19 Jun 2011

Cakap + Tulis + Buat = Cendikiawan Unggul.



Aku paling suka membuat formula atau simbol matematik. Orang yang pertama mengajar subjek matematik adalah ayahku sendiri. Dari beliaulah aku minat matematik dan sampai sekarang aku guna simbol metematik. Simbol ini memudahkan aku mengingat dan faham sesuatu bab yang susah. (sambil dengar pasal hari bapa ni di TV 1)

Sejak sambutan hari guru 2011 ni, aku banyak baca buku Dr HM Tuah. Hadiah hari guru dari rakan sekerja, Kak Tipah. Bukulah hadiah terbaik bagiku. Kenapa aku suka baca buku Pakar Motivasi ni???

Cara penyampaiannya santai. Tak berat sangat seperti subjek psikologi yang perlu mengingat banyak teori. Penceritaan yang memberi pengajaran adalah fokus beliau. Aku nak petik beberapa tulisannya yang boleh kita kongsi. Jika nak lebih beli bukunya atau pinjam dari mana-mana kawan yea.


**********

Kejian manusia ni nak dikategorikan cendikiawan unggul kena ulung dalam 3 tahap. Cakap, tulis dan buat. Atau kebolehan bercakap, kebolehan menulis dan mampu melakukannya.

Tapi adik abang, sedarlah nanti akan ada orang mengatakan tentang kelemahan orang itu atau kekurangan orang itu. Sebenarnya dia cakap tu sebab dia nak tutup kekurangan, kelemahan, dan kesalahan sendiri. Supaya orang tak nampak, tak perasan dan supaya orang terlepas pandang daripada mengatakan apa yang dia dah buat.

Misalnya, seorang rakan kita di pejabat, tetiba je dalam mesyuarat dia mengutarakan isu tak buat kerja dengan baik. Hangatlah isu ini diperkatakan dalam mesyuarat itu. Dan disebabkan berapi-api rakan kita tu membangkitkan isu itu sampai semua orang takut, sibuk mempertahankan diri sehingga terlupa nak kata, "Engkau pun sama."

Seseorang yang sengaja tuduh awak tak cekap buat kerja sedangkan awak memang cekap, sebenarnya dia nak tutup kesalahan dan kelemahan diri sendiri yang tak reti buat kerja.

Orang yang tuduh awak tidak buat apa-apa, goyang kaki, selalu hilang, sedangkan awak tak begitu. Sebenarnya dia nak tutup perbuatan dia yang macam tu.

Orang yang kata awak tak reti cakap, tak reti menulis dan tak pernah buat apa-apa sebenarnyanak tutup mata orang daripada memperkatakan bahawa dia tu lebih cakap je, tapi tak pernah buat apa-apa pun.

Kecuali orang yang sibuk sepanjang masa dengan hal orang lain, nampak iltizam. Ya, orang ini kalau dia cakap itu betul, bukan mak tutup kesalahan diri sendiri. Tapi kalau orang yang asyik sibuk dengan hal orang lain, perkatakan hal orang lain, sebenarnya nak tutup kesalahan diri sendiri. Jangan terpedaya dan diperdaya.

Jadi? Jadi jangan hirau dengan orang ni. Awak buat saja kerja awak. Yang menilai bukan orang ynag bising, tapi orang yang senyap. Bos selalunya tak bising tetapi dia menilai dalam senyap, kecuali bos yang tak pandai laaa.

sekadar pertahankan diri boleh lah, tapi usah sampai awak jadi kelam kabut sampaikan semua orang lupa untuk tujukan isu sama pada dia yang sibuk sangat tu. Jangan terperangkap naaa....

SUMBER: Hempas tulang berisi perut. NAK JADI JADI. Oleh Dr HM Tuah Iskandar al-Haj. Keluaran Karya Bestari. m/s 17.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...