Semalam pergi temuduga. Sebelum 6.30 pagi dah bertolak ke tempat temuduga. hampir 45 minit perjalanan, akhirnya aku sampai ke destinasi. paling lama, berhenti di trafik light tepi sekolah tu. Rupa-rupanya pak cik polis berjaga. Isyarat menggunakan sarung tangan putih. macam patung. hehehe
Aku parking 'mawi' kat tepi jalan je. Mula2 kompius jugak bile 'pak security' minta aku parking tepi jalan. Dalam kawasan sekolah dah penuh. Tawakal je la. Aku tiada pilihan lain kecuali ikut arahan. Takkan nak bergaduh sebelum masuk temuduge. Boleh kelu lidahku nanti. Oh, nauzubillah min zalik!
Semasa temuduge, ramai cikgu n cikgi buat ulang kaji. Nak masuk peperiksaan besar je. Aku buat relax je sebab apa aku bace dah tak masuk dalam minda. Dah la diorang sibuk bincang pasal ETP. Aku cuma dengar dalam Buletin Utama TV3 je.
Aku orang ke-8 ditemuduge oleh seorang Datuk. Mula dengan sessi sembang menyembang tentang negeri kelahiranku. Tanya tentang FPI. Itu pun dia tolong sambungkan. Terima kasih Datuk. Tanya pendapat tentang ajaran sesat di Malaysia. Tak lama. Hanya 15 minit sahaja.
Tamat sessi temuduge aku terus ke Seksyen 3, Bangi. Isi perut yang masih kosong sejak awal pagi lagi.
Hari ini Pusat kesihatan datang. Mereka minta kebenaran menggunakan ruang PSS . Tiada tempat lain untuk mereka kecuali bilik PSS. Kasihan Pengawas PSS yang merancang untuk membersihkan bilik PSS esok. Harap mereka terbaca entri ni. 2minggu tak boleh usik bilik PSS kerana alat pergigian maih di situ. Apalah nasib PSS ni yea. Moga Allah mempermudah urusan kita selepas ni ^_*
Hari ini aku berjaya selesaikan kertas kerja bersama surat minta sponsor berkaitan program di sekolah. Hantar data peribadi guru bagi panitia aku melalui e-mel. Buat pembayaran Majalah Maher 2011 selama setahun. Bagi pelajar yang masih belum menjelaskan pembayaran...Tolong jelaskan secepat mungkin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Mesyuarat atau bengkel mengikut zon
Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...
-
Assalamualaikum semua, Dah lama aku nak tahu pasal IV dan DV dalam penulisan tesis. Sebagai rujukan untuk diri sendiri, aku masukkan apa ya...
-
Entri untuk seorang kawan. Kalau pembaca lain berminat, teruskan bacaan anda. Apa maksud 'Adab'? Sudah pasti ianya takde ken...
-
Novel atau dipanggil fiksyen kadang-kadang membuatkan aku terfikir. Adakah kisah yang diceritakan itu benar? Adakah ia sekadar rekaan sebaga...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan