Kami tidak berzina!
Maaf, kami tidak menuduh kamu berzina tetapi kamu menghampiri zina.
Kami hanya berbual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum...adakah itu menghampiri zina?
Ya, perbuatan itu boleh menjerumuskan kamu ke lembah perzinaan.
Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini ya...tetapi esok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. (aku: jangan bermain api nanti dia akan membakar kamu).
Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman. Tipu daya iblis amat halus. Dia telah menipu moyang pertama kita, Adam dan Hawa.
Jangan lupa sejarah!!!
Siapa kita berbanding dengan Nabi Adam dan Hawa?
Iblis amat licik. Pengalamannya banyak. Dia ada lebih 1001 cara.
Ingatlah pesanan Rasulullah SAW:
"Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan" (Riwayat Tabrani)Apabila berduaan antara lelaki dan perempuan, syaitan akan menghembuskan perasaan berahi. Ketika itu, perasaam sukar dikawal (tambhnku: imaginasi tinggi-angau-konon jantung berdenyut kencang tanda jatuh cinta).Pintu penzinaan pun terbuka. desakan nafsu semakin kuat mengganas! Iblis riang gembira melihat mangsa yang hampir terpedaya.
Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam telefon dan hanya SMS sahaja (berfacebook je). Tidak pernah bersua muka pun!
Betul. Itu adalah salah satu bentuk yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya mereka tidak bersua muka, tapi perasaan mereka pasti bergelora. Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis mengheret mereka kepada suatu pertemuan.
Ingat! pertemuan pertama yang indah itu tidak akan terhenti di situ sahaja.
Percayalah ia pasti berlanjutan dan berterusan.
Tidakkah itu akan membawa kepada penzinaan akhirnya?
Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun berzina juga ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya.
Ada zina betul (seolah-olah batang celak masuk dalam bekasnya).
Ada zina tangan iaitu berpengang-pegangan.
Ada zina mata iaitu melihat kekasihnya dengan perasaan berahi. Begitu juga melihat auratnya adalah dikira zina mata.
Ada satu lahi zina iaitu zina hati, ia berkhayal dengan berahi bersama kekasihnya.
Alangkah jelasnya sabda Rasululllah SAW:
"Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya menyentuh. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman." ...(HR Muslim dan Abu Daud)Sebenarnya jalan, lorong dan pintu menuju ke arah penzinaan amat banyak. Tutuplah dengan rapat mana-mana pintu atau jalan yang boleh membawa kepada penzinaan.
Duduk berdiskusi pelajaran tidak boleh juga ke? Bincang pelajaran sahaja?
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Takkan berdiskusi berdua sahaja. Tak ada kawan lain lagi ke? Jangan topu! Allah tahu apa yang terselit dalam hati setiap hambanya.
Kita belajar nak keberkatan. Kalau belajar untuk cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati Allah, kejayaan tidak akan berkat. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat lebih lagi la...
Janganlah berselindung disebalik pelajaran yang mulia semata-mata untuk menghalalkan perbuatan yang ditegah. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jaglah batasan dan ketentuan Allah supaya belajar menjadi satu ibadat. Kalu berdiskusi begini..adakah ditulis sebagai ibadat oleh malaikat? Fikirkanlah...!
Sungguh! Kami bincang hal pelajaran sahaja. Takkan buat apa-apa pun. Ni study group!
Study group? Takkan study group berdua je? Nampak lain macam je. Senyum memanjang, bukan gaya orang berdiskusi.
Kalau ye pun...carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni...betul ke bincang hal pelajaran? Tak macam ada perbincangan pun. Tak ada catatan perbincangan. Buku pun tak diusik lagi.
Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tuuu...banyak berfantasi cinta!
Taklah. Sungguh kami berbincang pelajaran!
Baik sungguh kamu berdua. Takkanlah awak berdua tiada perasaan apa-apa? Kalau awak berdua tidak ada perasaan apa-apa, tentu kamu berdua kurang sihat...
Ingat! kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.
Kita sama-sama belajar dan saling memberi semangat dan motivasi antara kami.
Tidak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar?
Tidak ada kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi?
Jangan merendahkan martabat kaum sejenis kita. Ingat!...banyak orang yang cemerlang belajar hanya dengan kaum sejenis. Perasaan mereka lebih tenang dan tidak terganggu. Malah dapat berkat dan rahmat Allah!...
Jangan harap nama bapa rahmat menjamin kita dapat rahmat Allah!
Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan oleh Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta daripada manusia?
Tidak!!! Naluri adalah sebahagiaan daripada kesempurnaan kejadian manusia. naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah suci yang ada pada manusia. kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya.
Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu. Tidak!!!
Islam tidak suruh membunuh naluri itu seperti yang dilakukan oleh paderi atau suami yang tidak mahu berkahwin. Jangan hapuskan naluri itu. Jangan pula berbohong pada diri sendiri.
Bukanlah salah atau berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu dalah fitrah. Cuba kawal naluri itu supaya ia patuth pada perintah Allah.
Jadilah manusia yang sempurna nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu manusia.
Tentu ada cinta secara Islam.
Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. itulah cinta qudus (cinta suci). Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan atau jalanan. Cinta adalah maruah manusia. is terlalu mulia.
Ingatlah!
Apabila Allah melarang sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau Dia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, Allah berikan "sesuatu" sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. sabda Rasulullah:
"Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling bercinta kecuali nikah" (HR Ibn Majah)Kalau begitu cinta remaja semuanya menghampiri kepada penzinaan?
Ya.
Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan mereka turut terusik.
Kemudian perasaan dilayan.
Kemudian teringat dan rindu.
Kemudian pertemuan diatur.
Selepas itu, duduk berdua-duaan.
