30 April 2011

Pangkor + Tampin.

Memandu sendiri dari PD ke Jeti Lumut bukan perkara mudah. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 4 jam melalui lebuh raya utara selatan dan pembaca peta yang baik memudahkan perjalanku ke sana. Terima kasih kak ^_^

Sebagai orang baru dalam profesion keguruan ini, banyak yang aku belajar. Kursus Peningkatan Kompetensi Guru2 BA seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak memberi banyak input yang berguna kerana aku bukan orang yang minat dalam bidang bahasa ini apatah lagi bahasa arab. Selepas diberi tanggungjawab mengajar bidang bahasa ini, aku cuba mengubah persepsi. Aku akan terus menjadi 'pelajar & pengajar'.

Di Pangkor, aku tak suka membeli makanan buatan 'orang cina' kerana dalam kepalaku adakah ia halal?

"Ini cikgu ke?" sambil jarinya ditujukan kepada aku disebelahnya.

"Tak lah. Saya pelajar kat sini," jawabku.

"Ini cikgu juga," jawab kawanku.

Bila tengok mukaku yang 'pramatang' ni, kebanyakan pemerhati tidak percaya aku ni guru. Ada yang bertukar antara guru dan pelajar. Tapi aku suka dengan anggapan mereka. Nampaknya aku lebih muda daripada usia sebenar.hehehe

Ini sedikit gambar yang aku candid...





'ini pengurus projek + urusetia'

'Guru cemerlang dan penulis buku teks BA, Ustaz Saudi'

'Pn Habibah, bekas pegawai atase di Safarah Alex. Sekarang berada di LPM bahagian STAM'

'Ustaz Hasmadi Hamdan, penulis buku teks BA ting 1'

'Acara penutup'

'Ustaz Hasmadi tidak jemu mencurahkan ilmu'

'Selamat tinggal Pulau Pangkor'

'perjalanan pulang'
Parking kereta bertingkat di Jeti Lumut dibayar mengikut jam. 1 jam = 30 sen. Aku parking 3 hari 2 malam dengan bayaran RM 14.60. Perjalanan pulang mengambil masa yang lama lebih kurang 6 jam. Hujan sangat lebat di pertengahan jalan memaksa keretaku bergerak perlahan 'muthlu bathah' dan 'jem' di Shah Alam. Lampu kecemasan terpaksa dibuka kerana jalan kabur dan penglihatanku terhad. Alhamdulillah jam 8 malam selamat sampai di rumah.

Keesokan aku bergerak ke Tampin melalui Siliau + Rantau + Rembau. Walaupun letih...demi tugas aku gagahkan diri untuk memandu ke sana lebih kurang 1 jam 15 minit perjalanan. Ada mesyuarat PBS untuk format terbaru.

Hari jumaat aku ke sekolah. Aku dikejutkan dengan pengawas PSSku buat hal. Letihnya tak habis lagi. Dengan cerita kehilangan duit RM2000. Pertuduhan melulu tidak sepatutnya berlaku. Kerani sekolah mempertahankan diri bila dia hampir dituduh menyebabkan kehilangan wang itu. Nauzubillah jika tuduh menuduh menyebabkan pergaduhan yang besar berlaku dan saling mencurigai antara guru. Serahkan kepada Allah kerana hanya Allah yang mengetahui. Penjelasan Ustaz Zaharuddin boleh dibaca di SINI

2 ulasan:

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...