25 Jun 2011

Hari ini? Esok? Tahun depan?

Adakah kita sudah mendapat kebahagiaan? Apa yang dimaksudkan dengan kebahagiaan? Ada persoalan yang dikemukakan oleh kawanku. Bagi aku ia adalah subjektif dan sukar diberi pengertian yang sewajarnya.

Adakah kita bahagia bila kerja kita telah diserahkan kepada orang lain? Orang lain yang tolong buat. Rezeki datang bergolek. Macam orang miskin tiba-tiba kaya. Mungkin dia dirasuah. Mungkin dia dapat hasil rompakan atau mencuri. Pelbagai andaian boleh dibuat.

Rahsia kekayaan mungkin tidak akan terbongkar di dunia tapi di akhirat ...? Jika dengan jalan yang betul tidak mengapa. Tapi jika dapat harta melalui jalan yang salah bagaimana keadaan kita di sana?

Disebabkan harta yang tidak berkat...

Anak kita ditimpa penyakit yang sukar diubati walaupun wang kita banyak.

Mungkin barang kita dicuri atau berlaku kerosakan yang teruk pada kereta atau motor atau rumah.

Mungkin doa kita tidak dimakbulkan.

Mungkin kita mendapat anak yang derhaka.

Mungkin jiwa kita tidak tenteram. Resah gelisah.

Mungkin kita rasa iri hati dan dengki kepada orang lain walaupun jawatannya tidak tinggi.

Mungkin kata-kata kita tidak didengari oleh orang ramai termasuk rakan sejawat atau orang bawahan.

Bila lagi kita nak berubah?



لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِّن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ ۗ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِ مِن وَالٍ 
( Surah Ara'du ayat 11)
"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.  "

Hari ini? Esok? atau tahun depan atau 10 tahun akan datang?


Jangan jadi seperti Fir'aun atau Qarun atau umat-umat terdahulu yang telah dibinasakan.

Semua kisah mereka tersimpan kemas dalam Al-Quran dan akan kekal hingga hari kiamat.

Adakah kita seorang yang mudah lupa?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mesyuarat atau bengkel mengikut zon

Assalamualaikum wbt 2 minggu aku batuk dan sukar bercakap dengan jelas. Cabaran kepadaku kerana kerjayaku memerlukan percakapan. Baca laju s...