Kemudian mencari tempat sunyi sikit untuk privercy.
Kemudian berbual panjang dan mengasyikkan.
Usik mengusik bermula, jika merajuk ada yang memujuk.
Hubungan semakin rapat, dan berani pegang tangan, duduk makin rapat.
Kalau tadi macam kawan, sekarang macam jadi pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta adalah penzinaan. Penghujung jalan penzinaan adalah kesengsaraan..
**muncul penyakit misteri yang susah diubati seperti aids sekarang...ingat suntikan vaksin akan elak dari kanser serviks?guna kondom untuk elakkan ter'mengadung'?**
Sedarlah! ramai orang yang bercinta telah sampai ke daerah penzinaan dan kesengsaraan ini. Kasihanilah diri sendiri. kasihanilah ibubapa yang melahir dan membesarkan kita. Jangan conteng arang ke muka mereka. Mereka telah melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa setitis noda sekalipun.
Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Allah yang menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia yang diciptakannya. Manusia bersifat tidak tahan ujian.
Oleh itu, Allah memerintahkan manusia supaya menjauhi perkara yang ditegah kerana takut manusia akan kecundang.
Firman Allah dalam surah Al-A'raf ayat 19:
وَيَا آدَمُ اسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ فَكُلَا مِنْ حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ
"Dan wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim".
Tegahan yang sebenarnya adalah jangan makan buah khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika mereka menghampiri pokok tersebut, takut nanti mereka akan memakannya. Mereka tidak dapat mengawal diri.
Demikian lah juga dengan zina. Ditegah berzina, maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan perzinaan, kedua-duannya akan kecundang.
Cukuplah kita belajar daripada nenek moyang kita Adam dan Hawa.
Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tidak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.
Bolehkah percaya dengan perwatakan pasangan semasa sedang bercinta?
Percayalah! percintaan penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang paling baik, penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi.
Alam percintaan adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Tetapi janga harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta.
Perangai pasangan jauh berbeza selepas kahwin. Macam langit dengan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang., penyabar, sabar tunggu pasangan walaupun terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat 5 minit, dah kena tengking. Jadi perwatakan dalam masa bercinta amat tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepura-puraan atau hipokrit.
Adakah orang bercinta hilang maruah diri?
Mulia manusia kerana maruah dirinya terus terpelihara. Orang yang bercinta seolah-olah cuba mengadai maruah dirinya kerana mereka menghampiri zina. Sungguh malang sekali orang yang bercinta dan pernah berzina, mereka tidak layak berkahwin lecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak berkahwin dengan orang yang beriman.
Allah berfirman dalam Surah An-Nur ayat 3:
الزَّانِي لَا يَنكِحُ إِلَّا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لَا يَنكِحُهَا إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ ۚ وَحُرِّمَ ذَٰلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ
"Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman".
Jika orang pernah berzina tidak layak berkahwin dengan orang yang suci, demikianlah juga orang yang pernah bercinta tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu ketentuan Allah?
Jadi orang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk diri mereka kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Itulah janji Allah.
Kami telah berjanji sehidup semati.
Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak janji cinta yang palsu? Lelaki, jangan diharapkan pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang.
Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah rahsia hati lelaki?
Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu kepada anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik.
Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.
Jadi perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu. Mana ada lelaki yang waras suka pada barang yang "second hand" sedangkan ada barang yang baru, masih dalam kotak.
Jangan terkejut jika sesetengah lelaki menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di show room.
Perempuan yang tidak makan diganggu dikatakan display only .
Tetapi ada perempuan yang boleh test drive. Ada pula yang kata; belanja sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir.
Sedihkan.
Jika kita tidak menjaga maruah diri, kita dipandang hina dan sinis oleh orang lain.
Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman serba maju dan canggih ini?
Ya. Masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Cepat atau lambat sahaja. firman Allah dalam Surah Al-Ahzab ayat 35:
إِنَّ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْقَانِتِينَ وَالْقَانِتَاتِ وَالصَّادِقِينَ وَالصَّادِقَاتِ وَالصَّابِرِينَ وَالصَّابِرَاتِ وَالْخَاشِعِينَ وَالْخَاشِعَاتِ وَالْمُتَصَدِّقِينَ وَالْمُتَصَدِّقَاتِ وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا
"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. "
Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan daripadaNya. Mohon petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.
Kami ingin mendapat redha Allah. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.
Taubat nasuha adalah taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat nasuha memenuhi 3 syarat:
- Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan yang tidak diredhai Allah ini.
- Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk yang menjurus diri ke lembah percintaan.
- Berazam. Nekad dalam hati tidak akan bercinta lagi kecuali dengan orang yang bergelar isteri atau suami. iaitu selepas saat ijab dan qabul.
Ya Allah. Hambanu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa hambamu ini. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepdaku perasaan benci kepda maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, ankmu berdosa. Engkau telah menjagaku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa akau tidak membalas kasihmu. Aku curahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu berdosa....
Amin , Ya Rabb..Moga Allah menerima taubatmu.
Kita berpisah kerana Allah...Kalau ada jodoh tidak ke mana!
Ya Allah. Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintuMu mencari RedhaMu. Terimalah taubat mereka.
Pesanan Akhir
"Jika remaja dapat melalui zaman remajanya yang sukar ini dengan jaya, tidak ada lagi zaman yang lebih sukar daripada itu"
SUMBER: Buku JANGAN HAMPIRI ZINA. Baca, Fahami, Hayati. Terbitan SPI, JPNS.
SUMBER: Buku JANGAN HAMPIRI ZINA. Baca, Fahami, Hayati. Terbitan SPI, JPNS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan