09 Januari 2011

Nyamuk...Rakyat Jadi Bahan Eksperimen?

Aku terbaca dalam blog Ibn Yaacob tentang nyamuk ini. Aku copy paste kat bawah ni:


Setelah hampir setahun didebatkan tentang isu pelepasan Nyamuk GM(Genetically Modified) akhirnya ia membawa kepada peringkat bantahan melalui petisyen oleh masyarakat.
Berita Nyamuk GM telah diisukan kami dalam blog ini dalam dua artikel berikut sebelum ini;
Petisyen bantahan ini dimulakan di Pulau Pinang dengan tajuk “Tidak Kepada Pelepasan Nyamuk GM di Bentong dan Alor Gajah.” Petisyen yang dibawa oleh saudara Cheah Hooi Giam berjaya mengutip lebih 300 tanda tangan.
Antara lain yang disebut di dalam petisyen ialah mendesak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar supaya menimbang semula cadangan pelepasan tersebut. Desakan itu dibuat kerana setakat ini belum ada mana-mana saintis berani mengeluarkan bukti saintifik bahawa Nyamuk GM mampu mengurangkan denggi dengan efektif.
Istilah “mampu mengurangkan denggi” yang digembar-gemburkan oleh saintis Oxitex masih dalam peringkat teori.
Rakyat Malaysia Bahan Kajian Negara Maju
Selain itu, belum ada lagi negara maju memberi ‘lampu hijau’ kepada kementerian kesihatan mereka untuk menggunakan kaedah Nyamuk GM. Ia sangat pelik apabila Malaysia dalam keadaan tergesa-gesa mahu membenarkan Nyamuk GM dilepaskan ke atas kawasan penduduk.
Tindakan ini dilihat seolah-olah kerajaan Malaysia membenarkan rakyat Malaysia dijadikan bahan ujian terhadap teknologi yang dibangunkan negara maju.
Kementerian perlu ingat bahawa walaupun Oxitec dari Britain yang membangunkan teknologi nyamuk ini tetapi syarikat itu sendiri tidak mendapat kelulusan dari kerajaan mereka untuk melepaskan Nyamuk GM di tempat awam.
Sebagai meneruskan juga projek itu, saintis-saintis Oxitec terpaksa melepaskan secara haram beribu-beribu ekor nyamuk GM di Pulau Cayman walaupun tidak mendapat kebenaran kerajaan. Pelepasan secara haram itu dilakukan pada tahun 2009.
Antara badan-badan yang giat membantah projek Nyamuk GM ini ialahPersatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Sahabat Alam Sekitar (SAM) dan Third World Network.
PERINGATAN
Bantahan terhadap isu ini bukan bermaksud menentang pekerja-pekerja awam (staf, jurutera, pegawai tadbir) yang terlibat di dalam projek pelepasan tersebut. Perkerja awam hanyalah individu-individu yang menjalankan tugas manakala tugas tersebut dijalankan atas arahan ‘pihak atasan’. Maka bantahan ini adalah menentang dasar ‘pihak atasan’.

**********

Nyamuk ni dah dilepaskan dan mendapat bantahan dari persatuan pengguna Pulau Pinang CAP. Ini kenyataan dari Malaysiakini :

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat bimbang dengan pelepasan nyamuk Aedes aegypti GM di Bentong, Pahang dan Alor Gajah, Melaka walaupun mendapat bantahan dan kebimbangan yang dikemukakan oleh NGO, orang awam dan saintis.

Lembaga Keselamatan Bio Kebangsaan (NBB) pada 5 Oktober 2010 meluluskan permohonan yang dikemukakan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk kelulusan bagi melepaskan nyamuk Aedes aegypti GM ini. 

Salah satu syarat kelulusan, yang perlu dipenuhi sebelum memulakan pelepasan lapangan, ia hendaklah memberitahu orang ramai dan mendapat persetujuan.

Terma dan syarat untuk sijil kelulusan menyatakan bahawa: “Ia adalah mandatori bagi pemohon melalui forum awam mendapat kelulusan dan persetujuan terlebih dahulu daripada penduduk di kawasan pelepasan berhubung cadangan ujian lapangan MRR [tanda-lepas-tangkap semula]”.

CAP dan SAM dengan jelas membantah cadangan ujian lapangan dan alasan kenapa kami mengambil pendirian ini. Bagaimanapun, memandangkan pelepasan mungkin masih berlaku walaupun mendapat bantahan NGO dan orang awam, kami ingin menekankan bahawa persetujuan mestilah diutamakan untuk mendapat kelulusan dan persetujuan komuniti tempatan di kawasan pelepasan.

Terlebih dahulu, sebarang forum awam yang dijalankan untuk tujuan mendapatkan persetujuan dan kelulusan penduduk tempatan mestilah bebas, terbuka dan seimbang, mewakili manfaat dan risiko nyamuk GM.

Kami berpandangan, forum awam tidak seharusnya dijalankan oleh IMR, walaupun mereka mungkin diminta menyediakan input saintifik atau teknikal atau untuk menjawab sebarang soalan khusus berhubung ujian itu. Berhubung IMR, forum awam yang dijalankan oleh IMR jelas akan dilihat sebagai konflik kepentingan memandangkan IMR adalah pemohon kepada ujian lapangan ini.

Kedua, penduduk tempatan di kawasan pelepasan mestilah dimaklumkan dan diberitahu terlebih awal mengenai forum awam dan perlu bebas untuk mengemukakan pandangan mereka tanpa takut tindakan balas.

Ketiga, mendapatkan persetujuan dan kelulusan penduduk tempatan perlu terlebih dahulu menyediakan mereka dengan maklumat lengkap dan telus mengenai cadangan pelepasan lapangan. Kami inginmenarik perhatian kepada perenggan 24, Deklarasi Helsinki, Persatuan Perubatan Dunia – Prinsip Etika Untuk Penyelidikan Perubatan Melibatkan Manusia:

Dalam penyelidikan perubatan yang melibatkan manusia, setiap subjek yang berpotensi mestilah diberitahu dengan secukupnya akan tujuan, kaedah, sumber pembiayaan, sebarang kemungkinan konflik kepentingan, institusi yang berkaitan dengan penyelidik, manfaat dan potensi risiko daripada kajian dan ketidakselesaan yang mungkin timbul, dan sebarang aspek lain yang berkaitan dengan kajian.
Subjek yang berpotensi itu juga mestilah diberitahu hak untuk menolak daripada menyertai kajian atau untuk menarik balik kebenaran untuk turut serta pada bila-bila masa tanpa sebarang tindakan balas. Perhatian khusus perlu diberikan kepada maklumat khusus yang diperlukan oleh subjek yang berpotensi serta kaedah yang digunakan untuk menyampaikan maklumat.
Selepas memastikan subjek yang berpotensi telah memahami maklumat, doktor atau individu bekelayakan lain yang sesuai mestilah mendapatkan subjek yang berpotensi persetujuan yang diberikan secara bebas, lebih diutamakan dalam bentuk bertulis. Jika kebenaran tidak diberikan secara bertulis, kebenaran tidak bertulis mestilah didokumentasikan secara rasmi serta mempunyai saksi.

Kami berharap pihak IMR akan mematuhi semangat Deklarasi Helsinki dalam mendapatkan persetujuan dan kelulusan komuniti tempatan di kawasan pelepasan lapangan. Sebarang ketidakpatuhan merupakan pencabulan kepada standard yang telah ditetapkan di peringkat antarabangsa.

Keempat, satu isu yang dilihat kurang pendedahan ialah penglibatan syarikat yang berpangkalan di United Kingdom Oxitec dalam penyelidikan yang dicadangkan itu.
Tidak jelas daripada maklumat yang disediakan kepada orang ramai sama ada dan bagaimana Oxitec terlibat dan apakah peranan yang dimainkan. Ini adalah di sebalik fakta yang diketahui bahawa teknologi transgenik yang digunakan dalam nyamuk GM dimiliki dan dipatenkan oleh Oxitec. Komuniti tempatan dan orang awam perlu diberitahu sepenuhnya berhubung isu ini.

Akhir sekali, masih belum terlambat bagi kerajaan untuk membatalkan ujikaji dan pelepasan lapangan nyamuk Aedes aegypti GM.

Kejuruteraan genetik memberikan kesan yang tidak dijangka dan tidak dapat diramalkan dan berisiko kepada kesihatan awam dan alam sekitar tidak boleh dipandang rendah. Sehubungan itu, kami menggesa kerajaan Malaysia menarik balik kelulusan dan mendapatkan penyelesaian yang lebih selamat kepada kawalan penyebaran demam denggi.

Penulis adalah presiden CAP & SAM 

**********
Jangan jadikan kami bahan ujikaji kajian. Adakah ini yang dikatakan rakyat didahului? Kenapa aku lambat tahu?...


*********
Ni aku baru update: 30/1/2011.


Penangguhan pelepasa nyamuk GM ini adalah bersifat sementara. Maklumat lanjut sila masul blog ni http://ibnuyaacob.com/?p=1656

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...