04 April 2011

Penyampaian Hadiah MTAQ 2011.

Semasa aku keluar rumah, hujan masih turun. Hujan rahmat atau hujan nukleur?hehehe... Ini bermakna perhimpunan mingguan mungkin akan dibatalkan.

Bacaan Ma'thurat menggantikan perhimpunan dan acara penyampaian hadiah sebagai tanda kenangan dari Panitia aku.

Aku jadi pengerusi majlis paling ekspress sebab aku dah nampak seseorang gelisah. Panas duduk dalam masjid ke? Maaf yea...ini mungkin perasaan aku sahaja.

Asalnya aku nak buat penanda buku. Dah design tapi printer aku buat masalah. Dakwat warna tidak keluar. Jadi aku masukkan dalam blog je la. Sedih juga. Dah siap design tapi tak boleh publish.huhuhu

'tanda kenangan'

Alhamdulillah,

Penyampaian hadiah berjaya dilaksanakan selepas bacaan Ma'thurat. Tahniah buat semua pemenang dan peserta. Akan datang kita boleh teruskan acara ini atau ada penambahan lain. Amalkan apa yang ada dalam buku kenangan ini. Jika tak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua yea. Ini kata pujangga Arab.

Hari ini juga, aku buat ujian bulanan bagi pelajar tingkatan 3. Boleh lagi diorang ni tidur.

'seperti sekolah tadika'

'soalan bulanan'

'tak tau nak buat...baik tidur kan'

'lena sekejap cari ilham untuk dapat "A" PMR nanti' 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Rakan Sejawat Toksik

Ahlan...ahlan Ya Ramadan.  Alhamdulillah masih diberi peluang merasai hidup dalam Islam tetapi umat Islam Palestin masih bergelut dengan kes...