18 Januari 2011

Tarian Jejari.

Semenjak 2006 aku dah mula berblog. Jika nak update blog mesti kena pergi cybe cafe. Tak larat aku nak pergi  cc setiap hari. Tak sempat nak godek2 internet. Akhirnya blog tu dibiarkan sepi. Sepi hingga aku habis belajar dan masuk belajar semula.

Dari sini aku jumpa kawan yang lulusan UKM beri cara-cara untuk membuat blog peribadi. Cara nak tambah widget2. Lain-lain aku cari sendiri la. Masa tu guna wifi di 'u' dan guna laptop sendiri. Mulalah aku tulis setiap perjalanan aku. Segala kemarahan dihamburkan dalam blog. Sampai la 2010, aku membebel dalam blog ni. Itu pun sebelum pelajar2ku tahu blog ni. hahaha....

Bila dah masuk 2011, semua kemarahan dan bebelan tu dah 'delete'. Entah korang sedar atau tidak. Tapi aku rasa tak best nak tulis tanpa membebel ni. Sebab aku jarang mengadu kepada seseorang kecuali dalam diari. Akhirnya diari aku dah dibaca oleh adik. Tak kisah la...sebab aku tak sebut nama atau nama tempat tertentu. Sama dalam blog ni.hehehe


**********

2008 - Aku mula jadi guru ganti di tiga buah sekolah rendah di negeri kelahiranku. Aku mula bawa kereta carade yang antik untuk ke sekolah. Sekolah pertama 'ok'. Sekolah kedua, aku mengganas sikit. Pelajarnya terdiri daripada anak nelayan yang kira mencabar diri aku. Sekolah ketiga terdiri daripada anak golongan profesional.

Pernah diobserve oleh bapa pelajar dan pernah masuk kursus jurulatih hoki. Tapi tetap tak pandai nak main sebab nak jaga cermin mataku dari pecah. Hampir cikgu lelaki tu mengibas kayu hoki ke mukaku. Alhamdulillah Allah masih menyelamatkan mukaku dari dilibas kayu keras. Jika aku diberi pilihan aku pilih memanah. Dah lama aku teringin. Sehingga hari ini, aku masih tidak berpeluang belajar memanah.

2009 - Aku mula masuk 'u' yang pernah aku belajar. Belajar Falak. Mengangkat alat-alatnya untuk membuat latihan amali. Buat cerapan di balai cerap. Kali ni aku masuk selama setahun. Belajar pedagogi pengajaran terkini. Buat ROS di sekolah sains yang kira terkenal kat negeri aku ni.

Pelajar-pelajarnya cukup skema dan mendengar kata. Melihat guru-guru cemerlang mengajar. Best....pelajar yang banyak buat research. Guru hanya jadi fasilitator. Semua rekod2 pelajar dimasukkan dalam komputer. Ibu bapa boleh login laman web sekolah tu untuk melihat rekod disiplin, ko-kurikulum dan kurikulum anak-anak mereka. Senangkan....(bila la sekolah aku sekarang nak jadi macam ni).

Seterusnya aku buat praktikal di sekolah menengah yang ada asrama. Ada tingkatan 6. Aku dianggap budak sekolah agama di situ. Aku ajar Tingkatan 2 dan tingkatan 4. Bila ditugaskan relief kelas tingkatan 6....oh aku tak sanggup. Diorang macam bapak aku. Muka lebih tua dari aku. Nak marah tak jadi...

Jaga tingkatan 5 pernah la. Gambar perempuan tak berpakaian ada di hujung sudut dalam kelas. Kelas gangster. Tapi sains tulen. Seram juga masuk kelas ni. Handset boleh bawa sesuka hati je. Cikgu2 takut kat budak-budak ni. Siap mengaku depan aku...edar pil kuda dan lain-lain. Entah betul atau tidak. Video2 dot dot pun banyak di 'blutut'. Malas aku nak campur. Walaupun aku tak campur urusan diorang...kereta aku tetap ditoreh dengan syiling. Kelas yang aku ajar kira paling 'ok' berbanding kelas lain.

2010 - Aku tak sangka...aku dilontarkan ke sekolah kecil. Menumpang masjid. Seolah-olah sekolah 'private' je. Jauh berbeza dengan negeriku. Tiada sekolah sekecil ini. Ini permulaan bagiku dan juga cabaran untukku. Atau ujian dari Allah selagi aku hidup? Yup...nikmat musibah adalah ujian dan bekalanku untuk akhirat.

Sekolah kecil tapi perangai diorang boleh tahan la. Nanti aku senaraikan jika ada masa. Atau aku snap gambar pelajar-pelajar ni. Hati-hati korang yea.hehehe

Ok. Cukup setakat ni dulu. (surat layang versi blog untuk sesiapa yang sudi membaca). Ila liqa'...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...