"Wajahnya seperti orang tidur,"
"Wajahnya seperti menahan sakit. Giginya seperti mencengkam,"
Mana satu percakapan yang perlu dipercayai. Keburukan jenazah seeloknya didiamkan sahaja kecuali untuk pengajaran kepada orang lain.

'filem kurafat'
Adakah wajah seorang jenazah berdasarkan amalan orang yang melihatnya? Hanya Allah yang tahu. Aku hanya manusia dan tidak mampu menentukan kesahihan ini.
Wajah jenazah pelbagai rupa. Mungkin ada cerita atau kisah disebaliknya. Jika orangnya baik. Keluarganya baik. Ramai orang berebut-rebut masuk ke masjid untuk sembahyangkan jenazah tanpa diminta...Adakah ini petunjuk jenazah seorang yang baik atau sebaliknya?
Jika sebelum ini, jemaah di kalangan budak-budak akan tanya berapa RM dapat selepas solat tadi. Tapi selepas solat jenazah kali ini tiada suara menyebut pasal RM. Pembaca boleh menilai jenazah ini mendapat mati yang baik atau sebaliknya.
Wallahua'lam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan