08 Januari 2011

Pembantu ku ^_^

Hal-hal lama telahku simpan dalam kuburnya. Kalau boleh, jangan diungkap semula. Ia adalah pahit dan perlu dilupa kecuali untuk muhasabah. Semoga dosa-dosa lalu terampun. Aku hanya manusia biasa. Tidak maksum seperti baginda Rasulullah SAW.

Kelekaan aku akan menjerumuskan aku ke lembah durjana. Mulutku akan tiada insurans. Melepas tanpa membuat pertimbangan.

Kerja aku adalah setakat yang aku mampu. Pujian akan menjatuhkan aku. Ya, Allah jauhilah aku dari sifat takbur dan riya'. Ampunilah aku Ya Allah...

Terima kasih buat pembantu2 aku di PSS walaupun ada yang bukan pengawaas PSS...

Moga kamu semua dipermudahkan urusan oleh Allah ^_^





Inilah buku-buku yang tak mungkin berhasil dilabelkan tanpa bantuan mereka yang ikhlas. Ikhlas bukan pada mulut tapi dari tindakan. Aku paling tak suka sebutan ikhlas di mulut.

"Saya buat kerja ni ikhlas,"

"Hati saya ikhlas...Mulut je jahat,"

"Menyesal aku jadi pengawas PSS..banyak kerja rupanya,"

Kata Imam Ali Karramallahuwajhah:

"خير المقال ما صدقه فعال"

Sebaik-baik perkatan adalah yang diterjemahkan melalui perbuatan.

Begitu juga kata pujangga arab kalau tak silap...

"Jika kamu tak mampu buat semua, jangan kamu tinggalkan semua" 

Lebih kurang begitu la maksudnya.

Semoga kata-kata ini membuka hatiku dan para pembaca yang lain. Rabbuna Yasahhil ^_^


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...