezkimu, diberkati umurmu, dimudahkan segala urusanmu.

    mentua n menantu. sulitnya hubungan ini. seseorg pernah berpesan lewat zaman remaja dulu, "perkahwinan ibarta jari jemari yg saling bartaut. tidakkan dapat melekapkan satu jari tanpa yg lain." menerima suami bererti menerime kelurganya juga. betul tak? sebagaimana kita nak dia sayang semua ahli kelurga kita, seharusnya begitulah kita.

    tahniah buat wahid... wah, nanti boleh challenge halim pah ni ye. hehe.

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas doa K.Anis...

    Moga pesanan K. Anis boleh dijadikan iktibar pada masa akan datang =)

    Halim dah terlebih 'advance' dah. Jadi bapa orang daaa.hehehe

    BalasPadam

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...