Anak yang ingin menuntut ilmu jauh dari kampung halaman sentiasa mengingati pesanan ibu. Baginya mentaati ibu sama mentaati perintah Allah. Rahsia keberkatan dalam menuntut ilmu.
Anak ini meneruskan perjalanannya. Di pertengahan jalan....
"Apa yang kamu bawa?"
"Wang 40 dinar,"
Mereka saling berpandangan. Terkejut dan terdiam. Kebiasaannya musafir yang melalui jalan ini akan mengatakan mereka tidak membawa harta mahupun wang. Mereka adalah perompak padang pasir yang kejam.
Datang ketua perompak. Apabila ditanya, jawapan yang sama diberikan. Dia berasa terlalu hairan. Akhirnya ketua perompak berkata,"Mengapa kamu bercakap benar dan tidak menipu kami?"
Kata Syeikh, "Ibuku berpesan supaya aku sentiasa bercakap benar dan aku tidak mahu mengkhianati janjiku kepada ibuku,"
Secara tiba-tiba, ketua perompak menjerit-jerit dan mengoyak-ngoyakkan pakaiannya dan berkata," Ya Allah, kamu takut mengkhianati janjimu kepada ibumu sedangkan aku tidak takut mengkhianati janjiku kepada Tuhan,"
Dia terus mengarahkan harta-harta pencurian dikembalikan kepada pemilik-pemiliknya dan selepas itu beliau berkata kepada Syeikh," Sekarang aku bertaubat dihadapanmu,"
Perubahan yang berlaku kepada ketua perompak memberi kesan positif kepada perompak-perompak lain. mereka terus berkata," Kamu adalah ketua kami pada masa kita sama-sama merompak. Pada hari ini, kamu adalah ketua kami ketika kita sama-sama bertaubat."
Siapa sebenarnya Syeikh ini???
Beliau adalah Syeikh Abdul Kadir Jailani-Tokoh tasawwuf terkenal. Beliau dilahirkan pada tahun 470H di kota Gilan di Iran dalam keluarga yang mementingkan ketakwaan dan ilmu.
Antara guru yang sempat mendidik beliau adalah Syeikh Abul Wafa bin Aqeel, Muhammad bin Hassan al-Baqillani dan Abu Zakariya Tebrezi. Dalam bidang tasawwuf, beliau dibimbing oleh Syeikh Abul Khair Hammad bin Muslim al-Dabbas dan Qadi Abu Said Makhrami.
Sejak kecil, beliau dididik untuk bercakap benar. Peristiwa di atas berlaku dalam perjalanannya ke Kota Baghdad bagi menuntut ilmu.
Beliau meninggal dunia pada tahun 561 Hijrah semasa berumur 90 tahun.
Gambar dari pak google ^_*
*******
Mengikut satu riwayat, Syeikh Abdul Kadir Jailani menceritakan syaitan pernah mendatangi beliau dalam bentuk cahaya yang terang benderang.
Syaitan berkata,"Wahai Abdul Kadir, aku adlah Tuhanmu dan bermula hari ini aku halalkan kepadamu apa yang aku haramkan sebelum ini."
Beliau terus berkata,"Aku berlindung dengan Allah. Nyahlah kau Wahai Iblis."
Tiba-tiba suasana menjadi gelap dan cahaya yang terang benderang di lanit bertukar menjadi gumpalan asap. Pada masa itu, Syeikh Abdul Kadir Jailani terdengar suara," Wahai Abdul Kadir, aku sudah menyesatkan 70 orang ahli sufi dengan cara ini tetapi kamu terselamat kerana ilmu dan ketaqwaanmu,"
As-Syeikh terus menjawab,"Tidak, aku terselamat kerana rahmat Allah,"
Selepas beliau menceritakan kisah ini, seseirang bertanya kepadanya.
"Bagaimana tuan Syeikh mengetahui suara itu suara iblis?"
"Apabila dia mengatakan dia menghalalkan segala yang diharamkan. Sebab itu aku tahu dengan jelas, ini kerja Iblis laknatullah."
*******
Kisah ini menunjukkan pembinaan awal pendidikan adalah di rumah oleh kedua ibubapa. Begitu juga contoh terbaik yang ditunjukka oleh ibubapa sendiri.
Taqwa yang hakiki akan terus berlaku walau dimana sahaja. Bukan di masjid atau di surau. Taqwa yang terbit dari hati umpama percikan minyak kasturi. Berkat percikan tadi, berlaku perubahan yang luar biasa terhadap perompak-perompak. Apabila manusia yang jahat berubah kepada lebih baik, taqwa dan kegemilangan akan terserlah.
Taqwa sahaja tidak cukup kecuali digabungkan dengan ilmu. Jadi kita harus berusaha mencari ilmu agama sebanyak yang mungkin untuk mencapai kegemilangan dunia dan akhirat. Biar 'Seiring sejalan' ^_^
Rujukan: 7 Formula Individu Cemerlang oleh Dr Danial Zainal Abidin, Tarbiyatul Aulad oleh Abdullah Nasih Ulwan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan