وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا ۖ
إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). " {Surah Al-Isra' ayat 32)Seterusnya Allah berfirman:
وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ
إِلَّا بِالْحَقِّ ۗ وَمَن قُتِلَ مَظْلُومًا فَقَدْ
جَعَلْنَا لِوَلِيِّهِ سُلْطَانًا فَلَا يُسْرِف فِّي الْقَتْلِ ۖ إِنَّهُ كَانَ مَنصُورًا
"Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syarak). " {Surah Al-Isra' ayat 33)Kenapa Allah mengatakan JANGAN MENGHAMPIRI ZINA? kenapa Allah tak kata 'jangan berzina' sahaja? Kita boleh fikir sendiri dengan akal yang ada berdasarkan situasi sekarang...
Pernah dengar lagu Suhaimi Mior Hassan dan Anna Raffali & Altimet? Layan lagu dulu....
Coretan kisah benar (aku cerita semula berdasarkan buku)
Suatu petang seorang remaja perempuan berpakaian sopan, bertudung labuh dan berwajah bersih datang berjumpa aku (penulis buku yea). Bertanyaku tentang persoalan agama.
"Apa hukum anak zina?" tanya remaja ini.
"Anak zina tidak bersalah apa-apa. Yang bersalah adalah ibu bapanya. Anak zina tidak menanggung apa-apa kesalahan ibu bapanya," jawabku.
"Apakah hubungan anak zina dengan bapanya?" tanya anak ini.
"Islam tidak mengiktiraf hubungan darah antara anak zina dengan bapanya. Bahkan bapa itu boleh berkahwin dengan anak zinanya,"
Remaja ini terus bertanya.
"Kalau begitu, anak zina itu bukan mahram?"
"Ya. Anak itu tidak boleh mendedahkan auratnya kepada bapa zinanya walaupun didalam rumah. Tidak boleh bersalaman apatah lagi mengucup tangannya..."
Tiba-tiba remaja ini tunduk dan menangis semahu-mahunya. Sesiapa yang melihat akan turut menangis bersamanya. dengan sedikit kekuatan dia mengangkat kepalanya.
"Saya adalah anak zina!!!"
"Adakah kamu pasti?" aku cuba menidakkan kata-katanya.
"Ya. Saya terdengar dari sebelah bilik di rumah saya. Makcik bertengkar dengan mak dan ayah malam itu. Dengan keadaan marah dan tegang, makcik menjerit...kamu jangan nak tunjuk baik, warak...kak long tu (dirinya) adalah anak zina..." ujarnya sambil mengusapa air mata.
"Apabila saya mendengar kalimah itu, saya rasakan dunia ini gelap gelita. Saya menangis semahu-mahunya. Mengapa ayah dan mak lakukan begitu????" sambungnya lagi.
"Alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya. Saya masih hidup. Sudah kering air mata. Saya tidak dapat mengubah sejarah yang telah berlaku. Ayah dan ibu yang saya kenali adalah orang yang baik, tidak mengambaikan solat dan puasa, bahkan mereka berdua amat penyayang, ambil berat pendidikan agama anak-anak. Saya tidak percaya mereka dahulu pernah terlanjur. inilah yang trepaksa saya tanggung sepanjang hayat. Saya adalah anak zina!"
Dia terus menangis dan menangis. Air matanya belum dapat menggambarkan luka yang ditanggungnya....
"JANGAN HAMPIRI ZINA"
Kisah ini sebahagian daripada kisah anak hasil penzinaan. Adakah kita beranggapan selagi tiada anak dari hasil penzinaan, kita selamat daripada keaiban di hari tua???
Guna kondom...kononnya untuk mengelakkan penzinaan tapi kerja Allah tiada siapa yang tahu. Mungkin Allah ingin menunjukkan keaiban kita dengan menumbuhkan zuriat tanpa disedari.
KUN FAYAKUN...
Maksud zina dan rogol adakah sama? baca di SINI
P/S:
"Mama on, papa off," adalah salah satu chating dalan facebook oleh pelajar menengah rendah. 'mama' & 'papa'...mmm mcm orang yang sudah ada anak. Berkasih sayang ter'larang' akan membawa padah! Anda, anak anda bagaimana pula???
Jangan anggap diri kita A dalam Pendidikan Islam kita akan selamat. Pelajari agama islam dan amalkan. Insya Allah, Allah sentiasa membantu kita.
"Mama on, papa off," adalah salah satu chating dalan facebook oleh pelajar menengah rendah. 'mama' & 'papa'...mmm mcm orang yang sudah ada anak. Berkasih sayang ter'larang' akan membawa padah! Anda, anak anda bagaimana pula???
Jangan anggap diri kita A dalam Pendidikan Islam kita akan selamat. Pelajari agama islam dan amalkan. Insya Allah, Allah sentiasa membantu kita.
SUMBER: Buku JANGAN HAMPIRI ZINA. Baca, Fahami, Hayati. Terbitan SPI, JPNS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan