07 Januari 2011

Ke Hospital...


Keluar dari rumah 7pagi dan pulang pada jam 6 petang. Seolah-olah tiada masa rehat untukku. Mungkin ini jalanku yang dipilih oleh Allah. Allah Maha Mengetahui. Aku terpaksa tolak permintaan orang kampung untuk mengajar di sana. Moga mereka ada pengganti yang lain ^_^

Sebaik sahaja keluar dari sekolah aku ke bakal tempat temudugaku minggu depan. Alhamdulillah. Dengan bantuan kawan, perjalananku ke sana adalah mudah. Itu antara persediaanku sebelum menghadiri temuduga. Anda bagaimana?Semua ada cara yang tersendiri bergantung kepada ilham yang diberi olehNYA.

Jalan pun masih lengang kerana orang ramai berada di masjid untuk solat jumaat.  Sempat kami solat di pusat islam. Kemudian, kami pergi servey tempat seperti ECONSAVE dan CAREFORE untuk memenuhi pemintaan kawanku...

Kami bercadang ke hospital Tuanku Jaafar. Jam masih menunjukkan pukul 4 petang. Kami tidak dibenarkan masuk sehingga pukul 4.30 petang. Itu adalah waktu melawat. Nak cari parking memang susah. Akhirnya kami jumpa tempat parking kat bawah dan melalui pintu belakang hospital. Yang paling aku tak sangka...aku melalui bilik mayat. Hairan. Aku tak pernah terfikir akan melalui bilik ini. Bukan terkejut tapi terkedu. Sama tak ayat ni?

Kami sempat melawat ibu Syifaa. Dia terpaksa 'puasa' untuk menjalani operation. Tulang pahanya patah. Manakala suaminya patah jari. Kami tak sempat melawat bapa Syifaa. Menurut jururawat, dia masuk ke dewan bedah. Mungkin untuk proses penyambungan jari-jari yang terputus. Wallahua'lam. Moga Allah mempermudahkan segala urusan mereka. Takziah buat keluarga Syifaa. Moga kamu semua tabah dan redha menghadapi ketentuan Allah.

Sebelum pulang, aku sempat solat asar di Surau Rayyan Berhadapan dengan bahagian kecemasan hospital berkenaan. Tunaikan solat fardu dahulu sebelum memulakan perjalanan pulang. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang akan berlaku sepanjang perjalanan pulang ini.

Dalam perjalanan pulang, kawanku mendapat mesej yang mengatakan kak Aisyah baru meninggal pukul 4.30 petang di hospital tadi. Innalillah wainna ilaihi rajiunnn !

4.30 petang adalah waktu kami dibenarkan masuk ke dalam hospital untuk melawat pesakit. Masa itu juga kak Aisyah meninggal? Entahlah..Kawanku tidak tahu kawannya sedang berada di hospital yang sama. Dan sedang bertarung dengan maut. Kami keluar dari hospital itu hampir 5.30 petang. Adakah aku nak u-turn?Sebab aku baru sahaja keluar dari kesibukan jalan. Mungkin laluan kami di bilik mayat, kak Aisyah ada di situ?

Aku tergamam sekejap sehingga lori 'hon' kereta aku. Masa tu lampu hijau menyala. Aku tidak sedar. Tak tahu apa perkataan yang patut keluar dari mulut ini bila mendengar suatu kematian. Bekalan apa yang akan dibawa? Bukan wang ringgit atau harta yang menimbun...tapi amalan kita. Muhasabah sebelum tidur =(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...