25 Mac 2011

Luqmanul Hakim & anaknya.

Tadi semasa pelajarku membuat perbentangan...ada sesuatu yang menyebabkan aku tersenyum. Dia buat lawak ke? Dia jadi badut ke? Dia tersilap sebut ke? Itulah kebiasaan yang menyebabkan kita ketawa hingga menitiskan air mata.hihihi


"Duk tepi la...aku tak nampak,"


"Duk tengah sikit...aku nak tulis ni,"


"Duk tepi sana la...aku nak tengok ni,"


Semuanya tak memuaskan hati kawan-kawannya. Kesian pulak aku tengok. Sekejap dia ke tepi. Sekejap ke tengah. Sekejap dia ke tepi semula.


Aku pegang dagu. Teringat satu kisah....mula imagine>>>> 



Suatu hari Luqman al-Hakim, memasuki sebuah pasar dengan menaiki seekor keldai (lebih kecil dari kuda). Kemudian diikuti oleh anaknya yang berjalan kaki. Melihat tingkahlaku Luqman itu, ada seseorang di jalanan bercakap sesama mereka.


"Lihat orang tua itu, senang-senang dia duduk atas keldai tapi anaknya dibiarkan berjalan kaki,"


Setelah mendengar desas-desus dari orang ramai, maka Luqman turun dari keldainya atau dipanggil himar. Lalu diletakkan anaknya di atas keldai itu.


Melihat keadaan itu, orang dipasar itu berkata lagi.


"Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap-sedap naik keldai itu. Sungguh kurang adab anak itu,"


Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke belakanh keldai itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian dia meneruskan perjalanannya. Kemudian ada lain bercakap-cakap.


"Lihat dua orang menaiki keldai itu. Sungguh menyeksakan binatang itu,"


Oleh kerana Luqman tidak menyenangi percakapan itu, dia dan anaknya turun dari keldai. Dia meneruskan perjalanan. Berjumpa beberapa orang dijalanan. 


"Dua orang berjalan kaki, sedangkan keldai itu tidak dinaiki,"


Dalam perjalanan pulang ke rumah, Luqman al-Hakim menasihati anaknya.


"Sesungguhnya kita tidak akan terlepas dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tidak akan mengambil pertimbangan kecuali kepada Allah sahaja. Barangsiapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu."


Kemudian Luqman Al-Hakim berpesan lagi.


"Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang kafir itu melainkan tertimpa ke atasnya tiga perkara; iaitu tipi keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka dari perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."


**********

"Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah." (Luqman: 33)
Sekarang sudah jelas, bahwa lakukanlah apa yang kau putuskan dan semua itu punya risiko, jangan terlalu takut dengan kritikan orang, sebab apapun yang anda putuskan tetap saja orang lain akan mengkritik bahkan anda diam pun akan dikritik, lakukanlah yang terbaik dengan risiko yang paling kecil. Cukuplah dengan pandangan Allah s.w.t atas kita. Pandangan Tuhanlah yang berfaedah . Penglihatan manusia atas kita, seperti menghormati kita, memuliakan kita, membesarkan kita dan lain-lain lagi. Cukupkan saja dengan pandangan hati, keyakinan hati bahawasanya Allah s.w.t melihat kita, memelihara kita dan menjaga kita.
Apa gunanya mengharapkan amal bakti dan taat dengan balasan wang ringgit atau keselesaan hidup di dunia ini sedangkan diri berada dalam kemurkaan Allah. Dan tidaklah bererti ketinggian ilmu yang dimiliki di samping kedudukan yang mulia di sisi makhluk sekiranya diri berada dalam pandangan kemurkaan dari Allah.
Pendek kata buatlah apa sahaja kebaikan dan ketaatan dan milikilah apa sahaja kesenangan dan keselesaan hidup, tetapi jika ianya tidak mendapat keredhaan dari Allah Taala atau mencari kemuliaan supaya dihormati orang, maka tidaklah berbaloi segala usaha dan pemilikan yang diterima.
Dengan demikian fahamilah wahai diri,
Biarlah amal sedikit, atau ilmu yang sedikit asalkan Allah sentiasa meredhai hal diri kita;
Biarlah tidak termasyhur, hina dan keji pada pandangan manusia asalkan Allah meredhai hal kita;
Biarlah hidup sederhana atau melarat dan terpenjara di dunia ini, asalkan hal diri kita sentiasa dalam keredhaan Allah.
Cukuplah.....dan memadailah dengan keredhaan Allah itu kerana tidak ada apa lagi yang lebih baik selain daripada mendapat keredhaan Allah
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu `anhu, katanya: 
Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam (boncengan), lalu baginda bersabda: 
"Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana ke atas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku." (Hadis Hasan Sahih Riwayat Iman Tarmidzi)
Kandungan nasihat ini mengandungi dua pengajaran:
1) Mengingatkan umat manusia bahawa mereka adalah makhluk yang lemah, kuasa mereka sangat terbatas, mereka tidak akan dapat mencapai apa yang mereka hajatkan tanpa bantuan pihak yang lain.
2) Mengingatkan umat manusia betapa kuasa Allah yang tiada tara dan batasannya. Segala penghuni langit dan bumi tunduk kepada ketentuan-Nya. Jadi atas dasar inilah maka manusia mestilah memohon sesuatu hanya kepada Allah. Kecuali dalam hal-hal biasa yang termampu dikerjakan oleh manusia, seperti mengangkat suatu barang, meminjam sesuatu dan lain-lain. Namun demikian kita juga mesti memohon kepada Allah agar dipermudah jalan untuk mendapatkannya. Selain itu juga wajib diketahui bahawa memohon pertolongan kepada Allah atau berdoa kepada-Nya mestilah secara langsung secara terus menerus kepada-Nya.
Tidak ada orang yang dapat memberi manfaat dan mudarat tanpa izin Allah:
Rasul sollallahu `alaihi wasallam menerangkan kepada Ibnu Abbas radhiAllahu `anhu bahawa sekiranya sekalian umat atau makhluk berkumpulan dan bersatu untuk memberi manfaat kepadanya ataupun sebaliknya mereka bersatu dan berkumpul untuk mendatangkan mudarat kepadanya, namun semua itu tidak mungkin akan terjadi kecuali apa yang telah dituliskan untuknya di Luh Mahfudz sejak azali.
Oleh sebab itu kita tidak seharusnya terlalu gembira atau berduka terhadap sesuatu yang dilakukan oleh orang lain terhadap diri kita. Kerana kita yakin bahawa segala-galanya adalah di dalam ketentuan Allah. Kalau di dalam ketentuannya tidak ada keputusan untuk memberikan sesuatu kepadanya, nescaya dia pasti tidak akan dapat memperolehinya walaupun seluruh makhluk bersatu berusaha untuk menolongnya. Demikian sebaliknya kalau ditentukan bahawa ia akan mendapatkannya, walaupun seribu halangan, pasti ia akan memperolehinya juga.
Allah berfirman: 
"Dan jika Allah kenakan bahaya kepada engkau maka tidak ada yang dapat melepaskannya melainkan Dia. Dan jika dia mahukan kebaikan kepada engkau maka tidak ada yang dapat menolak kurnianya itu." (Yunus: 107)
p/s: aku dah lupa sumbernya maaf...hari ini aku seperti badut yang bernyawa. Insya Allah kisah di atas membuatkan aku tabah dengan apa yang berlaku. Pedulikan perasaanku.hehehe....
Selamat membaca ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...