Selepas tengok cerita 'JUVANA' di TV3...sempat juga aku baca buku Dr 'Hang Tuah'( Dr jangan marah yea). Terus baca di bahagian tengah dan terhenti pada kisah 'Abang Tuah & Tun Teja'. Penceritaan yang bersahaja dan berdasarkan pengalaman penulis.
"Apa yang kita impikan, apa yang kita usahakan, apa yang kita imaginasikan kita akan perolehnya walaupun kita hanya berdiri atas hasrat, kehendak, kemahuan , azam, target dan cita-cita"Kisah gadis yang bernama JUN. Asalnya seorang pekerja biasa di syarikat penerbitan. Pernah mengatakan dia nak belajar lagi. Bila Dr Tuah ni mengadakan motivasi di salah sebuah Universiti dan berjumpa JUN di situ sebagai seorang Pensyarah. Bukan pensyarah biasa tapi pensyarah Bahasa Perancis. Bermakna dia telah mencapai cita-citanya. Tapi yang lebih dia bangga dengan kejayaan Dr Tuah ....
"Ramai orang bersedia nak jatuhkan orang yang dah naik, tapi tak ada orang yang sedia nak naikkan orang yang dah jatuh"Kisah Pensyarah yang tidak bertegur sapa walaupun duduk share office. Bila dalam sesuatu program di satukan mereka dalam satu chalet. Tapi mereka mohon ditukarkan. Apa nasihat 'Hang Tuah'?
SELESAIKAN MASALAH ANDA BERDUASelagi mereka tidak berubah selagi itulah pejabat bukan tempat membina kecemerlangan kerjaya sebaliknya membina perangkap dan bom jangka.
ATAU
PERGI DARI SITU
SUMBER: Buku 'Biar Betul-betul oleh DR HM. TUAH ISKANDAR AL-HAJ. Terbitan Karya Bestari. Cetakan 3/4 tahun 2008.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan