Makan hati tu mungkin sesuai atau sebaliknya..terpulang lah.
"Cikgu dia tak buat kerja,"
"Dia conteng buku saya,"
"Dia ambil buku saya. Sebab tu saya tak buat kerja,"
"Kamus tertinggal kat rumah,"
"Saya tak tau,"
"Saya tak datang hari tu,"
"Saya tak buat date pun," Sedangkan mataku dah nampak. Hidup2 tak mengaku....
Semua ayat tu memang menaikkan kemarahan aku (senyum skit).
Kamu dah buat kerja sekolah ke? kenapa kamu biarkan buku kamu diconteng? Kenapa kamu tak usaha siapkan kerja tanpa bagi alasan? tak boleh ke kamu kata..."mmm, datuk saya guna kamus kat rumah. Sebab dia nak pi mekah,"...Kau tak datang tapi kenapa tak usaha tanya kawan2? Beribu-ribu alasan boleh diberi. Semua itu alasan orang yang tak suka belajar!
Belajar untuk dapat duit biasiswa! duit tu akan habis...tapi ilmu ni akan berterusan jika digunakan.
Budaya 'Bangau Oh Bangau'.
Oh bangau, oh bangau,
Kenapa engkau kurus,
Macam mana aku tak kurus,
Ikan tak mahu timbul,
Oh ikan, oh ikan,
Kenapa kau tak timbul,
Macam mana aku tak timbul,
Rumput panjang sangat,
Oh rumput, oh rumput,
Kenapa engkau panjang sangat,
Macam mana aku tak panjang,
Kerbau tak makan aku,
Oh kerbau, oh kerbau,
Kenapa engkau tak makan rumput,
Macam mana aku nak makan,
Perut aku sakit.Mesej yang ditimbulkan dalam lagu ini adalah apabila masalah timbul, setiap orang akan mencari alasan dan bertindak menyalahkan orang lain. Bangau menyalahkan ikan. Ikan menyalahkan rumput. Rumput menyalahkan kerbau dan seterusnya.
Sikap cepat menyalahkan orang lain tanpa usul periksa adalah budaya yang keji. Umat Islam perlu menyalahkan diri sendiri terhadap apa yang berlaku pada hari ini.
Salah orang sahaja nampak. Salah sendiri tak nampak. Bila selalu salahkan orang lain atas kesalahan orang lain. Akhirnya 'makan hati'. Bersabar? Ya...Dah lama bersabar. Tapi sabar mesti ada hadnya. Makan hati menyebabkan banyak kerja terjejas.
Cuba bayangkan...orang lain buat kerja tapi kita tak buat apa-apa. Kita asyik marah-marah dan salahkan orang lain. Kerja tak akan selesai. Ilmu tidak akan melekat tanpa jerih payah dan usaha yang berterusan.
Ada syair arab menyebut:
Belajarlah! tiada seorang pun lahir dalam keadaan berilmu,
Tiada seorang yang berilmu itu kelihatan jahil,
Sesungguhnya kaum yang ramai tapi tiada ilmu pada mereka,
Mereka kelihatan kecil dikalangan masyarakat2 lain.Syair ni minta kita belajar. Belajar. Jadi orang berilmu. Bukan jadi orang jahil. Kita akan nampak seseorang itun berilmu berdasarkan percakapannya. Bodek atau gediknya seseorang. Orang tak akan pandang orang jahil ni...lebih kurang macam tu la. Faham ke korang baca ni???
Korang fikir2 la apa yang aku tulis ni. Harap2 bertaubatlah sebelum terlambat. Setiap perbuatan kita walaupun sebesar zarah/ atom akan dikira oleh Allah. Allah Maha Adil ^_^
SUMBER: Buku 7Formula Individu Cemerlang dan Buku Teks Bahasa Arab Tingkatan 3.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan