Mutiara Kata Untuk Murabbi.

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PUJIAN, DIA BELAJAR MENGHARGAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN CELAAN, DIA BELAJAR MEMAKI"

"JIKA MURID DIAJAR CEMUHAN, DIA BELAJAR RENDAH DIRI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PERSAHABATAN, DIA BELAJAR MENYAYANGI"

"JIKA MURID DIAJAR PERMUSUHAN, DIA BELAJAR BERKELAHI"

"JIKA MURID DIAJAR JAMINAN, DIA BELAJAR MEMPERCAYAI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN PENGHINAAN, DIA BELAJAR MENYESALI"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN KEADILAN, DIA BELAJAR KESAKSAMAAN"

"JIKA MURID DIAJAR DENGAN DISKRIMINASI, DIA BELAJAR MEMENTINGKAN DIRI"

26 Mac 2011

MTAQ 2011 Peringkat Daerah...

Alhamdulillah...

Hanya Allah mengetahui keadaan aku bila terpaksa berjalan ke 7 tempat pertandingan. Acara yang pelajar aku ambil bahagian adalah Tilawah Al-Quran (P/L), Hafazan (P/L), Syarahan Spontan (P/L), dan Khat (P/L). Jumlah pelajar yang mengambil bahagian adalah 8 orang.

Guru pengiring 2 orang termasuk aku. Seorang lagi ditugaskan sebagai hakim hafazan sekolah rendah. Semua pelajar tiada masalah disiplin walaupun ada yang memakai selipar. Sepatutnya memakai kasut yang tertutup. Mungkin ini akan mengurang markah penampilan.

Hanya dua tempat yang aku sempat pergi tengok iaitu Pertandingan Tilawah Al-Quran bagi perempuan dan lelaki....

'Syazwani di Bilik APD'

'Aiman di Pusat Sumber Sekolah'

Tahniah Syazwani & Aiman mendapat tempat ke-3 walaupun saingan hebat ^_*

'Saidatul, Aqillah dan Ili Amira'

Terima kasih Aqillah kerana datang walaupun tidak masuk bertanding ^_^

Bahagian Syarahan spontan ini...kami tidak diberitahu tentang 50 tajuk yang diberikan. Ili Amira dan Alif Amirul...jangan sedih. Ini adalah pengalaman yang mungkin susah dimiliki oleh orang lain. Syabas!

Bahagian Khat (Saifol Rafiq & Siti Hajar) dan Hafazan (Saidatul Nabila & Nazirul Mubin)...jangan berputus asa. Teruskan hafalan al-Quran supaya menjadi sebati dengan diri anda. Tahun depan masih ada. Insya Allah...

4 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Tahun lepas adalah kenangan yang akan diingati oleh orang yang mengikutinya sahaja.

    Terima kasih atas sokongan Cg Nurul dan Cg Tia tahun lepas.

    Pengalaman menjadi suatu pengajaran yang berguna ^_^

    BalasPadam
  3. ek..eih macam sekolah saya ja.. SMK YAM Tuan Radin, Port dickson. tapi sekarang dah pindah Johor. thn lepas, saya masuk berzanji, tapi tak menang.. takpelah bukan rezeki. tahniah kpd pelajar yang menang. tahun ni saya masuk syarahan mtqss pasir gudang..insya allah saya akan cuba sedaya upaya.. doakan kejayaan saya.amin

    BalasPadam
  4. Anis: betul la sek awak tu. Kan tahun lepas jadi tuan rumah.hehehe...Tahun ni SMK Raja Jumaat. Moga kejayaan milik awak tahun ni. Aminnn :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...